38. DALAM. RUMAH JOHAN, PETANG
Kelihatan kesemua tujuh orang ahli The Iluminatrix telah pun berkumpul di rumah Johan. Kelihatan satu jug air coca cola terhidang di hadapan mereka.
JOHAN
Aku bengang ni wey ! Boleh pulak si Lina ni tampar muka aku. Sial betul !
ISZABELLA
Then kau nak buat apa sekarang ?
JOHAN
Aku nak memalukan Si Mel tu dengan lebih teruk lagi. Dia kena menyesal sebab dah reject aku.
Johan tersenyum memikirkan idea jahatnya.
The Iluminatrix mula membincangkan sebuah pelan jahat untuk menjatuhkan maruah Melina. Pada keesokan hari iaitu Sabtu, mereka hendak merealisasikan pelan mereka.
39. DALAM. SEBUAH BILIK, SEKOLAH - PETANG
ISZKANDAR
Aku dengan Vince dah dapatkan pil khayal ni. Gerenti memang kuat !
Serentak itu Iszkandar melagakan tapak tangannya dengan Vince.
ILAIKA
Okay cun! Sekarang aku kena tunggu masa je nak masukkan pil ni ke dalam minuman Mel. Bella, Trisyia, jom kita pergi angkut dia.
Iszabella, Trisyia dan Ilaika menunggu di luar bilik sakit untuk menarik Melina masuk ke dalam bilik tersebut. Apabila Melina menghampiri kawasan itu, ketiga-tiga mereka mengajak Melina ke dalam bilik sakit. Ilaika telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman yang disediakan.
ISZABELLA
Hai Lina. Aku sebenarnya nak minta maaf sebab berkasar dengan kau tempoh hari.
TRISYIA
Ha'ah la Lina. I pun rasa macam jahat sangat dengan you.
MELINA
Oh ye ke. Trisyia, Bella... jangan risaulah. Saya tak simpan dalam hati pun pasal hal itu. Benda dah lepas biarlah.
Ilaika datang membawa minuman.
ILAIKA
Hai Lina. Kau mesti haus kan ? Nih aku ada bawakan pepsi untuk kau minum.
MELINA
Wah terima kasih.
Lantas Melina meneguk Pepsi tersebut tanpa mengesyaki apa-apa. Setelah beberapa saat sahaja, Melina menjadi khayal.
MELINA
Err...aku...pening. Bell, Trisyy...
Melina rebah. Johan masuk ke dalam bilik itu.
JOHAN
Hahahaahahah! Inilah masa yang aku tunggu-tunggu. Bard cepat masuk. Bella, Trisyia dan Ilaika, tunggu kat luar kejap. Nanti aku panggil.
Bard datang dengan membawa video rekorder dan mula merakam. Pakaian Melina ditanggalkan satu persatu. Johan turut menanggalkan pakaiannya sendiri. Melina yang dalam keadaan separuh sedar cuba untuk melawan.
MELINA
Tolong...tolong...lepaskan aku
Tangan Melina cuba untuk menepis-nepis Johan.
JOHAN
KAU DIAM BOLEH TAK ? AKU NAK BAGI KAU PENGAJARANLAH PEREMPUAN !
Melina terus diperkosa.
40. DALAM. TINGKAT 5, SEKOLAH - PETANG
The Iluminatrix berkumpul di dalam bilik itu. Kelihatan Melisa yang baru sedarkan diri sedang menangis. Mereka semua hanya tersenyum melihatnya.
BARD
Kalau la kita viralkan video ni, confirm boleh jadi jutawan dalam masa sehari. Hehehe!
JOHAN
Hahahaha! Betul la tu. Buta-buta je dia kena kat kita. Baru dia tahu siapa Johan and siapa The Iluminatrix yang sebenar.
BARD
Gadis kampung ni Johan. Sekarang kita dah bagi dia pengajaran, agaknya tak berani dah kot dia nak tampar lelaki.
ISZABELLA
Lina, Lina Lina. Kesian kat kau kan. Itulah. Jangan kurang ajar lain kali.
Iszabella menampar-nampar wajah Melina.
ISZKANDAR
Ehh Bard. Kau tak nak buat apa-apa kat dia ke?
BARD
Hmm...Tak nak lah aku. Aku jadi videographer korang je hari ni ok.
JOHAN
Haha okay Bard. Takda hal. Nice video man! Serius cakap!
BARD
Well. Bard kot. Pakar dalam teknologi !
TRISYIA
Dengar sini Mel! Kami dah rakam video kau ! Kalau kau nak bagitahu sesiapa pasal ni, nanti video ni pasti akan tersebar.
MELINA
(menangis)
Lepaskan saya. Saya sumpah takkan bagitau sesiapa. Cukuplah dengan apa yang saya alami setakat ni.
JOHAN
Bagus tu. Saya setuju dengan keputusan awak.
ISZKANDAR
Girls, cepat bersihkan dia ni. Semakin meluat aku tengok muka dia.
ISZABELLA
Korang nak pergi mana ?
ISZKANDAR
Kau tak payahlah nak nervous sangat. Bukannya kita bunuh dia pun. Jaga kejap je. Nanti kami balik. Nak pergi merokok je pun. Takkan kau nak ikut juga?
ISZABELLA
Yea okay. Cepat sikit tau. Jangan sampai berjam-jam pula tu.
ISZKANDAR
Baiklah adik oi! Rilek sikit. Ilaika, kau nak join ?
ILAIKA
It's okey. Aku stay sini tolong diorang jaga Melina. Belikan makanan weyh. Lapar dowh.
Ilaika menyalakan rokok.
ISZKANDAR
Yea okay juga tu. Kami balik sebentar lagi ye. Jom Johan! Jom Bard! Hey, mana Vince ni?
VINCE
Aku kat sini je. Dekat pintu. Takut nanti orang lain tengok. So I'm just looking out.
ISZKANDAR
Thanks Vince. Kau memang awesome.
Iszkandar mengenyitkan matanya.
VINCE
Okay je. Jom pergi. Bye girls.
IMBAS KEMBALI TAMAT.
YOU ARE READING
Emansipasi
Mystery / ThrillerEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...