17. DALAM. BILIK ISZKANDAR & VINCE, VILLA AURORA PERMAI - MALAM.
Jam menunjukkan tepat 2.00 pagi. Bilik mereka hanya diterangi cahaya samar-samar lampu tidur Kelihatan Iszkandar dan Vince sedang tidur di atas katil. Vince terjaga dari tidur. Lalu memalingkan badannya ke arah Iszkandar. Vince menatap wajah Iszkandar yang sedang lena. Tangan Vince membelai lembut rambut Iszkandar.
VINCE
I still love you, Isz.
18. IMBAS KEMBALI. LUAR. TAMAN TASIK TITIWANGSA. PETANG.
Suasana petang itu kelihatan tenang. Kelihatan beberapa orang awam sedang berjogging. Di suatu sudut terdapat satu keluarga sedang berpiknik. Iszkandar dan Vince masing sedang berdiri di tepi tasik. Vince memeluk tubuhnya sendiri. Jelas ternampak ketegangan antara mereka.
VINCE
So, kau nak putus dengan aku ?
ISZKANDAR
Aku keliru. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.
VINCE
Kau cakap kau cintakan aku Isz. Aku pun cintakan kau.
ISZKANDAR
Yes Vince. I love you. But aku rasa hubungan kita takkan ke mana.
VINCE
Aku tak sanggup kehilangan kau. Setelah sekian lama hubungan kita.
ISZKANDAR
Maafkan aku Vince. Mungkin kita patut jadi kawan after this. Aku takut kalau The Iluminatrix lain tahu pasal ni.
VINCE
Kalau itu yang kau nak. Aku tak boleh paksa.
IMBAS KEMBALI TAMAT.
19. DALAM. BILIK ISZKANDAR & VINCE, VILLA AURORA PERMAI – MALAM
Vince masih lagi membelai rambut Iszkandar. Iszkandar tersedar dari lenanya. Lalu berpaling ke arah Vince.
ISZKANDAR
Kau apsal tak tidur lagi ni ?
VINCE
Aku tak boleh nak lelap.
ISZKANDAR
Kenapa ?
VINCE
Aku rindukan hubungan kita yang dulu
ISZKANDAR
Kau still tak boleh nak move on dari aku ke ?
VINCE
I still love you.
Iszkandar menarik nafas dalam lalu menghembus keluar. Jarinya membelai lembut kulit mulus wajah Vince.
ISZKANDAR
Jujur aku cakap. Aku pun masih sayangkan kau. Aku ingat after kita dah broke up, aku boleh lupakan kau. Tapi aku silap.
VINCE
Tak semudah tu Isz. Kita dah bersama sejak dari zaman sekolah. People change but memories don't.
ISZKANDAR
I love you Vince.
VINCE
I love you too.
Lantas bibir mereka berdua bertautan antara satu sama lain. Tangan Iszkandar memeluk lembut badan Vince.
YOU ARE READING
Emansipasi
Детектив / ТриллерEmansipasi merupakan skrip pertama yang dihasilkan oleh aku dan dua lagi ahli kumpulan aku iaitu Saras dan Dickson untuk subjek Penulisan Skrin. Skrip ini merupakan tugasan berkumpulan yang telah kami siapkan tahun lepas. Disebabkan ni skrip, so gay...