(BAB 1)
Pagi yang indah. kelihatan marissa baru bangun dari tidurnya. dia menggeliat malas. selepas itu dia bangun lalu pergi membuka pintu bilik tidurnya itu. kelihatan peggy wong sedang melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya yang terletak tidak jauh dari situ. "morning rissa...", sapa rakan serumahnya yang berbangsa cina itu sambil tersenyum lembut.
"morning...", balas marissa sambil tersenyum. ketika dia sedang berdiri di situ, tiba tiba saja dia merasa pening dan dia terasa hendak muntah pula. dia terus mengorak langkahnya menuju ke arah bilik air yang terletak tidak jauh dari situ. sampai saja di bilik air yang sepi itu dia termuntah muntah di dalam sinki yang ada di situ. rasa loya di tekaknya masih terasa. dia terus muntah dan muntah. tiba tiba daun pintu bilik air itu di ketuk orang dari luar. "rissa... are you ok?... rissa...", kedengaran suatu suara menyoalnya. "oh... i'm ok... i'm ok...", jawap marissa pantas. dia memasang air paip di sinki lalu di cucinya sinki yang kotor itu dengan air paip tersebut.
setelah berkumur dan mencuci wajahnya, dia pun melangkah keluar dari situ. ketika dia sedang membuka pintu bilik air itu kelihatan peggy berdiri di depannya dengan wajah yang serius. "awak tak apa apa ke, rissa? kenapa awak muntah muntah tadi?", soal peggy. "tak tahulah peggy... tiba tiba saja saya rasa macam nak muntah dan pening kepala pula...", kata marissa. "agaknya awak sakit tak?... kalau sakit, mari saya hantarkan awak ke klinik...", kata peggy lembut. "tak payahlah peggy... saya nak pergi kuliah pagi ni...", kata marissa lembut. perlahan lahan dia berjalan menuju ke arah bilik tidur mereka.
dia hampir saja terjatuh di atas lantai itu, nasib baik peggy pantas meraih tangannya kalau tidak, tak tahu lagi lah. "awak cakap awak ok tapi saya tengok awak ni macam tak okay aje... jalan pun tak betul... lebih baik awak pergi ke klinik hari ni... tak payah pergi kuliah. Kalau awak tak pergi ke klinik, sudah tentu pening kepala awak tu akan bertambah teruk...", kata peggy dengan bimbang. dia memapah rakan serumahnya itu masuk ke dalam bilik tidur gadis tersebut. "tapi pening saya ni sekejap ajelah peggy. lepas 2 atau 3 minit nanti pening kepala saya akan hilang dengan sendirinya...", kata marissa pantas. "awak jangan bertapi tapi lagi... awak mesti ikut saya ke klinik sekarang juga... pergi mandi dan tukar pakaian awak tu... saya akan bawa awak ke klinik...", kata peggy dengan tegas.
mahu tidak mahu marissa pun terpaksa mengikut saja apa yang di katakan oleh rakan serumahnya itu. dia pun pergi mandi. Kemudian dia bersiap secara ala kadar. setelah semuanya selesai, mereka berdua pun pergi ke klinik. Sebaik saja marissa sampai di klinik sri setiawan dia pun terus memberikan kad pesakitnya pada jururawat yang ada di kaunter pendaftaran itu. setelah mengambil nombor gilirannya, dia pun duduk menunggu sehingga tiba gilirannya untuk di periksa oleh doktor yang bertugas. Setelah lama menunggu namanya di panggil oleh jururawat bertugas. dia melangkah masuk ke dalam bilik doktor yang berhawa dingin itu. "selamat pagi...", sapa doktor yang bertugas. "selamat pagi...", jawap marissa.
"apa sakit awak?", soal doktor tersebut ingin tahu. "saya selalu pening dan terasa ingin muntah di waktu pagi tuan doktor...", jawap marissa. "dah berapa hari awak rasa macam ni?", soal doktor itu semula. "dah 6 hari, tuan doktor", jawap marissa. "bagaimana dengan peredaran haid awak? bila kali terakhir awak datang haid?...", soal doktor tersebut. "kalau tak silap kali terakhir saya datang haid ialah 3 bulan yang lalu.... selepas 3 bulan tu saya tak datang haid lagi...", jawap marissa.
doktor itu mula memeriksa tekanan darahnya dan juga nadinya. Kemudian dia menyuruh marissa menyerahkan sedikit air kencingnya di dalam botol kecil yang di berikannya pada gadis tersebut. dia ingin memeriksa air kencing gadis itu. marissa melakukan apa yang di suruh oleh doktor tersebut. botol kecil mengandungi sedikit air kencingnya di serahkan pada jururawat yang bertugas. "Awak kena tunggu dulu di luar... kami nak periksa specimen air kencing awak...", kata jururawat yang ada di situ. marissa pun duduk di luar. Setelah lama menunggu namanya pun di panggil orang. dia segera bangun lalu masuk ke dalam bilik doktor tersebut. "sila duduk...", kata doktor itu dengan lembut. "bagaimana dengan keputusan pemeriksaan saya tu, tuan doktor? apa penyakit saya tuan doktor?", soal marissa ingin tahu. "sebenarnya awak tak sakit apa apa pun...", jawap doktor tersebut. "jadi kenapa saya selalu pening dan hendak muntah di waktu pagi?...", soal marissa mula merasa bengang. tiba tiba doktor itu tersenyum padanya. "itu tandanya awak akan menerima kehadiran orang baru dalam hidup awak... tahniah!... tak lama lagi awak akan menjadi seorang ibu...", kata doktor tersebut.
"apa?... apa maksud tuan doktor ni?", soal marissa terkejut. "maksud saya, awak hamil 2 bulan dan ini berita yang sangat baik...", kata doktor itu sambil tersenyum. marissa terkejut bukan kepalang. wajahnya tiba tiba bertukar menjadi pucat lesi. "apa?... aku hamil?... ya Allah... kenapa ini yang harus terjadi pada ku pula?...", bisik marissa tanpa di sedarinya. "kenapa wajah awak tiba tiba pucat lesi ni? apa yang awak bisikkan tadi? saya tak dengarlah...", kata doktor tersebut ingin tahu. "er... tak ada apa apa, tuan doktor. er... saya minta diri dulu... terima kasih tuan doktor... bye...", marissa bersuara lalu beredar dari situ. dia berlari keluar dari klinik itu sambil menangis. peggy yang menunggunya di luar mula merasa hairan apabila dia melihat rakannya menangis secara tiba tiba. "kenapa awak menangis, rissa?", peggy bersuara perlahan lahan. "jangan banyak tanya... tolong hantar saya balik ke rumah sekarang juga. saya tak ada mood hendak bercakap dengan awak sekarang...", kata marissa sambil menangis. dia melangkah masuk ke dalam milik kereta rakannya itu. peggy pun terpaksa berdiam diri. dia mula memandu keretanya keluar dari kawasan klinik tersebut...

ANDA SEDANG MEMBACA
TABAH (U)
Novela Juvenil#6 in romance (23/05/16) (EXANDERAWARD THE POPULAR AWARD) Sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis yang di sahkan hamil secara mendadak. dia ingin boyfriendnya menikahinya tapi malang sekali boyfriendnya tidak mahu bertanggungjawab ke atas diriny...