Part 7

3.7K 227 17
                                    

Amsyar masih ketawakan aku,aku langsung tak memandang dia jeling pun aku tak sudi! Menjengkilkan!

"Adel muka you comel macam buah tomato.."usiknya lagi. Aku diam malas nak melayan.

Dia memberhentikan kereta disebuah petrolpalm. Aku memandang dia,dia mengukir senyum.

"Adel you tunggu sini..i nak solat.." pesannya kemudian keluar dari kereta,aku memerhati dia sehingga dia masuk ke dalam surau. Agama islam rupanya.

Bau minyak wangi dia tinggal dalam kereta,perfume apa dia pakai? Haihhh

Telefon dia yang ditinggalkan berbunyi,aku melihat sekilas. Ummi Tersayang.

Aku membiarkan sahaja,telefon orangkan?

Berkali-kali telefon dia berbunyi aku jadi tidak sedap hati mungkin kecemasan? Dengan teragak-agak aku menyambut.

"Asalammualaikum..Am.."

"Err hello.."

"Eh siapa ni,Am mana?"

"Saya kawan dia.."

"Am mana?"

"Solat.."

"Oh..tolong sampaikan dekat Amsyar yang ummi dia tidak sihat ya..Terima Kasih..Asalammualaikum"

"Iya..sama-sama.." aku terus memutuskan panggilan.

Amsyar membuka pintu kereta,aku kembali meletakkan telefonya. Dia memandang aku.

"Telefon you berbunyi banyak kali,i jawabkan..Ummi you call dia tidak sihat.." terang aku terus. Dia mengangguk dan terus mengambil telefonya semula kemudian keluar dari kereta,agak lama dia bercakap dengan telefon. Aku jadi bosan menunggu.

"Sorry Cik Adel.." ucapnya seraya menutup pintu,mukanya jelas kusut.

"Tak apa..so kenapa dengan ummi you?"

"I kena pergi hospital sekarang juga..my ummi diserang strok so i hantar you dulu"

Aku hanya mengangguk.

"Hospital mana?"

"Columbia.."

"Columbia yang tu ke?" Aku menunding jari pada bangunan yang tidak dekat dan tidak jauh dengan kami. Dia mengangguk.

"Takpelah kita pergi je lah terus..kenapa nak susahkan diri berpatah balik?"kata aku. Dia memandang aku.

"Tak apa ke Cik Adel?"

"Yes,pergi sekarang sebelum i berubah fikiran.." balas aku. Dia hanya ketawa kecil kerana tahu aku hanya bergurau. Aku tersenyum.

■■■■

Aku mengikut dia melangkah pantas menuju ke wad icu,dia bodygaurd aku kot kenapa dia jalan depan? Hurghh ehh kan ini hal kecemasan?

Aku hanya memerhati sahaja,dia memeluk seorang wanita dalam umur likungan 30 ke atas. Kemudian beralih pula pada perempuan dalam likungan belasan tahun.

Aku memerhati dari jauh,Amsyar melambai ke arah aku,aku mengeleng kepala tanda tidak mahu menganggu. Langkahnya diatur menuju ke arah aku.

"Eh no its okay..i tunggu sini.."aku melabuhkan punggung diruang menunggu.

See minah nerd ni berpura baik? Ehh aku baik apa?!

"Jom i kenalkan dengan kakak dan adik i.."

"Takpelah Amsyar.." aku membuka spec aku kemudian masukkan ke dalam beg. Dia menguntum senyum.

MINAH NERD TU KETUA GANGSTER?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang