Part 43 (Ending)

4.1K 123 27
                                    

(Media^ Adella Dealova with her gown's wedding)

Aku menghirup udara di atas Virgo Cruise yang disewa oleh Zarith untuk mengadakan resepsi kami. Zarith memeluk aku dari belakang tangan aku didepakan ala-ala filem titanic.

Masing-masing diam melayan perasaan dan menikmati pemandangan laut. Zarith mengeratkan lagi pelukanya seperti tak mahu lepas.

"I love you" bisiknya. Aku tidak membalas.

"thank you for accepting me in yourlife" tambahnya. Aku mengukir senyum kecil walaupun Zarith tidak nampak senyuman aku.

"bride to be..jom masuk bersiap"

Aku mengangguk. Zarith melepaskan pelukan dan tangan aku diraih lalu digenggam kemas memimpin aku masuk ke dalam.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik aku, Zarith mengucup pipi aku lembut sebelum melangkah menuju ke arah biliknya pula.

"See you" ucapnya mengenyitkan mata.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang besar,mewah dan elegan. Zarith yang pilih Presidence suite ni untuk aku. Mengada,besar-besar tapi aku yang tidur seorang dalam ni malam tadi.

Hana dan Lisa tersenyum ke arah aku, mereka yang akan make over aku kejap lagi.

Gaun pengantin yang tergantung aku sentuh perlahan,teringat ketika dekat New York bergaduh dengan Zarith gara-gara gaun pengantin ni. Aku taknak gaun kembang sangat, Zarith nak juga yang kembang. Dia nak aku jadi 'Princess' .

Selepas 10 kali aku salin,satu pun tak kena dekat mata Zarith, sakit hati tu jangan lah cakap lah. Akhirnya masing masing mengalah dan cuba berlaku adil. Gaun yang Zarith pilih tu,yang kembang kembang tu haaa dia yang bayar, aku pula beli lagi satu untuk majlis makan malam.

Mata aku beralih pada aksesori dan alat solek yang sudah tersusun kemas diatas meja. Hana dan Lisa yang setia berdiri disisi aku,aku ukir senyum.

"So can we start now?" soal Hana. Aku mengangguk sambil membetulkan ikatan bathrobe dipinggang.

Aku duduk dikerusi yang disediakan,Hana mula menjalankan tugasnya make over muka aku.

————————————————

Zarith Pov.

Kot yang tergantung aku raih,tak sabar rasanya nak memperisterikan Ketua Gangster yang dah berjaya dapat cinta aku tu.

Senyuman Adella tak berhenti bermain di setiap ruang fikiran, teringat akan kejadian di New York muka masam mencuka Adel akibat perangai cerewet aku.

Aku cuma nak yang terbaik je untuk dia, dia Ratu dekat hati aku. Aku cuma nak Adella nampak luar biasa saat bahagia kami nanti.

Tak sabarnya nak tengok dia pakai gaun pengantin tu, melangkah seorang diri menghampiri ke arah aku.

Oh Lord, lama lagi ke nak tunggu?

Daddy menepuk bahu aku dua kali,hero aku mengukir senyum. Melihat senyuman dia membuatkan secara automatik aku terasa berdebar. Fuhh.

MINAH NERD TU KETUA GANGSTER?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang