Ayahnda yang sedang tidur aku tenung,tanganya aku genggam dan usap lembut. Aku takut kehilangan lelaki ini,terlalu takut,tanganya aku kucup lembut.
"Ayahnda..ibunda dah tak ada.."
"Adel ada you je sekarang...promise me you akan sedar ok my hero?"
"Ayahnda this year my last sem,so i'll take degree..nanti you teman i konvo ok Ayahnda?"
"Mr David,i miss your voice and your laugh so badly..please wake up soon.."
Comforter aku tarik hingga ke paras dada,dahi Ayahnda aku kucup dan melangkah meninggalkan wad Ayahnda. Beberapa bonzer aku mengarahkan untuk menjaga Ayahnda,keterangan dari polis juga aku sudah selesaikan semalam. Penat masih terasa. Jam ditangan aku kerling sekilas,tepat jam lapan malam.
"aku nak balik penthouse" arah aku melangkah laju meninggalkan kawasan private wad itu. Aku dan Amran meloloskan diri kedalam lift,dan sebaik sahaja sampai ditingkat lobi aku mengatur langkah laju konco aku sudah siap sedia bersama kereta dihadapan lobi hospital.
Amir yang sedang memandu itu aku arahkan memecut laju,masa berjalan. Banyak lagi persiapan yang perlu aku uruskan.
"takpayah tunggu aku,nanti aku datang sendiri..kau uruskan hal dekat sana.." pesan aku kemudian keluar dari kereta sebaik sahaja Amir memakir dihadapan lobi Condominium. Langkah aku atur menuju ke private lift untuk ke penthouse aku. Pintu lift terbuka dan aku pantas masuk,rambut aku ikat messy,pintu lift terbuka dan aku terus melangkah masuk ke dalam penthouse.
Suis lampu aku tekan,aku mengatur langkah ke arah sofa putih kegemaran aku. Aku melabuhkan diri dan bersandar disitu,satu hela nafas aku hembus. Beberapa saat kemudian aku bangun dan mengatur langkah ke arah open kitchen aku mengambil segelas air kosong dan mengatur langkah menuju ke arah cermin kaca melihat hiruk pikuk dan suasana Kuala Lumpur diwaktu malam,Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur.
(media contoh penthouse Adella)
Gelas aku letak atas meja dan terus mengatur langkah menuju ke arah wardrobe,menyalin pakaian untuk ke special party sebentar lagi. Rambut aku lepas kemudian mengikat kembali dengan ala-ala bun dress berwarna merah paras lutut tanpa lengan aku pakai,kemudian mengatur langkah menuju ke almari kasut,high heels special edition dari Jimmy Choo aku padankan dengan dress. Bibir aku calit sedikit pemerah bibir, anting-anting aku pakai.
Senyuman aku ukir,langkah aku atur semula kearah lift,dan meninggalkan penthouse. Langkah aku atur laju ke arah doorman dan menghulur kunci kereta mengarah dia mengambil kereta.
Lamborghini berwarna merah jambu berhenti dihadapan aku,aku memasukkan beberapa note Rm 100 kedalam poket kot baju doorman sebagai tips sebelum aku masuk kedalam Lamborghini.
"Holla baby,miss me?"ujar aku ceria,setelah sekian lama tidak memandu kereta ini,hadiah daripada Zack.
Aku memecut laju meninggalkan condo,dan memasuki Bandaraya yang sentiasa sesak. Cd Basshunter aku pasang,Volume radio aku kuatkan,membuatkan kereta bergema dengan speaker kereta aku yang berdentum seperti didalam club.
KAMU SEDANG MEMBACA
MINAH NERD TU KETUA GANGSTER?!
RomancePercaya dengan pepatah,selepas hujan ada pelangi? Satu aku pesan. Pelangi tak selamanya disitu,dia akan hilang dengan perlahan. Maka. Jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu bahagia. selepas DUKA ada BAHAGIA, dan ketika BAHAGIA, pasti ada DUK...