Adella Dealova nama aku,kekayaan yang aku miliki sekarang tidak memberikan apa-apa makna,aku sunyi tanpa keluarga. Ya aku hidup dengan Ibunda dan Ayahanda yang tercinta..erk Cinta? Entah aku sendiri tak pasti semuanya berubah sekelip mata bila aku sudah menginjak ke alam dewasa,perubahan ayahanda yang secara drastik membuatkan aku menjadi kejutan budaya,ayah selalu tidak pulang rumah, Ibunda pula langsung tidak pedulikan aku dan itu membuatkan aku jadi begini,dari kecil aku tidak diajar tentang apa-apa agama pun dan ini bermakna sekarang aku memang tiada agama(freethinkers).. ini semua jalan yang aku pilih!
Comforter yang menyelimut tubuh aku,aku selak kasar malas rasanya mahu bangun dari katil. Kotak rokok yang berada di atas meja kecil aku capai,sebatang rokok aku letak dimulut lighter aku petik dan membakar hujung rokok. Rambut aku ikat sanggul. Langkah terus menuju ke arah pintu yang sedari tadi ada orang mengetuk.
"Kau nak apa?"soalku seraya membuka pintu. Umar jejaka yang pernah bertahta dihati sewaktu sekolah dahulu mengukir senyum meluat aku dengan dia ni lah tak pernah faham bahasa bila aku cakap jauhkan diri dari aku!
"Aku nak kau.."balasnya seraya mengucup pipi mulus aku. Rokok aku yang masih ada ditangan aku cocoh di dadanya.
"Auu Adel!"
"Aku rasa kalini dah masuk yang ke 30 aku cocoh putung rokok dekat dada kau?" Kata aku lalu mengangkat sedikit bajunya ke atas. Yes banyak parut kecil-kecil didadanya semua kesan dari bara api rokok aku.
"Ini baru permulaan mar...kalau lepasni kau kacau aku,aku takkan ter agak-agak buat lebih daripada ni!" Tambah aku lagi terus menutup kembali pintu bilik. Aku perasan yang Umar hanya tersenyum sinis.
Kau tak tahu siapa aku Umar...
"Budak nerd! Aku akan pastikan kau tetap akan jatuh cinta dekat aku semula!" Jeritnya dari luar. Aku hanya menjulingkan mata hitam ke atas. Bosan!
Langkah aku terus menuju ke arah sarapan pagi yang sudah tersedia dimeja tepi katil. Lapar.
Whole grain bread cheese sandwich,salad,secawan susu dan buah.
Sarapan aku setiap pagi yang perlu disediakan oleh pembantu rumah. Susu aku hirup sedikit,sandwich aku capai dan masukkan ke dalam mulut. Nikmat! Tangan kiri aku ralit mencari nombor telefon Amran. Orang kuat aku.
Pintu bilik diketuk sekali lagi,sandwich ditangan aku hempas. Pistol dibawah bantal aku ambil.Langkah laju menuju ke pintu bilik. Pintu dikuak kasar.
"Nak apa lagi ni?!"herdik aku. Ayahanda yang berada didepan aku memandang aku atas bawah.
"Mm Ayahanda..nak apa?"
"Boleh ayah masuk?" Soal Ayahanda kembali. Aku hanya mengangguk lalu memberi ruang untuk ayahanda lalu. Dua orang pengawalnya aku tahan supaya tunggu sahaja diluar. Pintu bilik aku tutup kembali.
"Ayahanda akan pergi London tiga bulan.."
"So apa kena mengena dengan Adel?"
"Ayahanda want you handle dekat sini..no excuse for enjoy!"
Aku hanya mengangguk,memang sebelum ni ahli kongsi gelap dia aku yang handle pun.
"Ibunda ikut?"
"Dia taknak ikut.."
"Ok so malam ni boleh lah Adel balik penthouse Adel?"
"Okay.." ayahanda memeluk dan menghadiahkan sebuah kucupan dipipi kanan lalu dia terus mengatur langkah keluar dari bilik aku.
Kasut boot hitam aku sarung,jaket kulit aku capai dan aku pakai. Buah tujuh aku,aku selitkan dibahagian pinggang belakang. Topi dan cermin mata rabun aku,aku pakai. Tak mandi pun.
Langkah aku menuruni tangga aku percepatkan,naik pening aku dalam rumah pun nak cipta tangga pusing-pusing. Hmm citarasa ibunda.
Dari jauh aku sudah nampak dan mendengar suara ibunda sedang berbual dengan seseorang,mungkin dengan si pembantu rumah yang sengal tu. Kenapa sengal? Sebab dia aku suruh ambil air oren dia bagi air blackcurrent,yang satu tu je lah yang lain semua ok.
Aku buat tidak nampak ibunda dengan tetamunya sedang berbual,aku terus menlangkah keluar dari dalam Villa Ibunda. Semuanya ibu punya tapi pakai duit ayahanda!
"Dea come here!"pamit ibunda. Aku menjeling sekilas. Malas.
"Yes?"
"Kenalkan..auntie Suraya..kawan ibunda masa sekolah dulu.."
"Oh ya? Nice to meet you auntie..sorry i have to go" aku terus melangkah keluar. Malas nak layan hipokrit ibunda depan orang bukan main lembut layan aku. Huh!
Aku terus meloloskan diri di dalam lamborghini hitam aku. Kereta itu aku pecut keluar dari kawasan Villa Ibunda. *tangan dibahu mata ke udara*
+++++
So how this bab awak awak sekalian? Please comment!
KAMU SEDANG MEMBACA
MINAH NERD TU KETUA GANGSTER?!
RomansaPercaya dengan pepatah,selepas hujan ada pelangi? Satu aku pesan. Pelangi tak selamanya disitu,dia akan hilang dengan perlahan. Maka. Jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu bahagia. selepas DUKA ada BAHAGIA, dan ketika BAHAGIA, pasti ada DUK...