Sudah seminggu berlalu dan seminggu juga Amsyar jadi bodygaurd aku dan seminggu juga aku terpaksa menyamar jadi girlfriend dia. Urghh.
Boss menyamar jadi girlfriend bodygaurd -_- apakah ini?!
"Woi!! Berangan!!" Satu suara menerjah,air tin aku sudah tumpah disebabkan tuan punya suara menghentak meja. Aku mencerlung tajam pada Adry yang sudah tersengih kambing.
"Nak apa?"soal aku terus.
"Nak bual je.."jawab dia. Aku mengemas buku dan hentak meja kemudian aku terus tinggalkan dia. Tiada masa nak layan mamat tu. Ergh.
"Eh Dea,tunggu lah! " Adry memanggil aku tidak hiraukan dan langkah dipercepatkan apabila dari jauh lagi aku sudah nampak kelibat Amsyar.
Tangan aku ditarik oleh Adry,satu tendangan aku bagi pada tempat sensitif dia,dia sudah tertunduk menahan sakit. Aku menjongkit kening dan menunduk sedikit menampar halus pipi bersih Adry.
"Nice try haa Adry.." bisik aku lalu meninggalkan dia. Semua mata memandang aku. Budak nerd dekat collage tendang orang? Percaya isu itu akan jadi hangat satu collage esok.
Amsyar membuka pintu untuk aku,tanpa berlengah aku terus masuk ke dalam. Amsyar berlari anak menuju kebahagian pemandu. Botol mineral yang sentiasa tersedia didalam kereta aku buka penutupnya dan aku teguk perlahan.
"Ayahanda dah balik.." Amsyar memberitahu. Air yang aku sedang teguk tersembur keluar. Aku memandang Amsyar yang berada didepan.
"Bila?"
"Baru sampai tadi,so i kena hantar you terus balik Villa.."
"Hantar i dekat banglo.."
"Tak boleh Cik Adel.."
"Hantar i dekat Damansara.."
"Aik rumah siapa?"
"My penthouse.."
"I hantar you balik Villa..muktamad!"
"Im your boss Mr Amsyar!"suara aku naik satu oktaf. Amsyar buat tidak endah.
Aku memeluk tubuh menjeling Amsyar sekilas dan membuang pandangan ke luar tingkap.
"Ingat comel ?"
"Bila pula i kata i comel..you yang slalu puji i comel.."
"Yeke?" Amsyar meminta kepastian. Aku melelapkan mata malas nak melayan dia. Harini hari mood malas layan. Hahaha.
"Minggu depan kita balik kampung" Amsyar memecahkan kesunyian setelah beberapa minit kami diam. Aku ketawa.
"I mana ada kampung..you melawak apa ni Amsyar?" Aku mengeleng-ngeleng kepala dan meneguk air mineral.
"Kampung i lah Cik Adel.."
Sekali lagi air tersembur dan aku tersedak air. Amsyar terus memberhentikan kereta ditepi jalan,tergopoh-gopoh turun dari kereta dan membuka pintu kereta bahagian aku. Belakang badan aku diusap. Aku masih terbatuk akibat tersedak.
Dahi aku sudah berkerut seribu,buat apa nak balik kampung dia?
"Ummi yang minta bawa Adel balik kampung.." terang dia. Aku memandang dia atas bawah.
Erk kampung? Seumur hidup aku mana pernah balik kampung. Kampung pun takde.
"Seminggu.."tambah dia lagi. Aku kembali tersedak.
"You ni ok ke tak ni?"soal dia ada sedikit nada marah dan risau maybe. Hahah.
"Kenapa i?"
"You kan bakal menantu Ummi"
KAMU SEDANG MEMBACA
MINAH NERD TU KETUA GANGSTER?!
RomancePercaya dengan pepatah,selepas hujan ada pelangi? Satu aku pesan. Pelangi tak selamanya disitu,dia akan hilang dengan perlahan. Maka. Jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu bahagia. selepas DUKA ada BAHAGIA, dan ketika BAHAGIA, pasti ada DUK...