Bab 3

4.4K 196 4
                                    

"Tiha, siap-siap ni nak pergi mana?", tegur mak. Aku yang pada ketika itu sedang melilitkan shawl ku tersenyum sumbing sebelum menjawab pertanyaan makku. Harap-haraplah mak bagi keluar.

"Tiha... Nak~~~ Keluar~ jalan-jalan dekat City Square dengan kawan-kawan. Boleh tak mak? Hihi", pintaku. Nada yang comelku berikan pada mak aku. Nak minta izin kenalah bermuka manis! Tips ni!

"Haih, kamu ni. Mak izinkan. Tapi, jangan balik lambat sangat. Sunyi mak nanti", kata mak. Yes! Dah dapat greeenlight.

"Mak jangan risau. Tiha balik dalam pukul 4 petang macam tu. Nak tengok wayang je", kataku kepada makku. Memang benar, mak akan kesunyian tanpaku memandangkan aku ini anak bongsu dan kakakku serta abangku juga ada yang sudah berumah tangga  dan bekerja jauh dari kami. So, aku sajalah yang menjadi peneman mak selain abang aku yang juga bekerja jauh cuma dia tinggal bersama kami. Abah pula sudah lama meninggalkan kami. Kira-kira 8 tahun lepas. Sewaktu aku darjah tiga. Sedih memang sedih. Kadang-kadang aku cemburu juga melihat kawan-kawanku yang balik dijemput oleh abah mereka. Tapi, apakan daya. Kasih seorang abah padaku hanya ditakdirkan sehingga aku 9 tahun saja. Allah lebih sayangkan abah aku... Al-fatihah untuk abah ku tersayang. Semoga rohnya sentiasa tenang dan sejahtera. Amin...

"Jaga diri baik-baik. Hati-hati. Jangan nanti balik mak tengok seluar terkoyak pulak. Jatuh lagi", bebel makku. Nampaknya kejadian minggu lepas sukar benar dilupakan makku.  Aku hanya mengangguk-angguk.

Tangan makku disalami olehku. Kucupan di kedua pipinya aku hadiahkan.

Setelah bersiap, aku menunggu kedatangan kawanku Asyhira. Dia yang akan mengambilku dengan kereta bapaknya. Bapak dia yang drive okay.

**
"Aku  tak kira! Aku nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 jugak!", jerit Afika tak puas hati. Fatimah, Wani, Azlyna dan Nisa juga menyokongnya.

Aku menjadi panas hati. Mana tak panasnya. Tadi masa dalam perjalanan dah janji nak tengok Civil War. Ni bila dah sampai kaunter beli tiket boleh pulak kata nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2.

"Fine! Kau orang semua pergilah tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 tu! Aku Asyhira dengan Nabiha pergi tengok Civil War!", jeritku lantang lalu mengundang jelingan dari pengunjung lain. Ah! Aku peduli apa! Aku kena pertahankan keinginan aku! Aku nak tengok Iron Man!

"Okay! Kita orang semua pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2. Kau pergilah tengok Civil War. Asyhira, Nabiha, kau bukan cakap nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 jugak ke?", kata Afika lalu serta merta mengundang kembali kemarahanku. Dia orang semua sama rupanya.

"Pergilah kalau nak tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 tu. Aku tengok Civil War seorang diri", balasku dengan suara yang mula kendur. Aku cuba menahan perasaan amarahku. Yalah, nak marah pun apa gunanya. Makin membuang masa bertekak kat sini adalah. Dan, melambatkan lagi proses aku membeli tiket menonton Civil War lagi adalah!

"Kau tak kisah?", tanya Asyhira pula.

Aku menggeleng lalu terus meninggalkan mereka untuk membeli tiket.

Iron Man! I'm coming~~~

**

Iklan masih ditayangkan di panggung. Kata je movienya bermula jam 1.15 petang. Tapi, iklan dia je dah 10 minit. Emm.

Sedang aku khusyuk menunggu Civil War bermula, tempat di sebelah kananku yang tadinya  kosong kini diduduki oleh seseorang. Lelaki pulak tu! Tak selesanya. Nasib baik badan aku kecik sikit, tak adalah nanti terlanggar orang sebelah.

Civil War dah start!

Aku cuba memfokuskan diri tapi tak mampu kerana orang lelaki sebelah aku ni asyik berbisik dengan kawan dia. Macam langau pun ada. Nghnghnghpssstttpsstt. Eh, bunyi langau macam tu eh? Lantaklah!

"Weh, Azhaar! Popcorn kau makan seorang eh!"

"Kau tak mintak kan? Aku ngap seoranglah"

Perbualan orang disebelah aku curi-curi dengar.

Wehh! Biar betul. Orang sebelah aku ni Azhaar ke? Alamak! Jodoh ke apa ni? Hehehe. Aku cuba mengkayukan diri di tempat dudukku.

Walaupun Civil War sudah 45 minit berlangsung, aku langsung tidak tahu apa yang aku tonton kerana perhatianku hanya pada Azhaar. Cehh!

Aku yang gelisah itu mahu mengambil air minumanku. Tapi aku terlupa yang air diletakkan di sebelah kiri kerusi. Pada ketika itu juga orang sebelahku mahu mengambil airnya. Dan,

"Auch"

Bunyi effect perlanggaran tangan.

"Eh, sorry sorry. Saya salah amik. Maaf!", kataku. Malu gila sehh. Macam mana aku boleh terlupa yang air di sebelah kiri ni?! Dah menggatal sangat sampai nak indirect kiss dengan Azhaar ke?

"Tak apa. Jap, awak....... Fatiha kan?!", soalnya agak kuat. Aku yang tadi hanya menundukkan muka terus mengangkat muka dan menunjukkan tanda peace.

"Shhhhhhhh", tegur orang belakang tiba-tiba. Azhaar lah ni. Suara dia tegur aku macam nak bagi satu panggung dengar je.

"Ya...aaah.. saya.. tak sangka pulak jumpa awak dekat sini. Ehehehe", balasku perlahan. Kalau orang belakang ni tegur suruh senyap jugak agaknya dia ni telinga nipis betullah.

"Awak pun tengok Civil War eh?", tanya Azhaar pula. Suaranya lebih perlahan dari tadi dan ia kedengaran romantis sekali. Auwww! Melting!

"Aaah", jawabku. Memang confirm lah 'aah', dah sah-sah dalam panggung Civil War kan? Buat lawak tak bertempat si Azhaar ni.

"Saya suka Iron Man! Datang nak tonton Iron Man je!", sambungku lagi. Entah kenapa mulut aku ringan pulak nak bersuara. Selalunya dengan lelaki tergagap-gagap. Sepatah pun tak nak keluar yang ni hah boleh pulak berjela-jela aku bercakap.

"Ohh, saya suka Captain America", balas Azhaar. Aku hanya menghadiahkan senyuman yang nipis kepadanya.

Aku kena belajar sukakan Captain America lah ni kan? Eh, kejap! Untuk apa pulak? Takkan sebab Azhaar kot?

"Saya tak suka Captain America. Sebab dia warna biru. Macam smurfs", jawabku selamba. Kenyataan tu. Aku memang tak suka tengok smurfs dan tengok Captain America teringat smurfs! Dahlah smurfs tu pakai seluar je. Baju tak pakai. Lepastu pakai topi. Benci betul aku dengan kartun tu!

"Hahaha. Tak sangka lawak jugak awak ni kan? Ingatkan sombong", balas Azhaar lalu aku menjungkitkan keningku tanda tak faham.

"Yalah, kat sekolah awak senyap je. Zariff cakap haritu dia tegur awak nak tanya pasal buku latihan awak diam je", jelas Azhaar. Hanya sengihan aku hadiahkan.

"Entahlah, tak biasa kot. Tak biasalah nak tegur orang dekat sekolah", balasku. Memang benar, aku rasa tak selesa untuk berbual dengan rakan-rakan lelaki di sekolah. Aku rasa macam tak ada keyakinan? Entahlah. Tapi, apabila di luar sekolah aku boleh je diajak berbual. Kenapa eh? Dan, tahniah kepadamu Azhaar! Kerana kamu adalah orang lelaki yang pertama aku berbual semesra ini selain saudaraku dan orang yang ku kenali sendiri. Hahaha

"So, dengan saya ni biasa lah? Gitu?", tanya Azhaar. Aku mencari idea untuk menjawab. Takkan nak bagitahu aku teruja pulak dengan dia.

"Entahlah. Ya kot. Sebab awak dah tegur kan tak akan nak sombong pulak", balasku. Mataku tak lekang daripada memandang skrin wayang. Sebenarnya, aku yang malu nak pandang Azhaar. Ni pun aku bernasib baik jumpa Azhaar dalam gelap sebab muka aku dah naik merah rasanya. Malu!

Perbualan kami terhenti. Masing-masing melayan Civil War walaupun aku langsung tak dapat menangkap jalan ceritanya.

Azhaar punya pasal!

Tapi,

Aku happy dapat berbual dengannya! Tak sia-sia aku tak ikut kawan aku tengok Ada Apa Dengan Cinta 2! The best day ever! Argh...!!!

Tbc

~fazirahidther
13/05/2016

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now