Muka masam aku berikan kepada kawan-kawanku di pagi ini. Hari cerah, tak mendung tak apa. Selalunya orang akan happy dengan cuaca yang baik ini tapi bagi aku langsung tak!
Sebab apa? Sebab pada hari ini iaitu hari Sabtu. Cikgu Matematik Tambahanku dengan bangganya membuat kelas tambahan. Dan yang paling meluatnya tu kelas dibuat hingga jam 2 petang! 9 pagi hingga 2 petang! Siapa tak gila? Siapa!?
Memang aku hadir ke sekolah hari ini dengan hati yang sungguh tak ikhlas. Ya, tak ikhlas! Lantaklah. Sepatutnya hari ini aku tidur puas-puas tau!
"Haih, masam bebenor muka tu? Makan asam berapa kilo, cik adik oi?", tegur Nabiha. Aku apa lagi, makin masam muka aku tunjukkan padanya.
"Kau gila? Hari tu dia cakap tak nak buat kelas! Tapi tiba-tiba nak buat pulak! Sedar tak, dia cakap nak buat kelas malam tadi tau. Hish, penatlah", jawabku. Secara tak langsung kawan-kawanku pun membuat muka juga. Aku tahu tiada siapa yang rela nak datang hari ni lagi-lagi aku.
"Yalah.. Tapi, kau kena ingat juga kita nak SPM lagi 6 bulan je tau", kata Afika pula. Aku terdiam. Memang benar SPM lagi 6 bulan dan kalau ditolak masa makan, tidur dan aktiviti lain tak sampai 6 bulan pun! Sekarang je sudah bulan April. Sedar tak sedar juga dah 3 bulan dia meminati Azhaar. Macam manalah aku boleh suka kau Azhaar?
Aku mengeluh.
"Mengeluh pula ni kenapa?", soal Wani pula.
"Tak ada apa-apa" cuma penat meminati orang secara senyap. Penat! Ingin saja dia melontarkan sebegitu tapi apakan daya, perkara itu perlu dirahsiakan kepada kawan-kawan. Mana nak letak muka nanti kalau geng dia tahu? Heh! Lagipun, kalau nak diikutkan, Fatiha tidak kisah sekiranya Azhaar tidak pernah perasan akan perasaannya. Baginya, melihat Azhaar gembira pun sudah cukup untuk merawat hatinya.
Kawan-kawanku yang lain sudah tidak menegurku. Masing-masing tak mengendahkan aku di situ mungkin kerana tahu mood aku yang tidak baik ini.
Apabila Cikgu Matematik Tambahan kami iaitu Ms. Swet sampai, kami semua mula bergerak ke kelas. Aku berjalan dengan muka yang masam. Kawan-kawanku pun sudah meninggalkanku tapi aku tak kisah! Lantaklah!
Tiba-tiba seseorang menegurku.
"Eyyy.. Muram je?", tegur Azhaar. Rasa nak jerit je! My Crush tegur aii!
Senyuman yang tipis aku berikan kepada dia.
"Hmm" itu sahaja yang aku balas. Walaupun dalam hati dah berbunga-bunga kena tegur, tak akan lah nak tunjuk depan dia pulak? Kena jual mahal jugak tau!
"Dahlah tu. Tak baik masam muka pagi-pagi ni. Rezeki tak masuk nanti. Nak belajar pun susah tau. Senyum sikit", kata Azhaar. Entah kenapa, senang hati aku mendengar tegurannya malah senyuman yang manis siap diberikan kepadanya.
"Ah! Kan comel tu. Cantik sikit daripada tadi macam itik je", gurau Azhaar. Seronok tak terkata dalam hati mendengar balasan Azhaar.
**
"Korang, sampai hati kan tinggalkan aku tadi?", soalku sedih tatkala kelas yang dituju telah pun ku sampai.
"Kitaorang tak nak kacau mood kaulah", balas Afika selamba.
"Eh, kenapa dengan mood aku?", tanyaku lagi. Kenapa dengan mood aku ye?
"Kau kan tadi bad mood kena pergi sekolah tadi", celah Azlyna yang sedari tadi mendiamkan diri.
"Tu tadi sekarang aku dah happy! Wah, excited pulak nak belajar ni!", kataku girang. Entah kenapa, lepas ditegur Azhaar tadi awan mendung di kepala terus berarak pergi. Yang ada cumalah sinar ceria dari matahari. Hahaha!
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...