Bab 11

3K 148 10
                                    

Aku termenung sendirian. Entah kenapa hatiku berasa pedih sekali... hmm, beginikah panahan cinta? Apabila kita dikhianati oleh pasangan kita, hati akan berasa perit sekali. Seolah-olah ditoreh sedalam dan sekuat yang mungkin. Eh, tapi kes aku lain sikit. Hehehe, aku yang bertepuk sebelah tangan!

Televisyen yang terpasang di depan mata pun ku pandang sepi. Entahlah, rasa macam mayat hidup je dekat sini. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena. Oh Azhaar! Kenapa kau buat aku macam ni?!

"Tiha!", panggil Mak. Aku yang tadinya mengelamun menoleh kearah Mak. Okey, depan Mak kita berlagak biasa! Kalau tak nanti terkantoi yang Fatiha Syafiha sekarang ni tengah berpatah hati.

"Ya Mak?", jawabku.

"Nanti malam ikut Mak", kata Mak aku. Lalu serta-merta mengundang tanda tanya dalam fikiranku. Ke mana pulak lah Mak nak bawak aku ni. Aku dahlah tengah bersedih ni.

"Pergi?", soalku.

"Pergi rumah Mak Salwa. Anak dia yang belajar luar negara dah balik semalam. Tu yang Mak Salwa ada buat sikit jamuan. Dia jemput kita.", ujar Mak. Aku hanya mengangguk. Tiada mood sebenarnya nak mendengar. Maka, aku hanya iya kan sajalah walaupun aku tak pasti apa yang Mak cakap. Yang aku tahu rumah Mak Salwa. Mak Salwa pon Mak Salwa lah. Cuma aku berdoa agar Azhaar tidak memunculkan dirinya di depan ku! Aku benar-benar dah gilakan dia dan melihat dia menyintai orang lain amat menyakitkan hati aku! Kalaulah kau tahu Azhaar....

**
"Tiha! Dah siap ke belum sayang? Cepat sikit!", jerit Mak dari ruang tamu. Suara Mak memang kuat. Rasanya kalau 10 m jauh pun masih boleh dengar.

"Kejap Mak. Tiha tengah cari tudung ni", jawabku. Tanganku sibuk menyelongkar almari yang menempatkan segala tudungku. Heh, tudung banyak sebenarnya tapi itulah. Tak ada yang kena di mataku!

Akhirnya setelah penat menyelongkar seperti mencari harta yang berharga, aku jumpa juga tudung yang dicari. Aku jumpa tudung bawal bercorak cheetah! Dah lama aku tak pakai sebenarnya dan disebabkan itulah tudung tersebut berada di bawah sekali. Memang sudah berselerak habis segala tudungku! Tapi tak apa, esok-esok boleh kemas. Janji aku dah jumpa apa yang dicari!

Tudung bawal tersebut ku pakai. Bagiku ia sesuai sangat dikenakan dengan jubah kosongku berwarna hitam itu.

Aku segera keluar dari bilik setelah bersiap lalu aku dan Mak bergerak ke rumah Mak Salwa dengan berjalan kaki.

**

"Salwa.. mana anak kau yang sulung tu? Kali terakhir aku tengok masa dia 12 tahun kan?", kata Mak. Aku yang berada di sebelah Mak hanya membatukan diri. Yalah, nak buat apa je di sini. Tak kan pula aku nak menyampuk perbualan orang tua? Tak baik!

"Alisyaa tu.. hmm kat dapur rasanya dengan Azhaar. Tolong hidangkan makanan", ujar Mak Salwa.

"Azhaar pun tolong hidangkan makanan? Bagus anak teruna kau seorang tu. Jadikan menantu aku boleh jugak!", balas Mak lalu ketawa. Mak Salwa yang mendengar turut ketawa. Aku hanya membuat muka tidak peduli. Sekali sekala mataku melilar memandang setiap sudut rumah Mak Salwa. Rumahnya lebih kemas dan simple berbanding rumahku. Mungkin kerana Mak Salwa tinggal bersama suaminya dan dua orang anaknya. Tak ramai penghuni rumah tersebut daripada rumahku. Walaupun kakak-kakakku jarang balik, tapi apabila mereka balik segala hiasan rumah mereka tukar. Kata mereka biar Mak tak bosan duduk kat rumah tu. Hmm, ada-ada je. Aku yang melihat rumah sendiri pula yang sakit hati. Mana taknya! Hiasan banyak sangat! Ditambah lagi dengan cat dinding berwarna pink! Buat aku sakit mata nak tengok! Kerana bagi aku simple is nice! Dan nasib baik aku diberi keizinan untuk menghias bilikku sendiri. Hehe

"Tiha. Tengok apa tu?", tegur Mak Salwa. Aku memandang kearah Mak Salwa lalu tersengih. Pada ketika itu aku sedang memandang gambar milik Azhaar ketika kecil! Sumpah! Comel sangat! Rasa macam nak rembat pun ada! Lepastu simpan dalam bilik aku buat hilang rasa sakit hatiku.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now