Fatiha P.O.V
"Kamu betul ke nak minta cerai Fatiha?", soal Mak Salwa.
Aku mengangguk kepalaku perlahan.
"Patut ke Umi bagitahu yang kamu nak cerai kat Azhaar? Umi.....huh. Azhaar ada mesej Umi tadi, dia tanya kamu kat mana katanya nak minta maaf dengan kamu", ujar Mak Salwa.
"Bagitahu je Fatiha kat mana Umi. Mungkin ni kali terakhir Fatiha jumpa dia. Dan tolong bagitahu Fatiha nak cerai sekali", jawabku. Pada saat ini aku memang terasa kosong sekali tapi kenapa untuk menuturkan perkataan cerai benar-benar merobek hatiku. Ah! Aku perlu buang rasa cinta pada Azhaar! Dia bukannya pedulikan aku pun selama ini. Entah-entah dia datang nak jumpa pun kerana dia ingin memarahi aku.
"Kali terakhir? Apa maksud Fatiha?", celah Mak.
"Fatiha rasa nak pergi jauh dari sini lepas keluar dari hospital Mak. Tapi Mak jangan risau sebab Fatiha akan lawat Mak selalu. Fatiha cuma nak lupakan memori pahit dekat sini je Mak", ucapku.
"Betul ke ni Fatiha?", soal Mak meminta kepastian.
Aku mengangguk lagi.
"Baiklah...Mak faham kamu, nak"
Mak Salwa memandang wajahku sayu.
"Umi dah mesej Azhaar sayang. Umi kata Fatiha berada di hospital ni dan Fatiha minta cerai. Umi....Umi...maafkan Umi Fatiha. Umi benar-benar rasa bersalah sebab Azhaar layan Fatiha macam ni. Maafkan Umi bagi pihak Azhaar ya, nak?", kata Umi. Umi kembali menangis dan membuatkan aku rasa bersalah.
"Umi tak salah pun. Berhentilah salahkan diri sendiri. Semua ni salah Azhaar sendiri", pujukku kepada Umi. Badan Umi dipeluk erat olehku.
"Fatiha rehat dulu ya, sayang? Mak dan Umi nak solat Zuhur kejap", kata Mak.
Aku hanya mengangguk. Senyuman yang nipis aku lemparkan pada mereka.
Mataku dipejam dan lama kelamaan aku mula terlena sendiri namun tak lama sebelum aku tersedar kerana tanganku terlanggar telefonku yang aku letak di sebelahku.
Prang!
Berderai telefon bimbitku. Aku cuba mengambil telefonku sendiri namun terlalu sukar kerana tanganku dicucuk oleh jarum.
Hatiku mula rasa tak sedap secara tiba-tiba. Jantungku berdetak dengan sangat laju. Dan pada saat ini wajah Azhaar muncul dibenak fikiranku. Aku mula terdiam sendiri.
Ah! Kenapa aku perlu teringat wajahnya lagi? Bukankah aku sudah membuang segala cinta aku padanya. Tak payah fikirkannya lagi Fatiha! Kau harus fikir benda lain yang boleh membahagiakan kau! Fikirkan tentang Azhaar hanya menyesakkan dada kau sendiri!
Tapi..bagaimana kalau ada apa-apa berlaku dengan Azhaar?
Ah! Sakitnya hati aku! Sesungguhnya aku tak kuat! Aku terlalu cintakan Azhaar! Aku tak mampu.... aku tak kuat... namun aku perlu keluar dari derita ini!
Air mataku yang aku cuba tahan sejak pagi tadi akhirnya menitis jua. Terlalu perit untuk aku tahan lagi! Aku tak mampu!
"Fatiha?!", panggilan dari Umi menyentakkan aku.
"Kenapa ni?", soalnya lagi.
"Hahaha. Tak ada apa-apalah Umi", nafiku.
"Kamu betul ke ni? Umi tengok kamu tak okay je? Kenapa menangis?", tanya Umi lagi.
"Fatiha rasa tak sedap hati. Fatiha rindu Azhaar walaupun Azhaar tak pernah sayangkan Fatiha. Fatiha.....sayangkan dia sangat. Sakit Umi! Sakit hati ni bila Fatiha buat keputusan untuk minta cerai dari Azhaar! Tapi..untuk bertahan lagi Fatiha tak mampu....sakit sangat..sakit....", air mata mengalir dengan derasnya.
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...