Bab 10

3.3K 157 2
                                    

Aku duduk di birai katil. Mataku mengerling kearah jam. Hmm, pukul 11.30 malam. Esok adalah hari Jumaat dan Azhaar berjanji untuk datang ke rumahku. Katanya 9.30 pagi.

Telefon diambil lalu segera jam dikunci. Aku mengunci jam 3 kali. Kali pertama pada jam 6.20 pagi, yang kedua pada jam 8.00 pagi dan jam ketiga 8.30 pagi. Hehe, kenalah banyak kali kerana kebiasaannya aku tidur selepas Subuh. Eh, tak! Memang aku selalu tidur selepas solat Subuh! Tapi, hari sekolah tak lah ya. Kalau aku tidur juga memang kena ceramah free je daripada Mak.

Selesai mengunci jam. Terus aku landing atas katil. Empuknya katil! Tidur dulu!

**
"Tiha!! Oh Tiha!", jerit Mak dari luar pintu bilikku. Aku yang mendengar jeritan Mak terus mengambil bantal dan menutup telingaku! Bising! Bising sangat! Aku nak tidur lagi lah. Awal lagi kan?

"Bangun cepat Tiha! Azhaar dah tunggu kamu tu! Dah 15 minit dia tunggu tahu tak!", jerit Mak lagi. Aku tersentak. Azhaar? Apa yang dia buat kat rumah aku ni? Nak masuk meminang ke apa? Heh, aku tak lari kemana-mana lah. 10 tahun pun aku sanggup tunggu kau Azhaar……

"Tiha! Tak baik biar tetamu menunggu tu! Kata nak buat kerja Sejarah!". Mendengar saja kata-kata Mak yang terakhir itu terus saja aku bangun. Lupa pulak ada kerja nak buat! Hehehe

Aku yang tadinya mamai terus saja segar -bugar. Aku berjalan kearah pintu dan membukanya.

"Betul ke Mak? Azhaar dah sampai? Awal lagi kan?", soalku sebaik saja wajah Mak terpacul di depan pintu bilikku.

"Fatiha Syafiha. Jam dah pukul 10 pagi sayang. Jam dalam bilik awak tu rosak ke sayang oi?", kata Mak. Aku memandang kearah jam dan hanya menyengih. Benar kata Mak, jam sudah pukul 10 pagi. Entah bagaimana pula aku boleh tertidur selepas jam terakhir yang ku kunci berbunyi tadi.

"Hehehe", aku ketawa lalu segera ingin beredar untuk berjumpa Azhaar.

"Eh, kamu tu nak pergi mana Tiha?", tanya Mak. Aku yang mendengar terus memberhentikan langkahku.

"Lah Mak ni. Tiha nak pergi jumpa Azhaar lah. Kata nak buat kerja Sejarah kan? Tak akan nak main-main dengan Azhaar pulak?", ujarku lalu segera lenganku ditarik oleh Mak.

"Kamu tu anak dara! Perangai senonoh sikit! Kalau ya nak cepat pon mandi lah dulu.. Ini tak. Dengan air liur basinya kat pipi. Rambut serabai. Baju pon seksi. Dah, pergi mandi dulu! Pakai baju cantik sikit. Ah! Jangan lupa tutup aurat pulak! Pakai tudung ya", kata Mak. Aku hanya mendengar lalu segera masuk kembali ke bilikku untuk mandi. Cermin yang berada dalam bilik aku lihat. Terpantul imejku ke mataku. Hehe, betul juga kata Mak. Rambut aku serabai lepastu ada hati pulak nak jumpa Azhaar. Aurat tak ditutup! Baju lagilah. Seksi habis! Eh, tak adalah seksi sangat. Aku cuma pakai baju tidur hingga paras lutut je. Lengan pon panjang. Tapi, kalau tunjuk depan Azhaar ni mungkin goyah sikit kot iman dia....

**
Aku ke ruang tamu setelah mandi. Aku hanya mengenakan t-shirt lengan panjang yang longgar dan skirt labuh. Tak lupa juga tudung di kepala. Mahu kena sekeh dengan Mak kalau tak tutup aurat. Tapi, kes dulu yang aku terlupa nak tutup aurat tu Mak tak marah. Sebab, aku tak cakap pon!

Segala buku dan alat tulis ku letakkan atas meja.

"Maaf lambat. Hehehe", ujarku kepada Azhaar sebaik saja aku duduk di depannya. Alahai, segan lah pulak berdua macam ni. Walaupun Mak ada dalam rumah tapi Mak berada di dapur. Ia tetap membuatku rasa takut. Mana tahu Mak keluar nak buang sampah ke kat luar, lepastu ada orang tangkap aku dengan Azhaar pulak. Dah kena tuduh tangkap khalwat! Tak pasal-pasal kena kahwin free je dengan Azhaar. Hekhekhek. Kuat berangan betul aku ni.

"Tak apa. Dah jom mula", ujar Azhaar. Aku pula yang rasa bersalah . Mana taknya janji nak mula pukul 9.30 pagi tapi tunggu aku bangun dan mandi punya pasal 10.30 juga kami mula. Aku lihat juga air yang Mak hidangkan pada Azhaar sudah tinggal separuh. Mesti dia penat tunggu aku kan? Maafkan adinda kakanda!

"Alright", jawabku lalu segera kami membincangkan mengenai projek Sejarah kami.

Bincang punya bincang pukul 12 tengah hari kami berhenti. Yalah, Azhaar kan lelaki. Dia nak solat Jumaat lah. Lagipun kami sudah berjaya siapkan 80% kerja kami. Hanya tinggal diprint saja untuk ditampal.

"Okey Fatiha. Saya balik dulu eh. Petang ni kita pergi Cyber Cafe untuk print gambar-gambar tu semua", ujarnya. Aku hanya mengangguk-angguk menyetujukan saja kata-katanya.

Petang pon petanglah. Walaupun petang ni ada Music Bank, aku sanggup lepaskan Music Bank kesayangan aku demi Azhaar! Petang ni aku akan jumpa Azhaar lagi. Hahaha

**

Aku dengan pantas menuju ke kafe  yang berdekatan dengan Cyber Cafe. Azhaar menyuruh aku menunggunya di sini sebelum masuk ke Cyber  Cafe..

Namun, tak sempat lagi aku masuk ke kafe tersebut. Hatiku rasa seperti mahu berderai. Entah kenapa aku rasa sakit sangat. Sakit melihat Azhaar bersama orang lain. Ya, Azhaar sedang berbual mesra bersama seorang perempuan. Dapat ku lihat juga perempuan tersebut seorang yang amat cantik! Perempuan tersebut juga boleh dikatakan lebih putih, kurus dan tinggi dariku. Malah, pemakaiannya lebih menutup aurat daripadaku. Itukah insan yang Azhaar suka? Hmm, aku dan dia jauh bezanya...

Mood yang tadinya teruja hendak bertemu Azhaar terus hilang. Diganti oleh rasa sedih dan hiba di dalam hati. Beginikah rasa sakitnya menyukai seseorang dalam diam?

Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dari beg sandangku. Niatku hanya mahu menghantar pesanan kepada Azhaar yang aku tak jadi menemaninya print.

Aku: sorry. Saya ada hal lah. Tak dapat nak teman awak print. Awak print sorang boleh tak? Awak check dulu semua baru print tau! Nanti esok ke lusa saya tengok. Maaf.

Tak sampai beberapa minit mesejku dibalas oleh Azhaar.

Crush: lah, yeke? Tak pe, tak pe. Saya boleh print seorang.

Mesejnya aku pandang hiba. Sungguh aku tak sangka Azhaar dah ada teman wanita!  Sakit hati aku. Sukakan seorang lelaki yang dah sah-sah tiada langsung hati terhadapku? Hmm.. Bodohkah aku?

Maafkan aku Azhaar kerana aku dah tersuka kan kau! Kaulah crush aku tapi mungkin sekarang sudah menjadi crushed. You crushed my heart.........huhuhu

Tbc

~fazirahidther
18/05/2016 - entah apa saya melalut tah..hohoho. tapi mcm pendek je rsenye bab ni.. nak wat cmne lagi, hw byk..nk bce bku lagi.. aduhhh -^- saya pening ni..tdi publish cite lain, ni cite laain..naik bengong lak rasenye hahahahahahahahha!!! BTW! nak promote sikit ni .. bcelah karya kwn sayeee~ tajok die..
SEINDAH CINTAMU ← by  eiranabila

Hahaha..nite n bye xD XOXO

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now