Bab 17

2.8K 132 3
                                    

Pejam celik pejam celik akhirnya tiba juga hari yang paling taknak dilalui olehku! Hari ini adalah hari dimana keputusan SPM diambil oleh semua pelajar yang menduduki SPM tahun lepas. Aku takut! Terlalu takut sekiranya aku tak mampu membahagiakan Mak dengan keputusanku. Aku rasa seolah-olah aku gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada Mak sekiranya keputusan SPM aku teruk!

Kelihatan semua pelajar sedang duduk di kerusi yang disediakan di dewan sekolah. Pastinya perasaan berdebar-debar dirasakan oleh mereka semua. Siapa saja yang tak berdebarkan?

"Nabihaaaa...Aku takutlah", aduku kepada Nabiha. Nabiha memandangku tanpa reaksi. Ya Allah..... Nabiha ni tak takut ke? Muka tak ada perasaan langsung saja aku tengok.

"Habistu nak suruh aku buat apa?", jawabnya lalu matanya kembali fokus kearah pengetua yang sedang berucap itu.

Nabiha tak nak layan kita.

Disebabkan keputusan SPM keluar pada jam 11 pagi, aku keluar dari dewan dulu untuk berjalan-jalan. Tak betah rasanya naak duduk dalan dewan lama-lama dengar pengetua berucap. Lagipun, baru saja jam 10.30 pagi.

Sedang aku jalan terserempak pula dengan Azhaar. Azhaar yang belajar di sekolah pondok semasa menunggu keputusan SPM keluar dah balik! Aku rindukan dia! Terlalu rindu untuk melihat dia walaupun selalunya aku curi-curi untuk melihat dia.

Mukanya aku lihat sekilas lalu. Walaupun sekilas saja, aku tetap dapat menilik mukanya. Aku dapat melihat mukanya bercahaya. Eh? Ke aku yang perasan ni? Tapi sumpah aku cakap yang raut wajahnya kelihatan tenang dan mendamaikan. Ada nur cahaya di situ.

"Haaiiiiiiii Azhaar", tegurku dulu. Dah lama tak jumpa kan, kenalah tegur.

"Oh. Fatiha. Assalamualaikum", balas Azhaar. Aku terasa seperti ada sesuatu yang mengetuk diriku banyak kali. Aduhh, sepatutnya aku yang bagi salam dulu tadi.

"Err.. waalaikumussalam", jawabku. Aku memandangnya. Kenapa dari tadi dia taknak pandang aku eh? Dulu kata kawan tapi kenapa sekarang ni macam baru pertama kali jumpa aku?

"Takut tak, nak dapat result SPM?", soalku.

"Takutlah juga. Tapi saya percayakan Allah. Allah dah rancang segalanya yang akan berlaku. Saya hanya akan terimanya dengan sepenuh hati", jawab Azhaar. Aku betul-betul rasa Azhaar dah berubah. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. Yalah, lepas belajar dari sekolah pondok Azhaar lain macam. Jawapannya pun lebih islamik berbanding dahulu. Dahlah pandang aku pun tak nak.

"Saya takut sebenarnya nak tahu result saya ni", ujarku. Hahaha. Dengan Azhaar pun aku nak mengadu jugak.

"Kalau takut beristighfar banyak-banyak. Inshaa Allah akan hilang rasa takut awak tu", ujar Azhaar. Aku hanya mendengar dengan setia. Azhaar ni ada gaya-gaya seorang ustaz! Argh, dia benar-benar dah penuhi list lelaki idaman aku!

"Okay, saya cuba", kataku lalu segera masuk kembali ke dewan. Jam dah mendekati angka sebelas dan tibalah masa yang mahu dihentikan olehku. Tapi, nasihat daripada Azhaar tu sikit sebanyak dapat menghilangkan ketakutanku. Melihat Azhaar di depan mataku tadi membuatkan aku tak tertahan lagi! Patutkah aku bagitahu yang aku sukakannya? Bak kata suatu lagu itu...

Jangan tunggu lama-lama,
Nanti lama-lama dia diambil orang!

Haih, kalau aku confess apa reaksi Azhaar agak-agaknya? Dia terima ke? Hmm. Terima atau tidak tu aku tak tahu tapi aku tetap kena bagitahu dia juga. Kalau tak, sampai bila harus berterusan macam ini? Sampai bila aku nak bertepuk sebelah tangan? Manalah tahu kut-kut Azhaar juga dalam diam sukakan aku. Dapatlah dia balas tepukan aku. Ahaksss!

**

"Alhamdulillah...pada tahun ini sekolah kita berjaya melahirkan 29 orang pelajar yang mendapat keputusan straight A's!!!", ujar pengetua yang berucap itu. Seisi dewan bergema dengan tepukan dari pelajar dan ibu bapa. Oh, ya. Bercakap tentang ibu bapa ni, Mak tak dapat datang kerana sakit. Maka aku berseoranganlah hari ini.

"Saya akan mengumumkan nama para-pelajar yang mendapat straight A's"

Dup dap dup dap dup dap

Aku pula yang jadi seram ni. Makin laju dengupan jantungku, makin laju juga mulutku terkumat-kamit beristighfar bagi menenangkan hatiku.

"Yang pertama ialah Muhammad Azhaar! Muhammad Azhaar telah mendapat semua A+ dalam sebelas subjek yag diambil olehnya"

Azhaar pun segera naik ke pentas. Bersamanya adalah Mak Salwa. Jelas terpancar riak bahagia di muka Mak Salwa. Ibu mana yang tak bahagia dan terharu apabila anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Aku pun bangga dengan kau Azhaar! Azhaar memang pandai. Kalau tak pandai tak akanlah dia berjaya dapat straight A's. A+ dalam semua subjek pula tu. Kalau aku, belum tentu lagi aku akan dapat A+ dalam semua subjek. Bahkan straight A's pun aku tak pasti mampukah aku dapatkannya.

"Yang kedua pula ialah Muhammad Afif Syazril dan berjaya juga mendapat semua A+ dalam 9 subjek yang diambil olehnya".

Kali ini Afif pula naik ke pentas. Azhaar...Afif... Mereka ini memang pandai apatah lagi mereka ini berkawan baik. Jadi, tak heran sekiranya mereka dapat staright A+ sekalipun.

Aku hanya mendengar nama-nama yang dipanggil kerana berjaya mendapat straight A's.

Hanya keluhan yang diberikan olehku setiap kali nama pelajar disebut. Sekarang ini sudah orang ke 27 bermakna lagi 2 nama adalah mereka yang terakhir mendapat straight A's. Aku sudah risau kerana namaku tidak disebut.

Kini, tibalah orang yang ke 29. Orang yang terakhir. Dan...

"Yang terakhir mendapat straight A's ialah Nur Nabiha Naziha!"

Nama Nabiha dipanggil. Aku sudah terdiam. Semua kawan-kawanku berjaya mendapat straight A's! Afika, Nabiha, Azlyna, Misa, Wani, Fatimah bahkan Asyhira kawanku dari kelas sebelah turut berjaya mendapat straight A's! Sedar tak sedar akhirnya air mataku mengalir perlahan. Kecewa kerana tidak mendapat straight A's! Kenapa aku tak berjaya dapatkannya biarpun aku sudah bekerja keras? Kenapa semua ni berlaku?

Akhirnya esakan aku terkeluar juga. Aku tak mampu nak tahan lagi kesedihanku. Apa yang aku nak cakap dengan Mak nanti apabila balik ke rumah? Aku tak sanggup nak kecewakan Mak!

Tapi...

"Maaf..ada sedikit masalah teknikal. Kita ada seorang lagi yang dapat straight A's. Pelajar ini mendapat semua A+. Pelajar tersebut ialah......"

Tbc

~fazirahidther
28/05/2016 - pendek je bab 17 ni.. nak tulis lagi tapi sengaje nak bagi gimik sikit siapa lagi sorang yg dpt straight A's tu. Boleh jadi Fatiha.. boleh jadi orang lain jugak.. hahahahahahhhhahahah

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now