Bab 24

3K 143 3
                                    

Sorry kalau tak best..sbb masa buat ni saya tak ada perasaan xD penat dgn sekolah..thats why.... sowwy u.u

******

Berjambak bunga ros yang bersepah di bawah meja dipandang olehku tanpa perasaan.

Hingga ke hari ini sudah 7 jambak bunga ros aku terima. Dan, ya. Sudah seminggu aku terima bunga entah daripada siapa. Daripada mana dia dapat alamat rumah aku pun aku tak tahu.  This is so creepy!

Pada bunga ros yang aku terima juga terdapat kad daripada si pengirim. Geram jugak aku sebab dia tak beri nama dia yang sebenar. Apa yang dia tulis di kad pun hanya ayat-ayat yang sememangnya membuatkan aku tertanya-tanya.

Awaklah bidadari saya..

Saya sayangkan awak..

Awak ni comel!

Jangan jadi pencuri boleh?!

Kenapa suka buatkan saya jadi angau dengan awak?

Dan, banyak lagilah..

Cuma yang peliknya tak nak pula dia letak nama dia sendiri. Dia hanya letak dari secret admire awak je.

Tapi, hari ini sedikit berbeza. Baru saja tadi seorang budak penghantar menghantar bunga dan sebeg coklat. Aku tak heranlah pasal bunga kerana memang aku selalu dapat bunga. Tapi.....coklat.

Macam mana dia tahu aku suka coklat? Coklat kegemaran aku pula tu. Hershey.

Bip

Bunyi dari telefon mematikan lamunanku.

Telefon bimbit di depan mata diambil olehku.

Afif
- lepak?

Aku berfikir sejenak sama ada mahu keluar lepak dengan Afif atau tidak. Setelah berfikir banyak kali akhirnya aku bersetuju. Tak apa, sekali-sekala kan...lagipun harini hari minggu.

Aku
- Okayyy..amik aku. Depan rumah sharp 2.15. Lambat...aku tak nak ikut

Send!

Aku memang pantang kalau orang ajak keluar tapi dia yang lambat.


*****
Aku hanya mengenakan seluar jeans, tshirt lengan panjang dan selendang hitam. Kasut converse high cut dipakai olehku. Erk? Rasa macam remaja 17 tahun pulak. Hehehe.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now