Amaran..ini hambar sama sekali XD kalau rajin vote lah (;
*********
"Hah! Termenung lagi!", sergah Raina rakan sekerjaku. Doktor Raina...
"Mana ada kau ni!", nafiku.
Sebenarnya memang aku tengah termenung pun tadi. Aku terfikir sebenarnya...bilalah Azhaar akan dapat menerima aku. Afika juga..bila dia akan dapat maafkan aku..
Patutkah aku meneruskan sehingga Azhaar dan Afika dapat menerimaku atau aku harus pergi saja? Tapi...lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
"Tengoklah tu. Termenung lagi"
"Hehehe. Sekali-sekala tak apa", ujarku.
"Kau ni kenapa? Aku tengok semenjak naik cuti 4 hari ni kau asyik termenung je. Kau ada masalah?", soal Doktor Raina prihatin.
Aku mengeluh nafas berat.
"Ada tu memang ada..."
"Then? Spill it outlah. Tell me everything...maybe i can help you", ujar Doktor Raina.
Aku mengeluh lagi..
"Sorry. Aku tak bersedia nak bagitahu sesiapa pun lagi". Kawan-kawan aku pun masih tak tahu lagi yang Azhaar melayanku dengan dingin.
"Okay..tapi kalau kau nak share dengan aku, aku sentiasa ada untuk pinjamkan kau telinga okay", ujar Doktor Raina sambil menepuk lembut bahuku.
Aku tersenyum nipis.
Setelah itu Doktor Raina beredar meninggalkan aku sendiri di bilik kerjaku ini.
Kriukk..
Aku memegang perutku lembut. Hehehe, laparlah pulak.
Dengan langkah yang sengaja diperlahankan aku menapak ke kafeteria.
Aigoo. Sedapnya bau...aku dapat hidu bau nasi ayam lah. Dengan cepat aku pun membeli makanan dan terus makan dengan lahapnya.
Selesai saja makan aku berjalan-jalan sekitar hospital itu. Bosan pula tiada jadual untuk aku pada tengah hari ini.
Aku berjalan-jalan sehinggalah sampai ke bilik Azhaar.
Hehe, macam mana aku tahu ni bilik Azhaar? Of courselah aku wajib tahu. Aku kan stalker sejati. Mestilah segala benda tentang Azhaar aku tahu walaupun Azhaar tak pernah mengetahui apa-apa tentang diriku.
Aku menyelinap masuk ke bilik Azhaar senyap-senyap.
Sampai saja di mejanya aku melihat segala benda yang berada di atas mejanya.
Bersepah!
Dengan fail-fail pesakitnya lain.. kertas yang bercontengnya lain.. buku komiknya lain..
Haih. Nama je doktor tapi baca komik lagi? Ni mesti kes bosan bila tak ada kerja ni.
Tanganku dengan lincah mengemas segala yang bersepah di atas meja Azhaar.
Tiba-tiba...
"APA YANG AWAK BUAT NI?!", herdik suara seseorang yang amat ku kenali.
"A..Az..Azha..ar. Sa..saya..kemas je", jawbku gugup. Muka Azhaar terlalu menakutkan. Jelas kelihatan betapa marahnya dia dengan apa yang aku buat.
"Jangan usik barang saya! Lagipun siapa awak nak ceroboh bilik saya?!", tengking Azhaar lagi.
Aku terdiam. Ingin saja terkucil pada waktu ini.
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...