Bab 29

2.8K 127 5
                                    

Tok! Tok! Tok!

Aku yang sedang lena terjaga dek ketukan yang kuat di pintu bilikku.

Dengan cepat, tudung disarung dan pintu bilik dibuka olehku.

Afika...

"Nak apa?", soalku dengan suara yang garau.

Afika melihatku dari atas ke bawah.

"Huh..tidur je kau tahu kan? Kau dengar sini eh. Jangan ingat kau duduk sini senang lenang macam mem besar eh!", katanya lantang.

Aku hanya memgangguk saja. Tak terdaya nak balas kata-katanya. Lagipun, aku takut kalau-kalau Afika akan bertindak agresif dengan menyerangku pula. Apatah lagi ditambah dengan keadaannya yang sedang mengandung ini. Emosi orang yang sedang mengandung ini tidak stabil kerana perubahan hormon, boleh saja dia buat perkara yang diluar jangkaan nanti.

"Kau faham tak apa aku cakap ni? Sekarang aku nak kau pergi masak sana! Aku lapar!", arah Afika.

Aku hanya mengangguk.

"Heyy! Sejak bila pulak kau jadi bisu ni?!", herdik Afika.

"B..baiklah. Aku masak dulu", balasku lalu berura-ura untuk beredar ke dapur. Tapi...

"Panggil aku Puan! Kau tak layak nak panggil aku dengan panggilan kawan macam tu! Sebab bagi aku kau hanyalah perampas!", jeritnya lagi.

"Baik Puan", jawabku seraya mengangguk.

Ya Allah...sedihnya hati ini apabila kawan yang kita kenal sudah lama membuat kita begini. Teringin saja aku menangis tapi takut sekiranya diherdik dan dijerit lagi oleh Afika..

Sebelum beredar ke dapur sempat juga aku mengerling ke jam di dinding.

2.30 petang..

Hampir sejam juga aku terlelap.

Dengan cepat aku pun segera memasak. Dengan berbekalkan lauk yang ada di dalam peti ais, siap juga daging masak sambal dan sayur campur.

Aku pun menghidangkan segala makanan diatas meja. Pinggan dan cawan diletakkan atas meja. Air oren yang sudah dibancuh aku tuang ke dalam cawan.

Setelah itu, aku ke ruang tamu untuk memanggil Afika. Kelihatan Afika sedang bermanja dengan Azhaar.

Aku hanya menahan diriku. Haih..bilalah hati aku nak kuat terima ni semua?

"Errr..Af..P..Puan. Dah siap masak"

Afika yang sedang berada dalam pelukan Azhaar itu memandangku tajam.

"Okey", jawabnya sepatah.

"Abang..jom makan", ujar Afika manja kepada Azhaar. Aku yang mendengar hanya  menelan air liurku kesat.

Afika dan Azhaar berjalan berpimpin tangan hingga ke dapur.

Alangkah seronoknya jika aku di tempat Afika.. Disayangi...dicintai...dibelai...dilayan baik-baik..

Ah! Kau tak layak Fatiha! Tak layak untuk semua itu!

Aku mematikan lamunanku sendiri lalu menuju ke meja dapur.

Baru saja aku mahu menarik kerusi, Afika menegahku.

"Kau tak boleh makan dengan aku dan SUAMI aku!", kata Afika. Perkataan SUAMI itu ditekankan olehnya.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now