Fatiha P.O.V
"Azhaar..awak tak kerja ke harini?", soalku apabila melihat Azhaar yang masih dengan baju tidurnya.
"Tak", ujarnya.
"Oh", aku membalas lalu duduk di sebelahnya yang menghadap laptop itu.
Sejak dua menjak ni aku sudah tekad untuk memenangi hati Azhaar. Aku bukan apa, teringin juga mempertahankan rumahtangga kami. Tapi andai kata memang tidak mampu dan Azhaar masih tak dapat menerimaku, aku akan meminta cerai dari Azhaar. Mungkin itu yang terbaik. At least, aku try jugak okay.
"Awak buat apa?", soalku lagi.
"Siapkan laporan pesakit", jawabnya. Matanya masih lagi menghadap skrin laptop.
Aku termenung sendirian sebelah Azhaar. Bosanlah pulak.
"Azhaar..."
"Hmm?"
"Tak bosan ke?", aku membuat muka kesian kepada Azhaar.
Azhaar hanya menggeleng. Matanya masih fokus dengan laptopnya.
Aku terdiam sendiri. Sebenarnya aku tak tahu apa yang patut aku bualkan dengan Azhaar. Aku perasan yang sejak dua menjak ini Azhaar banyak kali melayanku. Dia tak adalah mesra sangat tapi dia akan memberi respond yang lebih baik daripada dulu.
"Awak dah sarapan ke belum?", soalku memandangkan jam baru saja menginjak ke angka sembilan.
"Dah tadi tapi sikit je", jawab Azhaar.
"Sikit kenapa sikit?", soalku pelik.
"Tak ada orang teman. Bosanlah..", jawabnya.
"Afika kan ada?"
"Afika tak makan saing. Dia suruh saya makan dulu"
"Oh"
Perbualan kami berhenti sekali lagi. Tersekat-sekat perbualan kami apatah lagi aku memang tak mahu menganggu dia sangat.
"Azhaar..", panggilku lagi.
"Ye Fatiha?", jawab Azhaar. Nampak sangat mood dia hari ini tengah baik. Aku panggil dia banyak kali pun dia tak melenting.
"Awak suka apa?", soalku. Terasa ingin mengenalinya dengan lebih dalam pula.
"Suka apa? Makanan ke hobi ke apa?", soalnya kembali.
Aku terdiam sejenak.
"Awak..apa yang awak suka buat?"
Azhaar berhenti daripada membuat kerjanya. Badannya menghadap kearahku. Lalu matanya bertentang dengan mataku.
Zzap!
Argh. Aku rasa berdebar pula pada ketika ini. Nak lari boleh?
"Saya suka rawat pesakit", jawab Azhaar polos.
Aku menepuk dahiku.
"Memanglah suka. Awakkan doktor. Lain!", selorohku.
Azhaar jeda sebentar.
"Saya suka memasak", jawab Azhaar.
Aku terkedu sebentar. Eh, tak sangka lelaki macam Azhaar ni suka memasak. Muka maskulin tapi pandai masak. Unbelievable!
"Why? You dont believe me eh?"
Aku menggelengkan kepala.
"Saya memang suka masak. Tapi, sekarang dah jarang masak sebab Afika tak bagi. Kalau nak saya masak boleh je cuma kena tunggu hari minggu lah", jelas Azhaar dengan riak wajah yang bangga. Ceh, banggalah tu pandai masak.
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...