Bab 28

2.8K 127 17
                                    

Rumah banglo dua tingkat tersergam indah di depan mataku. Tapi, itu langsung tidak menarik perhatianku.

Bumm!

Pintu kereta dihempas kuat oleh Azhaar.

Aku berkira-kira untuk mengikut Azhaar masuk ke rumah tersebut. Aku takut! Lagipun Azhaar tidak mempelawaku.

"Dah buat apa tercegat kat situ! Jangan nak mengada-ngada boleh tak? Cepat sikitlah!", jerit Azhaar yang berada di depanku.

Aku terkejut. Lagi sekali, aku terasa ingin menangis tapi aku tahan saja. Senyuman yang tawar aku tayangkan kepada Azhaar.

Setiba saja di depan pintu rumah, Azhaar menekan loceng pintu dan beberapa saat kemudian pintu pun dibuka. Tersembul muka Afika di pintu tersebut. Dia merenungku tajam seolah-olah ingin menelanku.

"Apasal lambat sangat? Rasanya satu jam pun dah selesai kut", soal Afika kepada Azhaar. Aku yang berada di tepi Azhaar hanya berdiam diri. Lagipun, aku rasa seolah-olah aku tak wujud langsung di situ.

"Abang mintak maaf okey. Tadi tok kadi datang lambat", ujar Azhaar kepada Afika. Wajahnya tidak setegang seperti dalam kereta tadi.

"Yelah tu"

"Yelah sayangggg....abang pun tak sanggup nak duduk lama-lama dalam masjid tu tau sebab dah rindu dengan sayang"

Dadaku terasa senak mendengar kata-kata dari Azhaar.

Ah! Kenapa aku mesti sedih. Kan aku sudah jangkakan yang Azhaar takkan terimaku langsung.

"Yelah abang. Hah, ni kenapa bawak balik perampas ni?", soal Afika sinis.

Aku hanya menundukkan kepalaku ke lantai.

"Abang terpaksalah sayang. Umi yang suruh", ujar Azhaar lembut.

Hahahaha..dia terpaksa okay Fatiha! Terpaksa! Sedarlah diri tu Fatiha. Azhaar pun mengiyakan saja Afika memanggil aku 'perampas'. Memang aku perampas pun kan?

Aku tak mampu untuk mendengar lagi. Mahu saja aku terus masuk ke dalam rumah namun aku sedar aku siapa. Mungkin aku hanya akan dianggap sebagai tetamu saja di rumah ini.

"Sayang..abang nak rehat kejap. Sayang buatkan abang air boleh?", kata Azhaar lalu dia menapak masuk ke rumahnya.

Aku pun mengikutnya masuk ke dalam namun belum sempat aku masuk pintu ditutup oleh Afika dengan kuat dan...

"Auch!". Aku terjerit kecil. Hidungku benar-benar sakit dan perit. Hidungku yang sakit itu dipegang olehku. Aku menggosok-gosok sedikit bagi menghilangkan rasa sakit.

"Eh, ada orang ke? Laaa..ingatkan tak ada tadi. Sorry eh perampas", ujar Afika sambil membuka kembali pintu.

Aku hanya tersenyum hambar. Tak kusangkakan kawan yang aku kenal dari tingkatan dua ini berubah mendadak disebabkan aku. Ya, aku tahu aku salah.

Aku masuk ke dalam. Sofa di ruang tamu aku pilih untuk melabuhkan punggungku.

Sebenarnya, aku tak tahu mana bilikku...

Ketika itu juga, Azhaar turun dari tingkat atas. Segera aku memanggilnya. Dia hanya melihatku sekilas tanpa perasaan dan kemudiannya memandang tempat lain.

Aku cuba memberikan senyuman yang manis walaupun aku berasa sedih.

"Bilik saya kat mana?", soalku lembut.

Azhaar mendengus sebelum menjawab

"Tingkat bawah. Sebelah dapur", jawabnya. Tangannya menunjuk kearah sebuah bilik yang bersebelahan dengan dapur.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now