Bab 26

3.1K 116 10
                                    

selamat membaca~ muah banyakkkkk ciked xP

********

Fatiha P.O.V

Aku menghentak kasar stereng keretaku.

Ugh..

Baru beli 8 bulan takkanlah dah rosak kut? Dari tadi aku cuba hidupkan tapi masih tak berjaya.

Jam di tangan dilihat olehku. Aku perlu masuk kerja pada jam 8.30 pagi. Melihat saja jam yang sudah menginjak 8.10 pagi itu membuatkan aku pasrah. Naik teksi pun belum tentu dapat sampai tepat pukul 8.30 pagi apatah lagi perlu menempuh lebuhraya yang sesak di waktu pagi ini.

Tiba-tiba....

Pin! Pin!

Aku menoleh kearah kereta yang menghon aku.

Afif?

Afif keluar dari keretanya.

Aku yang berada di dalam kereta turut keluar dari keretaku untuk bertemu Afif.

"Fatiha, tak pergi kerja lagi?", soal Afif.

"Errr..kereta rosak. Ka...a..wakk buat apa kat rumah ssa..ya ni?", ujarku. Walaupun dah berlatih untuk menggunakan saya-awak dengan Afif, aku tetap gagap. Haih lah lidah. Mungkin kerana selama ini aku sudah selesa menggunakan kau-aku dengan Afif.

"Hahaha..kesian pulak aku tengok kau ni. Tak payahlah guna saya-awak. Kalau nak diikutkan aku pun tak biasa. Guna panggilan nama nak?".

"Hmm..boleh jugak. Afif...Fatiha"

"So, kenapa tak pergi kerja lagi ni? Kereta rosak?", soal Afif prihatin.

Aku hanya mengangguk sambil membuat muka sedih.

"Nak Afif hantarkan ke?", soalnya.

"Haa..nak hantarkan ke? Kalau nak, a-Fatiha okey je", ujarku. Hampir saja tersebut 'aku' tadi. Hehehe.

"Afif boleh hantarkan.. tapi kejap eh. Nak hantar barang untuk bakal Mak mertua", ujarnya lalu dia bergerak menuju ke keretanya. Tempat penumpang dibuka olehnya dan diambil beberapa plastik.

Aku mengerutkan dahiku.

Apa yang dia bawak?

"Apa tu?", soalku spontan.

"Malam tadi Mama punya kawan datang bawak kain. Mama kata banyak sangat, tu yang Mama suruh bagi Mak Fatiha", jelasnya.

"Oh"

Afif bergegas ke pintu rumahku. Kebetulan pada waktu itu Mak mahu membuka pintu dan Afif pun menyerahkan bungkusan plastik tersebut kepada Mak.

Kemudian, Afif menuju kearahku.

"Kejap ya", kata Afif lalu dia masuk ke keretanya dan menelefon seseorang.

Seketika kemudian Afif keluar dari keretanya. Aku pergi kearahnya apabila dia memanggilku.

Pintu kereta dibuka olehnya.

"Kamsahamnida oppa", ujarku. Dan, aku baru tersedar yang aku terpanggilnya oppa. Terus aku menekup mulutku.

Afif hanya ketawa. Kelakar ke?

"Jom teman Afif makan", kata Afif sebaik saja dia masuk ke dalam keretanya.

Aku memandang jam di dashboard keretanya.

8.31 pagi?

Heyy, no!

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now