Bab 44

4K 136 2
                                    

Aku merenung kosong wajah Azhaar dan keluhan diberikan olehku. Yaasiin yang baru aku habiskan bacakan pada Azhaar aku letak diatas meja.

Tangan Azhaar diraih dan aku letakkan dipipiku. Tangannya hangat dan alangkah indahnya jika tangan ini yang sentiasa membelaiku dahulu. Huh. Biarlah aku nak bermain dengan tangannya sekalipun kerana ini adalah kali pertama aku memegang tangannya tanpa dihalang oleh sesiapa. Kebiasaanya aku pasti akan dimarahi jika aku ingin memegang tangannya.

Aku tersenyum. Dan ini juga mungkin akan menjadi kali terakhir aku dapat memegang tangannya.

"Azhaar......", kali ini pipinya pula diusap olehku. Azhaar terlalu handsome bagiku. Mungkin bagi orang lain wajahnya hanya biasa tapi bagiku Azhaar amat kacak dimataku. Dahinya licin. Keningnya tidak tebal dan tidak pula nipis, cukup sesuai untuk orang lelaki. Hidungnya agak mancung namun tak adalah terlalu mancung, cukup padan dengannya. Bibirnya warna merah jambu dan di dagunya masih tersimpan janggutnya yang sejemput itu. Sesungguhnya wajahnya masih sama seperti sekolah menengah dulu, yang berbeza hanyalah Azhaar kelihatan lebih matang saja. Menilik wajahnya membuatkan aku teringat suatu ketika dulu aku juga ada curi-curi melihat wajahnya. Oh, sungguh aku rindukan kenangan sewaktu aku di sekolah menengah!

"Bila awak nak bangun Azhaar? Dah 4 minggu Azhaar! 4 minggu awak koma tahu tak?! Sepatutnya 3 minggu lepas awak dah bangun! Kenapa...kenapa awak...tak bangun lagi? Janganlah buatkan saya berat hati nak pergi tinggalkan awak nanti.....", ujarku bersama esak tangisku sendiri walaupun aku tahu Azhaar tidak akan memberi respond langsung. 4 minggu Azhaar tidak menyedarkan diri benar-benar menakutkan aku. Sungguh aku takut akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Masih lagi aku teringat akan kata-kata Doktor Nurin...

***

Pintu bilik Doktor Nurin aku kuak perlahan lalu aku melangkah masuk. Kerusi yang berada di depan Doktor Nurin aku tuju dan aku labuhkan diriku diatasnya.

"Kenapa Azhaar masih tak bangun lagi Nurin? Dah nak nak dekat 2 minggu tapi kenapa dia masih tak bangun?! Kau kata 1 minggu dia akan bangun...tapi..", soalku kepada Doktor Nurin. Hampir saja aku meninggikan suara kepada Nurin kalau tak memikirkan yang ini bukan salahnya.

"Hmm. Kecederaan dekat kepala dia tu kalau nak diikutkan memang dah baik sekarang dan pesakit selalunya dah bangun. Tapi kes Azhaar ni aku susah nak terangkan macam mana. Aku....aku pun tak tahu Fatiha. Aku minta maaf", ujar Doktor Nurin. Dapat aku lihat raut wajahnya yang penuh dengan rasa bersalah itu.

"Tak apalah...kau tak perlu minta maaf pun. Tapi, kau rasa bila Azhaar akan sedar?", soalku lagi. Kali ini dengan nada yang biasa. Tak perlu rasanya untuk aku mendesak Doktor Nurin. Yalah, sedar atau tidak seseorang pesakit itu bergantung pada Allah. Aku tak bolehlah nak salahkan Doktor Nurin sedangkan dulu pun aku pernah menjadi seorang doktor. Takkan aku tak boleh memahaminya pula?

"Aku tak pasti berapa lama lagi dia akan bangun kerana mengikut apa yang aku ramalkan pesakit selalunya memang dah boleh bangun. Tapi dah 4 minggu keadaan masih sama dan aku ramalkan yang suami kau berkemungkinan akan koma. Koma yang mungkin tipis peluangnya untuk menyedarkan diri"

****

Ah! Aku tak sanggup sekiranya Azhaar koma! Aku tak sanggup!

Kerana terlalu sedih, aku terus keluar dari wad Azhaar dan aku berjalan-jalan di sekitar hospital.

Aku duduk di bangku yang kosong. Mataku melilar memerhatikan orang yang lalu lalang di sekitar itu. Tiba-tiba kelibat seorang budak kecil yang memakai baju hospital menarik perhatianku dan serta merta satu nama meluncur laju dari mulutku.

"Danish..."

Budak itu menoleh kearahku. Riak wajahnya bertukar menjadi ceria.

"Kakak doktor!", panggilnya. Ya! Dialah budak yang dulu ketika aku sedih, dia datang dan membawa segala kesedihanku. Mana mungkin aku akan lupakan budak yang seceria seperti Danish ni.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now