Tiba-tiba....
Pinn! Pinn! Pinn!
Bunyi hon kereta memeranjatkan aku.
"Nabiha ni tak tahu sabar ke?!", gumamku perlahan.
Setelah melilit shawl ala kadar aku terus meluru keluar dari rumah. Kereta Nabiha aku masuk dan..
Bumm!
Dengan kuat aku tutup pintunya. Protes ni tidur kena ganggu.
"Kenapa monyok?", soal Nabiha. Aku menjelingnya lalu tanganku disilangkan ke dada. Mulutku dimuncungkan.
"Kalau aku kiss orang kata lesbian pulak. Tapi tak apalah, nanti aku suruh bakal laki kau kiss kau masa first night", ujar Nabiha selamba.
"Kau ni mengarutlah! Aku bagi makan selipar aku kang baru tahu!", kataku dengan tegas. Jap, kenapa mesti selipar?
Aku menoleh kearah kakiku. What!? Aku pakai selipar je?
"Weh! Aku pakai selipar je ni. Patah balik boleh?", pintaku. Nabiha memandangku tanpa sebarang reaksi.
"Tak payah", ujarnya. Dia masih meneruskan perjalanan ke rumah Afika.
Sakit pulak hati kita ni!
Dalam 6 minit macam tu, sampai juga ke rumah Afika. Alah, dekat je. Tapi kalau aku jalan kaki lambatlah. Aku tak ada kereta okay..
Aku lihat sudah ramai yang berada di rumah Afika. Afika hanya bernikah di rumah. Kata Mak, Mak Afika iaitu Puan Ainon yang mahu anaknya bernikah di rumah. Lebih meriah katanya.
Dengan langkah yang perlahan aku masuk ke dalam rumah Afika. Nak langkah laju-laju nanti kain terangkat pula. Nanti ternampaklah aku pakai selipar. Selipar buruk pulak tu!
Dengan berhati-hati aku memarkirkan seliparku di tepi pasu bunga. Hohoho! Selipar pun parkir jugak, jangan ingat kereta je....
Semasa masuk ke dalam rumah Afika, mataku terpandang lelaki yang duduk di depan tok kadi. Serasa nadiku bagaikan terhenti melihat gerangan tersebut.
Azhaar!
Ya Allah....kenapa kesakitan itu datang kembali?
"Fatiha! Cepatlah!", kata Nabiha lalu menarikku untuk duduk berdekatan Afika. Deyy, aku berhenti masa pandang Azhaar ke tadi?
Setelah tiada gangguan lagi. Akad nikah akan dimulakan.
"Ehem.. test mic k-e-j-a-p", tok kadi memeriksa mic di depannya. Rasa nak tergelak pun ada dengan telatah tok kadi ni. Tercuit hati nek! Comel! Ahaksss!
"Bismillahirrahmannirrahim. Okey, kita akan mulakan", ujar tok kadi tersebut.
Aku lihat ada seseorang pemuda yang menghampiri Afika. Di tangannya ada sehelai kertas. Aku dengan keturunan zirafahnya pun memanjangkan leherku bagi melihat apa yang terkandung dalam kertas tersebut.
Oooo..surat nikah rupanya. Pemuda tersebut suruh check kalau-kalau nama salah ke tak. Emm, kalau tersalah macam mana? Terletak nama aku.. hehe. Tak pasal-pasal aku dengan Azhaar suami isteri. Errrr..stop it Fatiha Syafiha! You won't never be his wife! Sobs..sobs...
"Betul ya segala maklumat?", soal tok kadi itu. Afika hanya mengangguk.
Tok kadi itu dan Azhaar berjabat tangan. Akad nak mula dah.. tapi kenapa aku rasa macam nak jerit jangan mulakan je? Tak baik Fatiha...tak baik..
"Muhammad Azhaar bin Abdul Hisyam", seru tok kadi tersebut.
"Ya", jawab Azhaar.
Suaranya...sudah lama aku tak dengar. Aku rindukan suaranya... aku.. aku... Argh, kenapa mata aku terasa panas ni? Aku mengibas-ngibaskan tanganku ke mukaku. Jangan nangis Fatiha..jangan nangis... Nanti orang ingat kau gila..
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...