Bab 37

3.2K 135 11
                                    

"KAU PERGI MANA HAH?!", jerkah Azhaar sehingga terhinjut bahuku.

"Sa.....ya.."

"Kau apa!?"

"Saya keluar sekejap...", jawabku dengan rasa gugup.

Azhaar di depan mataku pada ketika ini benar-benar menakutkanku.

"Keluar tu pergi mana?! Aku tahulah kau keluar!", Azhaar berjalan kearahku dengan pandangan matanya yang tajam menikam anak mataku.

Aku berkira-kira mahu memberitahu Azhaar kemana aku pergi ataupun tidak. Kalau aku bagitahu pasti teruk aku akan dimarahinya. Tapi...kalau aku menipunya, aku akan mendapat dosa kerana menipu suami.

"Cakaplah cepat!", tengkingan dari Azhaar menyebabkan air mataku automatik mengalir dengan sendirinya.

Kepalaku ditarik kasar keatas bagi tepat memandang wajahnya.

"Kena tengking sikit dah menangis! Kau memang anak manjakan?! Tulah, manja sangat sampai jadi pembunuh! Patutnya kaulah yang mati bukan isteri aku! Aku baru nak terima kau tapi disebabkan perkara ni jangan harap aku nak terima kau sampai bila-bila! Bagi aku, kau ni cuma macam pengemis tepi jalan. Bezanya, pengemis tepi jalan minta sedekah tapi kau minta untuk dicintai oleh aku! Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan? Tak ada maruah ke kau ni?"

Hatiku sakit. Remuk. Pedih. Segalanya ada. Siapa saja yang tidak sakit jika dilemparkan dengan kata-kata yang begitu apatah lagi yang melemparkan kata-kata itu adalah sang suami sendiri.

Huh. Mungkin betul kata Azhaar...aku ni hanya pengemis yang minta untuk dicintai olehnya. Sememangnya, aku tagihkan cinta darinya sejak dari sekolah lagi. Hingga sekarang, masih lagi aku tagihkan cinta darinya. Murahkah aku?

"Kenapa menangis? HEY! Kau tak layaklah nak curahkan air mata kau depan aku semata-mata nak mintak simpati! Aku tak bersimpati langsung sebab pembunuh macam kau ni memang tak layak untuk disimpati langsung!", ujar Azhaar sambil menunjal kepalaku.

Aku menekup mulutku dengan tangan bagi menahan tangisanku dari pecah.

Azhaar beredar dari situ namun dia berhenti di setengah jalan.

"Lain kali kalau kau keluar tanpa kebenaran aku siap kau! Dan, kalau aku dapat tahu kau lawat ANAK aku...kau tahulah nasib kau!", tegas Azhaar berkata kepadaku. Lalu dia meneruskan langkahnya menuju ke bilik.

Aku yang masih menangis itu akhirnya terjelopok ke lantai setelah Azhaar sudah masuk ke biliknya.

Air mata semakin deras mengalir dari mataku.

Ah! Aku tak kuat! Kenapa aku harus lalui semua ini? Apa salah aku sampai aku dihukum macam ini?

AKU BUKAN PEMBUNUH! Ingin saja aku jerit didepan muka Azhaar begitu. Biar dia tahu aku bukan pembunuh. Namun, beranikah aku ingin berbuat begitu depan Azhaar? Sedangkan untuk menghampiri Azhaar pun sudah menakutkan apatah lagi ingin berada betul-betul didepan Azhaar dan jerit didepannya.

Aku masih lagi menangis semahu-mahunya diatas lantai yang sejuk itu.

Kepalaku terasa berdenyut-denyut secara tiba-tiba dan memaksa aku untuk terus duduk di situ. Pasti kerana aku terlalu banyak menangis sehingga membuatkan kepalaku pening. Mungkin tidur dapat melegakan kepalaku yang begitu mencucuk-cucuk ini.

Aku cuba untuk bangun walaupun kepalaku pada ketika ini terasa berat sekali. Tapi lebih baik aku gagahkan diri untuk masuk ke bilikku dan berehat sebelum Azhaar nampak aku tertidur di ruang tamu. Pasti aku akan dimarahinya lagi!

Dengan lafaz bismillah akhirnya aku berjaya berdiri. Namun, aku kembali terduduk apabila kepalaku semakin mencucuk-cucuk. Terasa lemah segala sendi-sendiku.

Dan...

Segalanya menjadi gelap.









*********

Aku membuka mataku.

Sekejap, kenapa warna dinding ini lain macam? Bukan bilik aku warna biru ke? Kenapa warna kelabu. Dan, kenapa sejuk sangat bilik ni? Kipas nombor berapa ni? Eh, aircond? Bila masa bilik aku ada aircond? Tempat aku tidur pun empuk? Hah?! Kenapa aku tidur atas katil?

Ni bilik....

Azhaar memandang aku tanpa riak.

"Seronok tidur bilik aku?"

"Hah? Mana ada saya tidur bilik awak...saya.. saya pun tak tahu macam mana boleh ada kat sini...", ujarku perlahan kerana takut dimarahi oleh Azhaar.

Aku berura-ura mahu bangun sebelum diriku ditolak kembali oleh Azhaar ke atas katil.

Tubuh Azhaar yang sasa itu menindih diriku.

Erk? Terasa pada ketika ini wajahku sudah memerah.

Azhaar nak buat apa ni? Takkanlah....

Gulp!

Tangan Azhaar yang tadinya berada di sebelah pinggang kiriku kini berada di atas dahiku.

Eh, kenapa dia tekapkan tangan dia atas dahi aku?

"Kau jangan mengada-ngada nak keluar dari bilik ni faham?! Berehat je...sebab kau tu masih demam lagi".

Azhaar bangun dari menindih aku.

Fuhh, dia nak rasa aku demam lagi ke tak saja. Ingatkan apa tadi...

Eh! Aku demam?

Tapi, baiknya dia sampai sanggup angkat aku hingga bilik dia, malah dia siap suruh aku berehat lagi. Bukan dia benci aku ke?

"Untuk makluman kau.. Umi aku dan mak kau ada kat bawah. Kau jangan mengada-ngada nak pergi bilik pengemis kau kat bawah tu faham! Kau buat hal siap kau! Rehat sampai aku kata kau dah sihat! Dan, aku tak ingin pun nakk sentuh kau. Jijik rasanya nak sentuh pembunuh macam kau..", kata Azhaar lalu segera keluar dari biliknya.

Aku hanya tersenyum tipis mendengar kata-kata Azhaar. Walaupun hanya mendatar nadanya, ia cukup untuk melumatkankan hatiku yang sedia berkecai ini.

Huh...

Ingatkan dia memang baik sehingga angkat aku dan beri aku rehat dibiliknya namun ianya hanyalah lakonan di depan Umi dan Mak saja.

Mungkin sampai bila-bila Azhaar takkan menerima aku..

Tbc

~fazirahidther
13/08/2016 - korang request untuk update so, saya pun taiplah bab ni tapi sampai 800++ words je, nak bac buku lepas ni... dan, serious ni last update dari saya untuk kali ini. Esok saya exam sejarah ToT doakan saya dpt A+ please... huhuhu
Btw, thanks sbb baca cerita ni and mostly thanks untuk sesiapa yg vote cerita ni.. korang baca taknaak vote ke? ._.

Next update after 29 august....

Bye~ /flying kiss everywhere/



Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now