*******
Apa lagi yang harus lakukan?Huh..baru saja aku cuba untuk menjadi isterinya dia sudah tolak aku awal-awal. Nampak sangat dia tak suka aku menggantikan tempat Afika. Salah ke kalau aku nak jalankan tugas aku sebagai isteri walaupun hanya sekejap?
I'm creeping in your heart babe
Dwijipgo muneoteurigo...Dengan pantas aku mengangkat panggilan tersebut.
"Fatiha! Kau datang hospital cepat...kawan kita, Afika nak jumpa kau..dia........"
"Dia apa?!", soalku panik. Biarpun Afika mengatakan dia sudah memutuskan hubungan persahabatan kami, bagiku Afika tetap kawan baikku..
"Dia...alah, kau datang jelah hospital!"
Talian dimatikan oleh Nabiha.
Aku dengan cepat bersiap ala kadar dan menggapai kunci kereta. Kemudian, aku terus keluar dari bilik dan menuju ke bilik Azhaar di atas.
Aku kena minta izin pada Azhaar untuk keluar walaupun Azhaar tak pernah nak kisah.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk olehku dan Azhaar membuka pintu.
Muka Azhaar beku tiada langsung senyuman terhias di bibirnya. Hmm, dah biasa begini.
"Saya nak keluar.."
"Hmm"
Aku hanya mengangguk kemudian mahu beredar dari situ sebelum aku teringat sesuatu.
"Awak tak lawat Afika?", soalku pelik. Yalah, Nabiha kata yang Afika di hospital dan mahu menjumpaku. Azhaar sebagai suami kepada Afika takkan tak tahu tentang hal ini?
Pelik!
"Buat apa? Isteri saya elok je", jawab Azhaar lalu menutup kembali pintu biliknya.
Okey, ISTERI dia elok je.
Tapi...
Tak pelik ke? Takkanlah Afika tak bagitahu yang dia masuk hospital?
Ah! Pelik!
Dengan pantas, aku melangkah turun dan bergegas ke hospital yang dimaksudkan oleh Nabiha.
******
Aku melangkah masuk ke hospital dengan tergesa-gesa.
Dari jauh aku sudah terlihat kelibat Nabiha yang memang menunggu aku di ruangan itu.
"Afika kat wad mana?"
Nabiha tersengih.
Dah kenapa?
"Cepatlah! Mana dia? Tersengih pulak kau ni...", ujarku geram.
"Ikut aku"
Aku membuntuti Nabiha tanpa banyak suara.
Kami tiba di depan bilik hospital.
"Masuklah...tapi..errr"
"Kau kenapa?", soalku pelik.
Nabiha ni macam ada sesuatu je?
"Aku tunggu kat luar je eh", ujar Nabiha.
"Tapi....er, masuklah dengan aku" pintaku.
Nabiha menggigit bawah bibirnya.
"Aaa....a..aku sakit perut! Ah, sakit perut! Nak pergi tandas jap eh", pamit Nabiha lalu dengan tergesa-gesa beredar dari situ.
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Teen FictionAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...