Bab 42

4K 126 4
                                    

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Tika ini badanku terasa terlalu berat sekali dan kepalaku juga terasa perih seperti dicucuk-cucuk.

Aku kat mana ni? Kenapa syiling ni putih je? Nak kata ni rumah Azhaar memang bukan...rumah Mak? Tak pun rumah Umi?

"Dah bangun pun kamu", ujar Mak. Bersama Mak ada Mak Salwa.

"Fatiha kat mana ni?", soalku. Aku masih lagi berbaring memandangkan tanganku dicucuk dengan jarum. Jap. Dicucuk?! Aku kat hospital?! Tapi...bagaimana? Macam mana? Kenapa?

"Kamu kat hospital. Demam panas. Tadi kamu tak sedarkan diri", jawab Mak Salwa. Aku hanya mengangguk. Aku sebenarnya tertanya-tanya kenapa mata Mak dan Mak Salwa merah. Mereka baru lepas menangis ke? Tapi kenapa?

Tiba-tiba Mak Salwa memelukku erat. Aku terkaku sendiri tidak tahu ingin memberikan reaksi bagaimana.

"Maafkan Umi..maafkan Umi sebab buatkan Fatiha terseksa tinggal dengan Azhaar. Memang Umi tak sangka yang Azhaar akan berubah macam tu sekali lepas isteri dan anaknya meninggal. Umi...minta maaf sangat-sangat", ucap Mak Salwa  teresak-esak.

Aku hanya diam. Tiada langsung air mata yang memgalir. Mungkin kerana aku sudah reda dengan semua ni. Azhaar memang bukan untuk aku dan aku begitu bencikannya. Teringatnya membuatkan aku teringat peristiwa semalam. Sampainya hati dia meninggalkan aku diluar semalaman, keseorangan dan kesejukan tanpa ada langsung erti simpati darinya! Hati aku begitu sakit....dan kini aku sudah membuang segala cinta aku padanya.

"Kenapa Fatiha tak bagitahu Mak yang Fatiha terseksa sayang? Mak betul-betul tak tahu yang Azhaar layan kamu teruk macam tu. Nasib baik Mak dan Umi tergerak hati dan pergi ke rumah kamu daa Azhaar tau. Kalau tak memang sampai bila-bila kami tak akan tahu pun", kali ini Mak pula bersuara. Sayu saja suaranya.

Aku memberikan senyuman yang manis untuk membuatkan Mak dan Mak Salwa lega.

"Fatiha okay. Fatiha dah terima semua ni  Mak, Umi. Mungkin Fatiha patut minta.....hmmm", aku tidak dapat meneruskan kata-kataku apabila perkataan yang seterusnya itu mampu menghiriskan lagi hati aku.

"Kamu nak minta cerai?", celah Mak.

Aku mengangguk lemah. Mungkin cerai adalah jalan yang penyelesaian yang terbaik walaupun aku tahu Allah amat membencinya.

"Fatiha tak sanggup lagi....Azhaar memang tak akan dapat terima Fatiha dalam hidup dia. Dia layan Fatiha pun macam hamba. Fatiha memang tak akan lupa kisah semalam Mak, Umi. Segala rayuan, rintihan Fatiha panggilan semuanya tak dilayan langsung. Fatiha tahu Fatiha salah. Fatiha memang salah bila Fatiha tipu dia, tapi tak bermakna dia patut hukum Fatiha macam ni sekali! Selama ni pun dia tak pernah layan Fatiha dengan baik. Ego dia terlalu menguasai diri dia sendiri sampaikan dia berdendam dengan Fatiha tentang arwah Afika dan arwah Hazika. Dia kata Fatiha pembunuh", aku berkata dengan wajah yang tegang. Hanya setitis saja air mata yang menitis. Mungkin sekarang ni aku benar-benar sudah padamkan cinta aku pada Azhaar. Kelihatan Mak dan Mak Salwa sedang menangis.

"Tapi sekarang Fatiha dah ok"

"Fatiha buatlah apa yang kamu nak ya? Umi mampu sokong je. Kalau kamu nak cerai dengan Azhaar sekalipun Umi akan sokong kamu", ujar Mak Salwa.

"Fatiha, kamu makan ubat ya? Nanti kalau demam panas kamu ni dah baik baru boleh buat apa yang kamu nak", kata Mak.

Aku mengangguk lemah.

"Petang ni boleh keluar tak agak-agak?", soalku tiba-tiba.

"Kalau dah baik insyaAllah kamu dah boleh keluar", jawab Mak Salwa.

"Kenapa?", tanya Mak.

"Fatiha tak suka duduk kat hospital hehe", jawabku. Mak dan Mak Salwa hanya menggelengkan kepala mereka.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now