Bab 45

4.4K 142 12
                                    

Gulp!

Ya Allah...betulkah ni di depan aku adalah..

Azhaar?

Azhaar dah sedar?

Tak semena-mena air mataku tumpah jua dan aku berkira-kira untuk beredar dari situ sebelum namaku diseru oleh Azhaar.

"Fatiha...", lemah suara Azhaar memanggilku.

Aku memandang wajah Azhaar dengan wajahku yang masih tidak dikesat air matanya.

"Fatiha....", namaku diseru lagi. Aku sudah tak tertahan lagi dan aku segera berlari pergi dari situ. Sungguh aku rindukan Azhaar tapi melihat wajahnya buatkan aku teringat segala memori pahit yang dicipta oleh Azhaar. Sakit! Sakit sangat dan aku tak mampu.

Patut ke aku minta cerai?

Aku berlari tanpa henti sehinggalah aku terlanggar seseorang.

"Auwww", ringisku perlahan. Aku memandang orang yang baru aku langgar itu.

Mak Salwa?!

"Umi?"

"Tiha?"

Aku terkejut apabila mendapat orang yang aku langgar adalah mak mertua sendiri. Adeh.

"Kamu kenapa ni lari-lari? Nanti...kamu baru lepas menangis ya?", soal Mak Salwa. Aku mengangguk mengiyakan. Yalah, masakan aku nak menipu kalau sudah terang lagi nyata aku menangis tadi. Air mata pun masih ada lagi di pipi.

"Kenapa kamu menangis? Kamu okay ke tak ni?", soal Mak Salwa. Mak Salwa cuba bangun dari tempat jatuhan kami dan aku lantas menolongnya.

"Umi...Azhaar dah sedar. Dia dah sedar!", ujarku.

Mak Salwa kelihatan terkejut. Dan dapat aku lihat Mak Salwa meraup mukanya sambil mulutnya terkumat-kamit menyebut Alhamdulillah.

"Mana Azhaar nya Fatiha? Kat wad ya?"

"Ya Umi. Ah...Fatiha nak minta maaf sebab langgar Umi tau", ucapku. Tangan Mak Salwa aku ambil dan aku cium

Mak Salwa tersenyum. Tanganku digosok-gosoknya perlahan.

"Tak apa Tiha. Eh, jomlah teman Umi jenguk Azhaar", ajak Mak Salwa.

Aku menjadi belah-bagi sama ada mahu menemani Mak Salwa ataupun tidak. Sejujurnya aku memang tak nak berjumpa dengan Azhaar buat masa sekarang tapi aku tak sampai hati ingin menolak permintaan Mak Salwa.

"Errr....Nak Tiha teman Umi tengok Azhaar ke?", soalku.

"Yalah. Azhaar kan dah sedar. Jomlah kita pergi jenguk. Jom ya sayang", ajak Mak Salwa lagi dan aku nak tak nak terpaksa mengikut saja. Aku berharap agar aku diberikan hati yang tabah. Aku tak nak menangis lagi di hadapan Mak Salwa..

Aku masuk ke wad Azhaar. Aku hanya membuntuti Mak Salwa. Ketika Mak Salwa duduk pun aku masih lagi berada di belakangnya. Wajah Azhaar langsung aku tak lihat kerana bimbang yang air mataku akan tumpah lagi.

"Az dah sihat? Nak Umi panggilkan doktor tak?", soal Mak Salwa kepada Azhaar. Azhaar hanya menggeleng.

"Az dah sihat rasanya. Tak ada rasa sakit-sakit pun cuma tangan ni jelah sakit sikit", ujar Azhaar. Aku masih lagi di situ membisukan diriku.

"Betul ni ya? Kalau kamu nak tahu Fatiha lah yang jaga kamu masa kamu koma tahu tak", ujar Mak Salwa.

Aduh. Kenapa Mak Salwa perlu memberitahu Azhaar aku yang menjaganya selama dia koma? Kenapa? Huh..aku hanya mampu mengeluh.

"Oh..tapi, dah berapa lama Az koma Umi?", soal Azhaar. Dapat aku lihat Azhaar ada menjelingku yang berada di belakang Mak Salwa ini.

"4 minggu dah. Risau Umi tau. Fatiha ni lagi risau bila dengar kamu kemalangan"

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now