Aku melihat kalendar .. 9 Februari...
Ya, 9 Februari!
9 Februari birthday Azhaar!
Mesti pelik kan macam mana aku tau harijadi dia bila? Meh aku cerita.
****
"Kelas, nanti tolong bagi nombor ic awak, alamat rumah dan nombor telefon ibubapa awak pada saya ya? Tulis dalam kertas dan.. emm. Fatiha, nanti awak bagi pada saya esok pagi", ujar Cikgu Wardina. Ah, sudah. Aku pulak yang kena hantar kat cikgu. Apa kes ni?
"Baiklah cikgu", jawabku sambil tersenyum manis. Takkan nak buat muka pulak kan?
Kelas biologi pada hari itu sudah pun tamat dan masing-masing berebut-rebut nak tulis apa yang dikehendaki oleh Cikgu Wardina. Nak balik awallah katakan? Cuba tengok aku, goyang kaki je. Hahahaha. Memandangkan aku yang kena pegang kertas tu sampai esok, tulis kat rumah jelah jawabnya. Geng-geng aku pun dah balik. Dia orang nanti WhatsApp aku je.
Setelah semua selesai menulis apa yang dikehendaki, kertas diberikan pada aku semula. Azhaar yang beri kertas tersebut pada aku.
Sebaik saja aku memegang kertas tersebut, aku pun meneliti satu persatu untuk memastikan semua orang sudah menulisnya.
Dahiku mengerut. Kurang satu? Yalah, patutnya ada 18 orang sebab dah tolak geng aku termasuk aku sekali 7 orang. 25 tolak 7 hasilnya 18 kan? Tapi 17 je? Lagi seorang mana?
"Emm. Fatiha, nak nombor awak? Nanti saya send nombor ic tu semua dekat WhatsApp je. Awak ada WhatsApp kan?", tanya Azhaar yang pada ketika itu berada di depanku. Heh, dia rupanya yang tak tulis. Cepuk kang!
"Emm. Ke..kenapa?", tanyaku. Aduhh, parah parah! Gagap lagi! Haritu lek je aku berbual. Bila dekat sekolah dia punya gagap lain macam tau!
"Saya lupa nombor parents. Hehehe", ujar Azhaar. Aduhh, tawa dia tu nak goda aku ke apa? Iman aku dahlah tak kuat! Rasa nak rebah kan diri pun ada. Pastu Azhaar sambut dan bermulalah scene korea kami. Hehehe!
"Fatiha?", tegur Azhaar. Mati terus lamunanku! Kacau daun betul si lelaki hensem depan aku ni!
"Arr...ye? Nak nombor ff..fon kan tadi? Jjap", balasku. Makin gagap aku dibuatnya apabila aku mula menyedari budak lelaki kelasku sedang memerhatikan aku berbual dengan Azhaar.
Aku kelam-kabut mengeluarkan pen dan kertas. Gelabah sangat yang aku rasakan sebab aku tak suka diperhatikan, lagi-lagi lelaki pulak tu yang perhatikan aku. Ingat aku tak tahu apa yang dia orang fikir? Fikiran dia orang tu dahlah lagi canggih daripada gadjet-gadjet zaman sekarang. Walaupun seseorang perempuan itu dah menutup aurat sekalipun, tak mustahil lelaki tak mampu membogelkan perempuan tersebut! Seram memang seram lah wehh! Nafsu lelaki ni ada satu je dan ia tertumpu pada perempuan! Maka, wahai perempuan-perempuan sekalian. Labuhkan tudungmu, besarkanlah baju mu, jangan pakai ketat-ketat sendat-sendat bajet macam diri tu kecik sangat.
Aku akhirnya dapat jua menulis nomborku walaupun tulisan aku agak buruk. Tapi entah kenapa aku siap tandatangan lagi! Habit kot? Sebab, aku kebiasaannya akan menandatangan pada kertas yang aku dapat dan termasuklah kertas latihan yang cikgu bagi! Rasa macam retis gitu! Kertas itu kemudiannya aku hulurkan pada Azhaar.
Azhaar menyambut kertas tersebut dan dapatku lihat riak wajahnya berubah. Nak ketawalah tu.
"Sorry..habit", kataku bagi mengelakkan rasa malu.
"Tak apa. Comel", balas Azhaar. Jujur ke tu? Ke nak perli aku?
Aku hanya ersipu malu lalu tersengih. Kemudian terus aku meminta diri untuk balik. Taknak duduk lama-lama dekat situ sebab bukan aku tak tahu yang budak lelaki lain melihat gelagatku dengan Azhaar. Serious aku cakap. Aku rasa lain macam kalau ada lelaki tengok or dekat dengan aku. Aku rasa takut? Takut kalau dibogelkan. Tapi, bila Azhaar menegur aku rasanya lain. Aku rasa selesa? Ah, sudah! Fatiha Syafiha dah mula mengarut! Istighfar Syafiha..istighfar...
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Fiksi RemajaAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...