Okay..ini hambar sangat².. second day puasa~~~~ hohoho
***********
"Doktor Fatiha...ada kecemasan! Doktor tak cukup dan mereka mintak Doktor tolong sekali", ujar seorang jururawat kepadaku dengan cemas.
Aku yang tadinya sedang duduk sambil menghirup kopi terus terbangun. Inilah rutin harianku, ada saja kes kecemasan. Sebenarnya aku ni doktor dalam bidang pediatrik tapi aku boleh juga merawat orang dewasa. Dan, kalau ada kecemasan macam sekarang ini aku memang turut serta cuma bidang aku yang utama adalah merawat kanak-kanak.
"Ramai ke Nurina?", soalku kepada jururawat yang bernama Nurina itu.
"Ramai Doktor... kemalangan. Tak silap saya satu bas dan sebuah lori serta empat buah kereta. Ramai yang parah!", ujar Nurina. Hanya sebahagian mangsa kemalangan dihantarkan ke hospital tempatku bekerja, lagi sebahagian dihantar ke hospital lain. Yalah, nak hantar semua ramai sangat ke doktor dalam hospital ni?
Aku berlari-lari anak bergegas ke bilik pembedahan. Kalau nak diikutkan, nak saja aku berlari pecut tapi memikirkan aku memakai heels membantutkan ideaku langsung. Menyesal pula aku pakai heels harini.
Setelah bersusah payah berlari-lari anak, sampai juga aku ke bilik pembedahan.
Fuhh! Memang ramai gila!
Dengan pantas aku memakai segala kelengkapan. Aku membedah mangsa-mangsa kemalangan tersebut dengan cekap dan pantas. Mangsa ramai maka aku tak boleh membazir masa langsung! Selesai bedah je aku terus serahkan kepada doktor praktikal untuk jahit luka.
Sampailah kepada satu mangsa ni membuatkan aku panik! Mangsa di hadapan aku ni seorang wanita dan dia sedang mengandung! Aku berkira-kira untuk membedahnya kerana keadaan dia yang sudah parah ditambah lagi dengan keadaannya yang sudah sarat mengandung itu. Tapi, pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana gusar sekiranya akan berlaku serangan jantung dan bayi dalam rahimnya akan meninggal.
Aku berkira-kira untuk membuat pembedahan. Pembidanan bukan bidang aku!
"Doktor...? Apa yang kita nak buat dengan pesakit ni?! Tekanan darah dia semakin menurun!", tegur salah seorang jururawat di situ. Aku menjadi kalut.
"Cari doktor yang boleh keluarkan bayi wanita ni. Kita akan keluarkan bayi ni dahulu baru boleh bedah mak dia", ujarku dengan azam yang tekad. Aku kena selamatkan wanita ni juga!
"Tapi doktor...boleh ke?", soal jururawat yang bernama Asiah itu ragu-ragu.
"InsyaAllah dengan izin Allah kita boleh. Allah sentiasa ada dengan kita! Tak cuba belum tahu! Kalau dibiarkan pun tak ada gunanya!", ujarku.
Asiah dengan pantas segera mencari doktor yang boleh melahirkan bayi tersebut. Tak lama kemudian, Asiah datang bersama doktor disebelahnya.
What?
Azhaar?
Azhaar jadi doktor sakit puan? Seriously, Asiah ni tak jumpa doktor perempuan ke? Dahlah Azhaar ni laki orang. Urgh.
Aku memang tahu Azhaar seorang doktor, tapi aku tak expect dia jadi doktor sakit puan!
"What shall i do?", soal Azhaar tatkala dia berdiri di hadapanku. Muka makin berseri sejak lepas kahwin ni kan? Aku tengok dia pun makin berisi. Hmm, tapi dia tak perasan ke aku yang berdiri depan dia ni?
"Awak lahirkan anak wanita ni dulu. Lagipun saya rasa wanita ni dah nak masuk 9 bulan", ujarku. Azhaar memandangku dan raut wajahnya mempamerkan betapa terkejutnya dia. Heh, relax Fatiha... laki orang tu. Sekarang masa kerja...
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Novela JuvenilAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...