Aku mengemas segala surat-surat yang berterabur di atas meja. Surat yang aku dapat pada minggu ini memang banyak. Semuanya mengenai tawaran belajar ke Universiti. Aku pun tak berapa nak melayan sangat kerana aku bukan apa, cuma tawaran yang mereka berikan itu semuanya di Universiti swasta. Aku tahu yang keluargaku tak akan mampu untuk menampung segala pembelajaranku di universiti swasta. Maka, hanya tawaran dari universiti kerajaan yang aku layan. Tapi, tawaran dari universiti kerajaan lambat lagi kerana kebiasaanya mereka akan mula menghantar surat atau tawaran tersebut pada bulan 5. Sekarang baru saja akhir bulan 3 ya. Lambat lagi.
Laptop yang terpasang ditutup olehku. Aku nak mandi dan bersiap-siap kerana hari ini adalah hari yang bahagia untuk kawanku. Afika akan bertunang bersama Azhaar.
Aku cuba untuk menjadi kuat. Aku cuba untuk menerima takdir yang Azhaar bukan untukku. Tapi, entah kenapa semakin aku memujuk hatiku untuk menerima segalanya ini aku semakin sakit. Belum lagi sekiranya aku teringat yang aku hanya bertepuk sebelah tangan selama ini. Rasanya kalau aku bagitahu Azhaar awal-awal lagi tentang perasaan aku, Azhaar akan pandang aku kah? Dia akan terima aku kah? Dia akan membuka hatinya untukku? Bagaimana pula sekiranya aku memberitahunya tentang perasaan aku dia tak akan layan aku lagi? Hmm, mungkin ada hikmah disebalik semua ini.
"Tiha..kata majlis tunangnya pukul 3 petang. Sekarang ni dah pukul 2.30 sayang.. pergilah bersiap sana", tegur Mak. Lalu aku terus masuk ke bilikku tanpa menyapa Mak. Aku tahu, pasti Mak akan tertanya-tanya kenapa aku menjadi sebegitu. Namun, aku masih tidak bersedia untuk menceritakan segala-galanya. Biarlah aku simpan dalam hatiku saja.
**
Aku hanya mengenakan baju kurung tradisional berwarna kuning bersama shawl warna coklat. Simple saja pemakaianku harini kerana aku tiada mood untuk bersiap dengan cantik. Buat apa nak bersiap dengan cantik sedangkan hatiku sakit dan pedih.
Datang ke majlis tunang crush aku sendiri membuatkan aku rasa seperti menempah maut saja. Rasa sakit hati dan sedih bersilih ganti dalam hati tidak dihiraukan aku. Aku benar-benar sudah terlanjur mencintai Azhaar! Dan sekarang ini ia mendatangkan padah kepada aku sendiri. Aku tak kisah sekiranya yang sakit adalah anggota tubuhku tapi kenapa yang terasa sakit itu adalah hatiku?! Bisakah hati dirawat? Huh, kalau bisa dirawat memang aku tak kisah hatiku disakiti.
"Fat....."
Aku yang terdengar teguran daripada Fatimah itu segera menoleh kearah Fatimah.
"Ye? Kenapa?", soalku dengan muka yang bingung.
"Kau tu yang kenapa. Dari tadi dok termenung. Kau sakit ke apa ni?", tanya Fatimah lagi. Aku mendengar hanya tersenyum. Namun, senyumanku hanyalah senyuman yang palsu sekadar untuk menutup rasa sedih yang bertandang di hati sedari tadi.
"Aku..okeyy", jawabku perlahan.
"Tapi kau...nampak pelik.. Are you hiding something from me Fatiha?", soal Fatimah. Aku hanya tersenyum. Ya, memang aku ada sembunyikan sesuatu daripada kau Fatimah tapi aku tak mampu untuk meluahkannya.
"Mana ada..", nafiku.
"Yes you are", tegas Fatimah. Aku sudah terkelu sendirian. Fatimah. Biarpun luarannya nampak kasar, dalamannya tidak. Malah, dialah yang paling memahami diriku di kalangan rakan-rakanku.
Aku terjeda sebentar. Menarik nafas dengan dalam bagi mengumpulkan semangat.
"Aku...aku sedih Azhaar bertunang dengan Afika", ujarku perlahan. Takut juga sekiranya Afika mahupun kawan-kawanku terdengar.
"Kau...kau...suka Azhaar?", soal Fatimah dengan raut wajah yang terkejut. Pastilah terkejut, siapa yang dapat menyangka Fatiha Syafiha yang selama ini tidak pernah menyukai mana-mana lelaki kini sudah terjatuh hati dengan seseorang lelaki!
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Fiksi RemajaAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...