Bab ni panjang tau sebab saya tgh sakit hati. Hehe enjoy...
**
"Maaf..ada sedikit masalah teknikal. Kita ada seorang lagi yang dapat straight A's. Pelajar ini mendapat semua A+. Pelajar tersebut ialah......"Aku yang teresak-esak menangis itu terdiam. Ada lagi satu? Aku kah? Tapi, mampukah aku dapat A+ dalam semua subjek? Sedar tak sedar aku mengelamun sendirian sehinggalah Afif menepuk bahuku. Aku tersentak.
"Fatiha..saya harap awak tak sedih", ujar Afif yang pada ketika itu kacak dalam sut warna kelabu. Aku menjadi bingung. Kenapa Afif cakap macam itu? Ini bermakna bukan akukah pelajar yang mendapat straight A's itu?
"M..mak..maksud awak?", soalku.
"Awak hanya dapat 8A je Fatiha. 8A 1B", ujar Afif.
Aku terdiam.
"Mana awak tahu?", soalku lagi. Aku benar-benar keliru. Aku rasa seperti dunia ini terlalu asing untukku. Benarkah apa yang dikatakan oleh Afif itu. Aku tak berjaya mendapat straight A's?
"Saya tahulah sebab saya yang hantar semua keputusan SPM", jelas Afif. Afif memandang diriku. "Fatiha...", ujarnya lagi.
"Fatiha..."
"Fatiha!", jeritan daripada Afif menyentakkan aku. Eh? Afif? Sejak bila dia tukar baju? Tadikan dia pakai sut. Tapi, sekarang ini dia memakai tshirt Polo berwarna merah. Apa ni?
"Hah?"
"Nama awak dipanggil tu!", kata Afif.
Aku memandangnya bingung. Kenapa nama aku dipanggil pula?
"Awak dapat straight A's Fatiha! Straight A's! Awak kena naik pentas cepat!", terang Afif lagi. Kali ini aku seakan-akan tersedar yang tadi hanyalah lamunanku sendiri. Mana ada Afif bersut harini. Harini dia hanya mengenakan tshirt bersama seluar jeans saja. Tak adanya sut bagai.
Aku dengan keadaan yang masih bingung terus naik ke pentas. Air mata masih bersisa di pipi ku hanya biarkan saja. Aku rasa ibarat lembu dicucuk hidung saja. Afif suruh naik ke pentas aku hanya mengikutkan saja.
Sampainya di pentas, pengetua memberikan senyuman yang mesra kepadaku. Aku pada ketika itu masih lagi bingung. Slip keputusan SPM diserahkan kepadaku dan tak lupa juga gambar bersama pengetua diambil oleh jurukamera yang bertugas. Turunnya dari pentas aku disambut oleh rakan-rakanku.
"Tahniah Tiha! Tahniah Fatiha Syafiha! Semua A+ lah sehh", kata Wani. Aku yang tadinya masih blur-blur terus hilang blurnya selepas mendengar kata-kata dari Wani itu.
"Aku?!", jeritku kepada mereka.
"Ya kau!", ujar mereka serentak.
"Ta..tapi.."
"Tak ada tapi-tapi. Kau amik keputusan kau, kau tak tengok ke? Tengoklah result kau tu. Semua A+. Jealous aku", ujar Nabiha sambil tangannya disilangkan ke dada.
Slip keputusan SPM itu aku lihat lalu serta-merta mataku terbeliak.
"Aku tak bermimpikan? Tampar aku Misa! Tampar aku Wani! Tampar aku Af! Tampar aku Azlyna! Tampar aku Nabiha! Tampar aku Fatimah Tampar aku Afif!", kataku. Semua orang disuruh untuk tampar diriku. Afif pun yang turut berada di situ aku suruh tampar sekali.
"Eh, jap. Afif tak boleh tampar. Bukan muhrim", sambungku. Yalah, Afif lelaki. Bukan muhrim maa. Mana boleh sentuh-sentuh. Sekalipun nak sentuh tunggu dah halallah. Bila dah halal bukan setakat sentuh je boleh. Nak peluk-peluk cium-cium pun boleh. Eh, tak bermakna aku sukakan Afif eh. Aku hanya sukakan Azhaar. Hehehehe.
YOU ARE READING
Aku Ada Crush!
Genç KurguAku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya ter...