Bab 9

3.1K 153 0
                                    

Aku tidak dapat memberikan tumpuan langsung kepada pembelajaran Sejarah pada hari ini. Tiap kali mataku terpandang Azhaar merah padam jadinya mukaku sampaikan kawan-kawanku menegurku. Entah kenapa aku berasa malu apabila melihat Azhaar. Peristiwa dimana aku tertidur di bahunya tidaklah begitu memalukan berbanding peristiwa ini. Pada hari yang sama juga. Meh, aku ceritakan...

**

Mak aku memberhentikan kereta di kawasan rehat RnR. Entah di mana pon aku tak tahu. Aku ikut je. Mak kata takut pula tak sempat untuk menunaikan solat fardhu Asar. Iyalah, di lebuhraya tadi sudah berderet-deret kereta. Jam habis! Jam pada ketika ini sudah menunjukkan 5.30 petang. Kata Mak, masih jauh lagi perjalanan.

Maka aku, Mak serta Mak Salwa dan Azhaar segera menunaikan solat Asar dahulu. Selepas menunaikan yang wajib, Aku, Mak dan Mak Salwa pada ketika itu mahu membeli sedikit makanan. Kami pun segeralah pergi ke kedai serbaneka. Alah, cuma yang ringan-ringan saja seperti keropok. Dan, pada ketika itu barulah aku tahu yang Azhaar suka makan Choki Choki! Itupun setelah diberitahu oleh Mak Salwa. Kerana itu merupakan kegemaran Azhaar, Mak Salwa membeli 5 pek Choki Choki untuk anaknya. Huish, tamak betul Azhaar ni.

Setelah jam menunjukkan 6.15 petang. Kami ingin bergerak pulang. Namun, setelah tersedar bahawa Azhaar tidak menunggu di kereta, Mak dan Mak Salwa meminta agar aku mencari Azhaar. Nak tak nak terpaksa juga mengenangkan hanya aku yang muda dan masih bertenaga di situ.

Aku gigih mencari dimanakah Azhaar. Takut juga kalau dia hilang siapa yang nak duduk dengan aku dekat pelamin nanti. Ahaksss! Gurau gurau!

Telefon bimbitku aku keluarkan. Nombor Azhaar didail. Apa susah, telefon kan ada. Guna jelah untuk call Azhaar tanya dia kat mana. Lagipun, kan aku ada nombor dia! Huhuhu

Segera butang call aku tekan. Tak sampai beberapa saat terus panggilan tersebut diangkat. Cehh, nak bunyi tutt..tutt pon tak sempat.

Tapi...

"Ini adalah perkhidmatan hotlink anda. Sila tambah jumlah untuk membuat panggilan selanjutnya"

Aku yang dengar tercengang sendiri. Tak ada kredit rupanya! Hahaha. Ah! Kena cari jugak lah ni!

Cari punya cari akhirnya jumpa juga. Aku rasa Azhaar ni suka buat lawaklah. Boleh pula dia tertidur di bangku berdekatan dengan tandas. Selera eh tidur kat situ.

Aku melambai-lambaikan tangan di depan mukanya.

No respond.

Aku melambai-lambaikan tanganku lagi dan..

No respond.

Eh, tak akan nak tepuk pulak. Bukan muhrim kot. Kalau dia suami aku boleh je nak tepuk-tepuk. Nak peluk atau cium pon boleh. Hehehe. Ke situ pulak aku fikir!

Tiba-tiba muncul idea nakal di benak fikiranku. Telefon yang masih dipegang olehku aku halakan ke mukanya. Aplikasi kamera ditekan. Aku nak ambil gambar dia senyap-senyap! Alah, tak apakan? Aku tak ada lagi gambar dia. Lagipun, sekali-sekala apa salahnya?

Klik!

Aku menjadi termalu sendiri. Aku dah silentkan bunyinya tapi aku terlupa membuang flash.

Aku terdiam tak berkutik selama seminit.

No respond lagi. Dia tak bangun lah kan maknanya?!

Apabila tiada respond langsung darinya muncul lagi perkara nakal. Ah! Aku kalau perkara nakal tak muncul tak sah agaknya.

Aku mahu merenung Azhaar. Dan, mulalah sesi tilik-menilik mukanya. Dahinya licin. Turun bawah sikit aku melihat pula keningnya. Keningnya sedang elok, tidak tebal mahupun nipis. Aku tersenyum sendiri, entah kenapa suka pula dengan keningnya. Hidungnya pula agak mancung, tapi tak ada lah mancung sangat. Turun ke bawah lagi bibirnya pula dilihat olehku. Bibirnya berwarna pink dan memang dapat aku agak bahawa dia bukanlah seorang penghisap rokok. Turun lagi sikit membuatkan aku tersenyum. Janggutnya yang sejemput tu comel bagiku! Bagi aku orang yang ada janggut sikit ni kacak sangat! Kacak dan comel!

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now