Bab 16

2.9K 133 8
                                    


Fatiha P.O.V

Mata yang mengantuk aku cuba tahan. Argh! Esok adalah hari terakhir SPM.. Ya, SPM susah lama berlangsung dan esok merupakan hari terakhir kami menduduki SPM. Esok aku akan menjawab kertas Kimia.

Kimia. Mendengar perkataan Kimia saja sudah cukup membuatkan aku teruja. Teruja bukan sebab apa, tapi hanya sebab satu nota yang ditinggalkan Azhaar ketika kami membuat latihan Kimia bersama kira-kira sebulan setengah yang lepas. Nota tersebut membuatkan aku semakin bersemangat untuk menjawab kertas soalan Kimia. Nota tersebut bertulis.... meh, aku imbas kembali...

*

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aik? Aku tidur atas meja?

Aku mengangkat mukaku perlahan dari meja tersebut. Badanku aku tegakkan. Ah, lenguhnya badan tertidur atas meja. Meja yang pada ketika itu kemas menimbulkan tanda-tanya dalam diriku. Hm, bukan sepatutnya meja aku bersepah ke sewaktu buat Kimia tadi? Apa yang jadi ni? Mak ke yang tolong kemaskan? Eh! Kerja Kimia tadi aku buat dengan Azhaar! Mana Azhaar? Dia dah balik ke? Tapi... bila Azhaar balik? Dia balik tak bagitahu aku pun.

Aku mengeluh perlahan.

Tiba-tiba mataku tertacap pada satu sticky note yang melekat di kertas Kimia aku. Aku dengan pantas mengambilnya lalu segera dibaca olehku.

Fatiha,
Saya balik dulu tau. Kerja awak semua saya dah tolong siapkan. Jaga diri tau. Jumpa di sekolah esok.. goodluck untuk SPM bulan depan (;
-MuhammadAzhaar

Aku tersenyum sendirian. Entah kenapa hanya sekeping nota yang ditinggalkan oleh Azhaar sudah cukup membuatkan aku berasa bahagia. Rasa-rasanya demamku sudahpun baik setelah membaca nota tersebut. Nota ni ada kuasa menhealkan demam aku ke?

"Fatiha Syafiha. Kenapa tersenyum sorang-sorang tu?", tegur Mak dan serta-merta mematikan segala lamunanku.

Aku tersenyum kepada Mak.


"Tak ada apa-apalah. Rasa seronok je sebab demam dah baik", jawabku. Ceh, padahal sebab nota dari Azhaar yang membuatkan aku tersenyum seperti orang gila.

**

"Masa menjawab hanya tinggal 15 minit", ujar pengawas peperiksaan di dalam kelasku. Heh, aku dah siaplah. Fikir aku heran?

Walaupun awak rasa awak betul. Cek lagi sekali. Wujudkan sifat syak wasangka dalam setiap jawapan awak. Cara ni akan dapat mengesan sekiranya awak ada buat salah!

Zapp!

Tiba-tiba sahaja kata-kata dari Cikgu Shazilah masuk di benak fikiranku. Itu adalah tips untuk menjawab peperiksaan! Walaupun Cikgu Shazilah adalah guruku yang mengajar subjek fizik, tipsnya dapat diguna pakai dalam peperiksaan subjek yang lain. Dan dengan cepat, aku segera memeriksa kembali setiap jawapanku.

Check punya check akhirnya aku terjumpa juga dengan kesalahanku! Soalan tersebut meminta aku menulis formula bagi alcohol tapi aku salah buat dengan menulis formula bagi Carboxylic Acid. Fuhh. Aku mengeluh kelegaan. Alhamdulillah, aku dapat memberikan jawapan yang betul sebelum kertas dikutip oleh pengawas peperiksaan.

Aku Ada Crush!Where stories live. Discover now