"Masa apa sekarang ni eh??"
Tanyaku kepada salah seorang pelajar kelasku."Kelas Matematik."
Ergh... kelas Matematik merupakan kelas yang paling membosankan bagiku. Lebih baik aku keluar.
"Yah, mana budak tu??"
Tanyaku kepada Woozi."Manalah aku tahu."
Entah kemana budak tu hilang. Selalunya, ade je dia terperap dalam kelas ni baca buku. Hari ni, aku tak nampak pulak. Awal pagi tadi adalah dia duduk dekat tempat duduk dia tu sambil baca buku.
Budak tu, tak tahu benda lain ke??? Hari2 aku tengok dia baca buku. Tak bosan ke??
Kalau aku lama sangat baca buku tu, boleh jadi gila aku dibuatnya. Tapi tidak bagi budak tu. Dahsyat betul.
Sebelum aku melangkah ke tempat biasaku, aku singgah sebentar di kantin sekolah untuk membeli lollipop kegemaranku. Hoho.
Sambil aku berjalan menuju ke tempat tersebut, aku membuka pembalut lollipop berperisa strawberri itu lalu membuang pembalutnya. Bukan di dalam tong sampah, tetapi di koridor sekolah. Suka hati akulah nak buang kat mana kan??
"Ehem ... Kim. So. Eul!!!"
Ish, siapa pulak kacau mood aku ni???
Aku menoleh untuk melihat gerangan yang memanggil namaku tadi.
"Nae??"
Jawabku selamba sambil menyilangkan tanganku. Lollipop tadi masih kemas di dalam mulutku."Tolong kutip pembalut lollipop awak ni. Dah tak ada tong sampah ke kat sekolah kita ni??? By the way, awak buat apa kat sini?? Bukankah sekarang ni, sesi pembelajaran masih berlangsung???"
Tanya Mr. Kim Jongkook."Saya nak bersiar-siar. Lagipun bosanlah duduk kat dalam kelas tu lama2. Satu lagi, saya takkan kutip sampah tu. Biarlah tukang cuci sekolah ni yang kutip kan??? Buat apa tukang cuci tu dibayar kalau tak buat kerja."
"Kim Soeul, makin menjadi2 perangai awak ni. Petang ni awak ditahan dalam kelas tahanan saya. Jangan cuba nak lari. Ini amaran terakhir saya."
"Tsk. Nae~ Mr. Kim. Saya pergi dulu."
Aku berlalu tanpa menoleh ke belakang.Satu keluhan berat dilepaskan.
Lagi2 kelas tahanan. Tak ada benda lain ke nak, buat. Banyak betul masa Ms. Jung tu. Lagi aku ni, tak cukup masa nak buat itu ini.
---
Aku berjalan menuju ke stor terbiar yang berada di belakang bangunan sekolahku. Itu memang tempat yang aku suka pergi. Boleh dikatakan aku selalu pergi ke situ walaupun masa persekolahan masih berlangsung. Suka hati aku lah nak pergi situ bila2 masa.
Apabila aku semakin hampir dengan stor tersebut, aku seperti terdengar bunyi esakan.
Siapa pulak yang datang kat sini??
Aku mencari-cari suara tersebut sehinggalah aku membuka pintu stor yang terbiar itu .....
Ada seorang lelaki memeluk kedua belah kakinya rapat ke dada sambil menangis tersedu-sedan.
Aku tidak nampak wajahnya kerana dia membenamkan mukanya diantara kaki dan dadanya.
"Nuguseyo?? (Siapa awak ni??)"
Tanyaku dengan suara separuh berbisik.Dia tidak menjawab.
Lantas aku menuju ke arahnya perlahan-lahan. Kemudian, aku duduk di sebelahnya.
"Gwaenchannayo???"
Tanyaku sambil memandangnya di sebelahku.Dia tetap tidak menjawab.
"Wae ureo?? (Kenapa kau menangis???)"
Masih tiada jawapan daripadanya.
"Kau tahu tak ..... dunia ni kejam. Kejam sangat sehingga aku jadi macam ni. Dan kau ... Kau menangis pun disebabkan dunia yang sangat kejam ni. Aku masih mencari jalan untuk keluar. Tapi, sampai sekarang aku masih belum menemukan jalan itu dan aku ..... aku tiada sesiapa disisiku untuk membantu keluar. Ibu bapaku??? Mereka menanggap aku macam tak wujud je kat dunia ni ... "
Airmataku gugur satu persatu tanpa ku sedari.
______________________________________
Ini adalah prolog bagi cerita ini. Nantikan cerita yang selanjutnya ...
Hope u like it!!!
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic