9 - Weird

1.3K 149 37
                                    

Minghao hanya memandangku. Mungkin dia teragak-agak untuk mengikutiku.

Aku mengukir senyuman lantas menarik tangan miliknya agar mengikutiku. Kalau dibiarkan, sampai esok agaknya dia tak berganjak dari tempat duduknya. Lebih baik aku heret dia.

Pada mulanya, Minghao agak berkeras. Tetapi, lama-kelamaan dia hanya mengikutiku ke perpustakaan tanpa sepatah kata.

Masuk sahaja kami ke dalam perpustakaan, aku berdiri menghadapnya. "Ming, hari ini kita belajar bersama. Nak tak??"

Matanya membulat dek terkejut dengan ajakan aku tersebut. Yalah, sebelum ni aku tak pernah pun nak ajak sesiapa untuk belajar. Di dalam kelas pun, aku tak pernah nak buka buku. Ini kali pertama.

"B-biar betul ni??" Tanya Minghao.

Aku menangguk. "Kau tunggu sini dulu, aku nak cari buku untuk belajar ni. Ok??" Arahku.

Minghao hanya mengangguk dan berlalu ke meja yang berada di hadapan kami dan duduk di salah sebuah kerusi di situ.

Aku pun berjalan menuju ke arah rak buku yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut. Mataku meliar mencari buku2 yang diperlukan.

Sebenarnya, bukan itu tujuan sebenarku mengajak Minghao ke sini.

Perbualan pagi tadi ...

Aku dengar perbualan Minghao dan Jun. Aku dengar segalanya. Aku cuma berpura-pura tidur sahaja pagi tadi. Tetapi, telingaku mendengar segalanya.

Aku masih gembira apabila memikirkan kata2 yang diucapkan oleh Minghao kepada Jun pagi tadi. Dia memberitahu Jun bahawa dia ingin menjadi kawan rapatku.

Perkara yang aku idamkan selama ini.

Ialah, mempunyai seorang kawan rapat yang dapat dipercayai. Sebab itulah aku gembira kerana Minghao ikhlas untuk berkawan denganku.

"Soeul-ah ..." seseorang memanggilku.

Aku berpaling untuk melihat siapakah yang memanggilku tadi.

Sebaik sahaja aku memusingkan badanku, orang tersebut sudahpun berada di hadapanku dan membuatkanku sedikit terkejut. Jarak aku dan dia hanyalah beberapa sentimeter.

Aku terdengar dia ketawa kecil.

Kepalaku didongakkan untuk memandang pemilik wajah yang berada di hadapanku kini.

Aku terkejut melihat jarak wajah aku dan Jun hanyalah beberapa sentimeter sahaja. Jaraknya sungguh dekat. Aku dapat melihat dia tersenyum senget memandang wajahku. Dan aku mengalihkan wajahku dengan pantas dan menjauhkan diriku daripadanya.

"Apa awak buat kat sini??" Jun bertanya kepadaku.

"A... a-aku ... aku cuma nak belajar dengan Minghao." Beritahuku dengan pantas.

Dia tersenyum. "Saya nak ikut sekali boleh tak??"

Aku terdiam.

"T-tak apalah, kami dah nak balik pun. Hehe. Lain kali sahaja lah ye." Kataku lalu terus melangkah meninggalkannya.

Aku berlari anak ke arah Minghao yang asyik membaca bukunya. Dengan pantas aku menarik tangannya dan mengheretnya keluar.

Aku tahu dia agak terkejut kerana aku menariknya secara tiba2.

Tapi ...

Kenapa aku perlu lari???

"S-Soeul-ah, kenapa kita lari ni??" Minghao bersuara. Tangannya yang digenggam erat olehku dilepaskan serta-merta.

"O-ohh, mian. Saje ... nak bersenam. Haha." Ketawaku dibuat-buat.

Minghao mengangguk. "Ooohh. Ingatkan apelah tadi. Hehe."

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now