25 - Find Him

981 114 2
                                    

Soeul pov.

"Eo, tak ada apa2 lah." Puan Wen menggelengkan kepalanya.

"Eommonim, saya tahu mesti ada sesuatu yang berlaku kepada Jun. Sebagai kawan dia, saya patut tahu. Kami risaukan keadaan Jun yang dah beberapa lama kami tak nampak kat sekolah." Minghao bersuara sebelum sempat aku bersuara.

Aku mengangguk tanda bersetuju dengan kata2 Minghao tadi.

Seseorang tiba2 masuk ke dalam rumah menyebabkan kami semua menoleh secara serentak.

Siapa pulak tu??

Seorang lelaki yang baru sahaja masuk tadi terus terkaku di tempatnya berdiri memandang kami dengan muka yang terkejut.

"Eo-- puan sibuk ke?? Hehe, kalau macam tu, saya balik je lah." Kata lelaki tersebut dan dia hendak melangkah pergi.

"Ah, anieyo. Masuklah." Kata puan Wen menjemput lelaki tersebut masuk.

Lelaki itu nampak seperti seorang doktor. Dia mengenakan kot makmal dan di tangannya ada beg berwarna hitam. Dia mula menuju ke arah kami dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan aku.

"Em, eommoni pergi dapur dulu ye. Nak buatkan kamu semua minuman."
Aku dan Minghao mengangguk kemudian memandang ke arah lelaki tadi. Kenapa dia datang ke sini??

"Jadi, awak berdua ni siapa??" Soalnya.

"Kami kawan Jun. Dan awak??" Jawabku.

Dia menghela nafasnya sebelum menjawab pertanyaanku. "Nampaknya ramai yang belum tahu pasal ni. By the way, saya Choi Seungcheol. Doktor kepada Jun."

Jap. Doktor?? Jun sakit ke??

"Jun ada apa2 sakit ke??" Soal Minghao pantas.

Sebelum sempat doktor itu menjawab, Puan Wen pun datang dengan dulang yang berisi 4 gelas jus oren.

Dia mengagihkan minuman tersebut sebelum duduk di sebelah doktor tadi.

"Awak belum jawab pertanyaan saya lagi. Jun sakitke??" Soal Minghao.

"Huhh, sebenarnya kawan awak tu mempunyai gangguan impuls di mana dia sukar untuk mengawal diri dia dan akhirnya dia akan melakukan perkara yang akan mencederakan diri dia atau orang lain. Saya takut, dia akan melakukan perkara yang bahaya nanti. Jadi, kita perlu cari dia secepat mungkin" terang Dr. Seungcheol dengan penuh teliti.

Aku dan Minghao memandang satu sama lain dengan perasaan yang risau.

"Seingat saya, dia sudah semakin pulih kebelakangan ni. Entah kenapa penyakit dia ni tiba2 menyerang lagi. Kamu berdua tahu tak apa yang berlaku kat dia??" Sambung dia lagi.

Aku tak pasti apa yang perlu aku katakan. Mungkinkah aku penyebabnya??

"S-saya tak pasti." Kataku mengelak daripada memandang mata Seungcheol.

"Saya rasa mungkin disebabkan saya marahkan dia hari tu. Sebab, sejak hari tu dia langsung tidak hadir ke sekolah." Beritahu Minghao dengan nada yang agak sedih.

Apa yang berlaku antara Jun dan Minghao sebenarnya??

"Mianhaeyo eommonim. Disebabkan sayalah penyakit Jun kembali. Jeongmal mianhaeyo." Minghao menundukkan kepalanya. Mungkin, dia berasa sangat bersalah.

"Anieyo. Bukannya salah kamu pun. Lagipun, kamu kan tak tahu yang dia ada penyakit mental." Puan Wen tersenyum dan menepuk bahu milik Minghao perlahan sebagai isyarat yang dia tidak bersalah.

"Hmmm. Mungkin itu sebabnya. Tapi, saya rasa ada sebab lain juga. Sebab yang kamu sendiri tak tahu." Beritahu Seungcheol dengan gaya yang sedang berfikir.

"Huhh ... mana Jun dah pergi ni??"
Puan Wen meraup wajahnya lembut. Matanya sudahpun berkaca.

Hatiku sedikit pedih apabila melihat puan Wen sedih. Aku sebenarnya bersalah juga sebab aku marahkan dia. Sepatutnya, aku maafkan je dia hari tu. Semuanya salah aku.

"Eul-ah ... kau ok ke??" Soal Minghao.

Tanpa menjawab pertanyaan Minghao, aku bingkas berdiri dan meminta diri untuk balik daripada Puan Wen.

"Eul-ah ... kau ok ke tak ni??" Soal Minghao lagi sambil kakinya pantas mengejarku.

"Semua ni salah aku Ming. Semuanya salah aku. Kalaulah aku tak wujud kat dunia ni, aku takkan susahkan semua orang. Dulu, aku susahkan keluarga aku dan kau. Sekarang, keluarga Jun pula yang jadi mangsa. Semuanya salah aku. Sepatutnya, aku jangan berkawan dengan sesiapapun." Ujarku dengan mata yang sudah dibasahi airmata.

"Hey hey hey. Eul-ah, kau langsung tak bersalah ok?? Semua berlaku tanpa kita rancang. Jangan salahkan diri kau. Tahu tak, disebabkan kau aku dapat jadi diri aku sekarang ni."

"Dan kau juga dimarahi oleh omma kau." Sambungku.

Kedua belah bahuku kemudiannya dipegang oleh Minghao sebelum dia memandang tepat ke dalam mataku.

"Eul-ah ... jangan cakap macam ni lagi boleh tak?? Dengar sini. Kau tak pernah susahkan siapa2." Kemudian, satu pelukan yang sangat hangat diberikan kepadaku.

Aku tidak membalas pelukan tersebut dan hanya berdiri kaku dalam pelukannya. Kepalaku diusap olehnya sebelum dia melepaskan pelukan tersebut dan memandangku.

"Aku pun bersalah juga. Disebabkan aku marahkan Jun dengan teruk .... dan aku juga belasah dia hari tu." Mata Minghao beralih memandang lantai.

"Jun ... Jun dah minta maaf kat aku hari tu. Tapi, aku marahkan dia. Aku ugut dia. Heh, apa punya manusialah aku ni, tak pandai nak maafkan orang lain." Wajah Minghao nampak sedih.

Tangan milik Minghao pantas dicapai olehku. "Nak tak, kita cari dia??" Cadangku.

Minghao memandangku dan mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dia bersuara. "Eul, aku rasa kau tak perlu cari dia. Biar aku seorang je yang cari. Kalau apa2 yang berlaku kat kau nanti macam mana?? Kau dengarkan apa yang dikatakan oleh doktor tadi tu?? Jun boleh membahayakan orang sekelilingnya dan diri dia sendiri."

"Aku tahu tu ... tapi aku kan bersalah dalam hal ni. Apa salahnya aku nak cari." Aku berkeras dengan keputusanku.

Minghao mengeluh. "Ok, kalau macam tu kau jangan cari dia sorang2. Kalau kau nak cari dia, sekurang-kurangnya aku atau oppa kau ada dengan kau. Arasseo??" Beritahu Minghao, tegas.

"Nae ..." jawabku.

"Dahlah. Jom kita balik. Hari dah gelap ni." Ajak Minghao sebelum dia mengorak langkahnya mendahului aku.

---

Minghao pov.

Aku bukan apa nak halang Soeul daripada mencari Jun. Aku cuma rasa yang Jun mungkin akan mencederakan Soeul.

Maksud aku, kan penyakit Jun dah menyerang dia lagi. Jadi, dia bukan diri dia yang sebenar. Dia tidak sedar apa yang dia tengah lakukan. Oleh itu, dia berkemungkinan besar akan mencederakan Soeul.

Aku??

Aku kan lelaki. Aku boleh jaga diri aku. Tapi, Soeul tu perempuan. Tenaga dia tak cukup nak melawan tenaga lelaki. Aku tak nak apa2 terjadi terhadap Soeul.

"Jumpa kau lagi esok Ming!!" Teriak Soeul.

Aku terus menoleh ke belakang dan menghentikan langkahku serta merta.

Soeul sudahpun berada di hadapan pintu rumahnya sambil melambai ke arahku.

Aku langsung tak sedar yang aku sudahpun terlajak dari rumah Soeul.

Aku memandang Soeul dengan senyuman ditampal pada bibirku sambil tanganku melambai ke arahnya.

Sebaik sahaja Soeul hilang dari pandanganku, aku meneruskan langkahku yang terhenti sebentar tadi. Sudah semestinya aku melangkah ke rumah. Takkanlah aku nak merayau-rayau lagi. Nanti omma bising pula.

=====

Jja ... sgl persoalan trjawab. Hehehe. Agaknya, mana Jun??




Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now