12 - Phone call

1.1K 137 24
                                    

[Jun pov]

"Soeul, mianhae. Saya tak ber--"

Kataku dipotong oleh Soeul. "Tak apa. Aku cuma tak dapar berfikir dengan baik tadi. Jadi, ianya semua salah aku. Aku yang patut minta maaf. Aku dah susahkan kau."

"So--"

Sekali lagi kata2 ku dipotong oleh Soeul. "Dahlah, aku dah penat. Boleh tak kita cakap perkara ni esok??"

Aku hanya mengangguk sebagai balasan.

Kemudian, aku memandang ke arah Soeul yang berjalan di sebelahku. Dia memang nampak penat. Matanya merah dan tak bertenaga.

Mesti dia penat sebab macam2 dah berlaku kepada dia hari ini.

Soeul, aku tak tahu pun kau menderita macam ni. Aku ingatkan hidup kau sempurna.

Tapi,

jangkaanku sama sekali salah.

Aku ingatkan kau seorang yang kuat dan suka buat perkara mengikut hati kau.

Tapi,

Aku tak tahu yang kau buat semua tu sebab kau elakkan diri kau nampak lemah di hadapan orang lain.

Sekarang, aku ingin sangat nak melindungi kau.

---

Aku terus menerjah masuk ke dalam rumahku sebaik sahaja aku tiba. Lagipun, hari dah lewat. Omma dan appa takkan berjaga lagi pada waktu ni.

Aku melihat di sebelahku untuk melihat sama ada Soeul ok. Tapi, dia.sudah tiada di sisiku. Mana pula dia ni pergi??

Tanpa berlengah, aku terus memerhati sekeliling luar rumahku. Tiada tanda2 Soeul ada di situ.

Aku kembali ke dalam rumahku. Dan, pada masa itu aku ternampak Soeul sedang tidur di atas sofa dengan kepalanya diletakkan di atas pemegang sofa tersebut.

Aku menarik nafas lega. Aku ingatkan dia hilang tadi. Nasib baik dia masih ada di sini.

Sekarang, apa yang perlu aku buat?? Takkanlah aku kena bangunkan dia?? Aku tak nak lah ganggu dia yang sedang nyenyak tidur tu. Lagipun, dia nampak penat sangat selepas apa yang berlaku hari ini.

Aku berjalan mendekati di mana Soeul berada.

"Maafkan aku Soeul. Aku terpaksa buat ni. Bukannya aku nak ambil kesempatan atas kau." Beritahuku walaupun aku tahu dia takkan mendengarnya.

Perlahan-lahan aku mengangkat Soeul yang sedang lena dan membawanya ke bilik tetamu. Dengan berhati-hati, aku meletakkannya di atas katil.

Fuhh, nasib baik dia tak terjaga dari tidur dia.

Aku tersenyum kecil melihat betapa cantiknya dia apabila tidur.

Aku menggelengkan kepalaku, menyedarkan diriku daripada fikiranku.

Apa yang aku fikir ni?? Jun, stop it!! Ini bukannya masa untuk kau jatuh hati kat Soeul. Kau tak tengok ke dia sedang menderita sekarang ni??

Aku pun melangkah keluar dari bilik tersebut berharap agar Soeul mendapat rehat yang cukup untuk malam ini.

---

[Minghao pov]

Sebaik sahaja Soeul meninggalkanku, aku terus melangkah ke rumahku. Takut nanti omma masuk ke dalam bilik aku. Sebenarnya, ini kali pertama aku keluar rumah malam2 tanpa pengetahuan omma. Kalau omma tahu, nahas aku nanti.

Di sepanjang perjalanan, aku asyik memikirkan tentang kejadian tadi.

Aku tak sangka Soeul akan menangis sedemikian. Dan dia juga .....

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now