Soeul pov.Cahaya yang terang terus menusuk mataku sebaik sahaja aku membuka mata. Dalam keadaan separa sedar, aku memerhati keadaan sekeliling yang agak asing bagiku.
"Aku kat mana ni??" Soalku kepada diri sendiri.
"Kat bilik oppa ..." jawab seseorang dari satu arah.
"Eo, oppa. Apa yang Soeul buat kat sini?? Macam mana Soeul boleh ada kat sini?? Pukul berapa sekarang ni?? Hari ini hari apa?? A--"
Oppa tiba2 menekup mulutku.
"Soeul ni, bisinglah. Nanti2 lah oppa cerita. Lebih baik Soeul pergi sekolah. Cuba tengok jam sekarang ni."
Aku mencapai phone ku yang berada di atas meja kecil dan terus meng'unlock' nya untuk melihat waktu sekarang.
Betapa terkejutnya aku apabila aku ternampak jam sekarang ni. Ianaya sudah menunjukkan pukul 8:45 pagi!!
Aku dah lambat nak ke sekolah!!!
Dengan perasaan yang sangat marah, aku membaling Jin oppa dengan bantal. Jin oppa dijeling dengan tajam.
"Aye, apa baling2 ni??" Kata Jin oppa yang sedang memakai baju kotnya.
"Jji, buat tak tahu pula oppa ni. Soeul dah lambat tahu tak?!? Kenapa tak bangunkan Soeul awal2?!?" Jeritku kerana perasaan marah di dalam diriku semakin membuak-buak.
Jin oppa memandangku dengan selamba. "Kalau Soeul tak berkemas sekarang, rasanya tak sempat kot Soeul sampai ke sekolah. Lebih baik Soeul cepat. Masa berjalan."
Tch, banyak ceramah pulak Jin oppa ni. Dia yang tak bangunkan aku, aku pula yang kena. Geram betul aku. Kurang asam punya oppa.
Dengan perasaan marah yang masih berbekas, aku berjalan menuju ke bilik air. Lebih baik berkemas dengan cepat daripada melayan perangai Jin oppa yang macam budak2 ni.
-
"Soeul ni, lambat betul nak bersiap." Leter Jin oppa sambil menghulurkan aku kot sekolahku.
"Salah oppa lah ni, tak bangunkan Soeul awal2." Marahku.
"Dahlah, mari pergi." Aku menarik tangan Jin oppa yang masih melihat dirinya.di dalam cermin. Perasan diri kacak. Padahal, taklah kacak sangat. Kacak lagi Minghao.
Eo???
Apa yang aku cakapkan tadi??
Apa2 pun, aku tak pedulikan semua tu. Yang aku inginkan sekarang ialah untuk sampai ke sekolah sebelum pintu pagar sekolah ditutup.
"Ish, Soeul ni. Oppa nak tengok diri oppa yang kacak ni pun tak boleh." Rungut Jin oppa lalu masuk ke dalam keretanya. Begitu juga dengan aku.
"Oppa tu, perasan diri tu kacak. PE. RA. SAN. Tahu tak apa maknanya??"
"Tahu. Maknanya, oppa orang yang paling kacak kat dunia ni. Muahahaha."
Erk -.-" apa yang oppa ni cakapkan??
"Errrr... Soeul rasa macam nak muntahlah. Mabuk Soeul dibuatnya." Ejekku.
"Soeul mabukkan kekacakan oppa yang sedang memandu sekarang ni kan??" Oppa menoleh ke arahku sambil menjongket-jongketkan keningnya.
"Yah, oppa!! Tengoklah jalan tu. Kalau kemalangan nanti baru tahu. Jji, ingat dia tu kacak sangat."
"Hahahaha. Tahu pun nak mengalah. Lain kali, jangan lawan oppa yang kacak ni. Nanti padah yang akan menimpa." Kata oppa yang berada di sebelahku yang membuatkanku menggulingkan bebola mataku.
![](https://img.wattpad.com/cover/72617803-288-k304941.jpg)
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic