17- My Fault

1.1K 127 10
                                    


"Emm, Soeul. Awak nak ke kelas ke??" Soalku, memegang lembut bahunya.

Soeul menggelengkan kepalanya dengan kepala yang masih tertunduk.

Dia mesti masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Lebih baik aku bawa dia ke stor terbiar tu.

Tanpa meminta kebenarannya, aku menariknya terus menuju ke stor terbiar tersebut.

Sebaik sahaja kami masuk, Soeul terus menuju ke suatu sudut dan duduk di situ sambil memeluk kakinya rapat ke dada. Sisa2 airmatanya masih lagi kelihatan di pipinya.

Aku rasa, dia perlukan masa untuk menenagkan dirinya. Sungguh aku kasihan melihat keadaannya sekarang.

Jun. Tak sangka dia seorang yang macam tu. Sungguh aku tak sangka. Sampai hati dia buat Soeul sebegitu. Geram pula rasanya apabila memikirkan tentang perkara yang berlaku tadi.

Oleh kerana aku tak nak tinggalkan Soeul keseorangan di sini, aku terpaksa ponteng kelas. Bukan terpaksa, memang aku sengaja nak ponteng kelas. Apa salahnya, sekali-sekala kan??

Aku menyandarkan diriku pada dinding sambil tanganku diletakkan dalam poket seluarku. Soeul yang duduk sambil memeluk kakinya itu dipandang buat seketika.

"M-Ming ... b-boleh tak awak datang sini sekejap." Pintanya dengan suara yang serak.

Aku lantas mendekatinya tanpa banyak songeh. "Wae??"

"Mianhae. Jeongmal mianhae Ming-ah. Semua ini salah aku. Pasal omma kau, tangan kau dan sekarang kelas kau. Aku dah susahkan kau. Aku rasa, kita patut putuskan sahaja persahabatan kita ni. Lagipun, kau perlu berbaik dengan omma kau. Kalau kau masih lagi rapat dengan aku, mesti omma kau takkan maafkan kau." Beritahunya.

"Apa yang kau cakapkan ni?? Buat pengetahuan kau, aku takkan putuskan persahabatan kita ni sampai bila2. Takkan dan tak mungkin. Aku tak kesah apa yang nak berlaku terhadap aku asalkan kau ada di sisi aku." Balasku.

"Habistu, macam mana dengan pelajaran kau?? Omma kau?? Takkan kau nak abaikan macam tu je??" Soeul memandang tepat ke dalam mataku.

"Eul, aku dan cuma ada masing2. Aku perlukan kau dan kau perlukan aku. Kau salah satunya kawan yang aku ada. Dan kau juga ..."

Soeul memandangku, menanti ayat2 yang akan keluar dari mulutku.

"Kau selalu buat aku tersenyum dan hilangkan segala kepenatan aku." Beritahuku pantas walaupun itu bukan apa yang aku ingin cakapkan pada mulanya.

"Tapi--" Dengan pantas aku menutup mulutnya dengan tanganku.

"Aku tak nak dengar apa2 lagi. Keputusan muktamad, aku takkan tinggalkan kau." Beritahuku dengan tegas.

Kalau Soeul tak ada, siapa lagi yang akan berkawan dengan aku?? Siapa lagi yang nak buat aku tersenyum?? Siapa lagi yang nak hilangkan kepenatan aku?? Siapa lagi yang nak menghulurkan tangannya untuk aku??

Tiada.

Cuma Soeul satu2nya yang selalu berbuat demikian. Hanya Soeul.

Aku tak nak kehilangan dia setelah aku kehilangan appa disebabkan oleh aku. Ya, aku.

Disebabkan aku, omma dan appa bergaduh dan akhirnya appa membuat keputusan untuk meninggalkan aku dan omma.

Appa marah akan omma disebabkan omma selalu memaksa aku untuk belajar. Appa merasakan perkara tersebut keterlaluan. Oleh itu, appa memarahi omma.

Omma. Sudah semestinya dia akan mempertahankan diri dia. Omma langsung tidak ambil peduli tentang apa yang appa katakan.

Dengan sikap omma yang keras kepala tersebut, akhirnya appa bercerai dengan omma. Dan, sampai sekarang aku tidak pernah berjumpa dengan appa lagi.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now