"Soeul-ah !!" Panggilku dengan riang.Soeul memberikanku pandangan yang pelik.
Satu-persatu langkahnya diatur menuju ke arahku.
"Wae??" Tanya Soeul dengan suara yang separuh berbisik.
Aku tertawa kecil. "Kau tak perlulah nak berbisik. Bukannya dapat dengar pun dari luar."
Tempat duduk di sebelahku ditepuk perlahan tanda untuk mempersilakannya duduk,di tempat tersebut. "Duduklah."
"Yah, aku ada banya kerja nak buat ni. Nanti marah pulak omma kau. Aku jugak yang susah." Marah Soeul.
"Aku cuma nak kau temankan aku belajar je. Aku bosanlah belajar sorang2. Nae??" Aku memandang muka Soeul dengan penuh harapan agar dia menunaikan permintaanku.
"Aku tak dapatlah nak temankan kau. Kalau aku dibuang kerja nanti macam mana?? Kau nak bertanggungjawab??"
"Alaa, sekejap je. Aku nak kau ajar ni. Aku tak fahamlah ..." aku menggaru kepalaku yang tidak gatal dan tersengih ke arah Soeul.
"Huhh ... arasseo. Aku ajar kau sekejap je eh??" Soeul mula melabuhkan punggungnya di sebelahku.
Buku yang pada mulanyaberada di tanganku kini berada di tangannya.
"Ahh ... ini senang je. Mari sini aku ajar kau." Kata Soeul setelah memerhati soalan yang terdapat pada buku tersebut.
Soeul meletakkan buku tersebut di atas meja agar aku mudah untuk melihatnya dan dia mula menerangkan satu persatu langkah kerja yang perlu aku lakukan untuk menyelesaikan soalan tersebut.
Setelah selesai menerangkan segala langkah2 untuk soalan tersebut, dia bingkas berdiri memandangku yang masih di tempat dudukku.
"Jja ... kau dah faham sekarang ni??"Aku hanya mengangguk dengan senyuman yang ditampal pada mukaku.
"Aku keluar dulu eh?? Banyak kerja aku kena buat ni" dengan itu, kelibatnya pun hilang.
Dan aku kembali terasa bosan. Aku boleh mati kalau macam ni.
Mati kebosanan.
Kalau aku ada kelas, aku masih ada kawan2 dan guru untuk ditanya. Sekarang ... cikgu tak ada, kawan pun tak ada. Yang ada cuma Soeul yang sibuk bekerja untuk mencari duit.
"Apa yang awak buat lama sangat tadi hah?!? Awak pergi mana tadi?!? Awak ingat, awak kawan kepada anak saya awak boleh rehat sesuka hati awak?!? Awak tak nampak ke kita ada banyak pelanggan sekarang ni?!?! Kalau sekali lagi awak buat macam ni, saya akan pecat awak, faham?!?!"
Itu macam suara omma.
Memang suara omma.
Dengan segera aku berdiri dan terus keluar dari bilik teresebut, meninggalkan buku2 ku yang berselerak di atas meja.
"Omma ... cukuplah." Kataku sebaik sahaja aku berada di sebelah omma.
"Wae?!? Dia yang tak buat kerja, kenapa pula omma tak boleh marah dia??" Omma memandangku dengan pandangan yang agak marah.
Sejujurnya, aku sendiri agak takut untuk berhadapan dengan omma. Aku tak nak menjadi anak yang derhaka. Tapi, Soeul memang tak bersalah.
"Omma, Soeul tak buat kerja disebabkan Minghao. Minghao yang minta tolong dia ajarkan Minghao tadi. Maafkan Minghao omma." Beritahuku dengan bersungguh-sungguh.
"Minghao-ah, lain kali jangan buat macam ni lagi, nae??" Omma mengusap kepalaku lembut.
"Nae. Omma, mianhae."
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic