13 - Scary Movie

1.1K 127 15
                                    

Aku was2 sama ada aku perlu biarkan je atau aku perlu jawab panggilan ni??

Tapi entah kenapa hatiku tergerak untuk menjawab panggilan tersebut walaupun sebelum ini aku tak pernah jawab panggilan dari nombor orang yang tidak dikenali.

"Yeoboseyo??"

"Soeul!! Awak kat mana?!"

Kuat betul suara dia ni. Boleh pekak telinga aku.

"Nuguseyo??"

"Ini Jun lah. Saya hairan kenapa awak tak ada dalam bilik. Saya dan keluarga saya risau. Tapi, nasib baiklah saya sempat simpan nombor telefon awak."

"Tak payahlah risau. Aku cuma pergi bersiar-siar. Malam nanti aku baliklah."

"Lewatnya. Awak buat apa lewat2 macam tu??"

"Adelah. Kau tak perlu tahu. Dah, aku kena letak panggilan ni. Bye."

Dan aku terus meluncurkan butang merah yang terpampang pada skrin handphone ku.

"Siapa tadi tu??" Minghao menyoalku.

"Jun." Jawabku pendek.

Riak wajah Minghao kelihatan tidak suka mendengar nama Jun disebut.

Eh, apa yang aku fikir ni?? Mengarut je. Buat apa Minghao nak benci dengan Jun tu?? Muka innocent macam Minghao ni tak mungkin akan membenci sesiapa sahaja kan??

Tapi .......... entah kenapa hatiku kuat mengatakan yang Minghao tak berapa suka aku menyebut nama Jun

"Kenapa kau buat muka macam tu?" Soalku.

Dia memandangku dengan dahi yang blur. "Muka yang macam mana?"

Err ...

"Tak ada apa2 lah. Haha. Dahlah, jom kita balik. Nanti omma kau marah pulak." Ajakku.

Minghao mengangguk dan kami pun berjalan balik ke restoran Mrs. Xu, iaitu omma kepada Minghao.

-

Setiba kami di restoran tersebut, aku ternampak Mrs. Xu sedang berdiri di hadapan restorannya seperti sedang menunggu seseorang.

Sebaik sahaja Mrs. Xu ternampak kami, dia terus meluru ke arah kami dan secara tiba2 dia menampar wajah milik Minghao.

Aku yang berdiri di sebelah Minghao terkejut melihat kejadian tersebut.

"Mrs. Xu, apa yang puan buat ni?" Soalku dengan sopan.

Mrs. Xu menjelingku kemudian menghela nafasnya. "Dengar sini, kalau awak nak bekerja di restoran ni, awak tidak boleh berkawan dengan anak saya. Kalau saya nampak kamu berdua bersama lagi, saya akan pecat awak. Arasseo?"

Mataku terbeliak mendengar apa yang dikatakan oleh Mrs. Xu tadi. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aku hanya mampu mengikut kata2 nya sebagai pemilik restoran tu.

"Dan kamu, Minghao. Kamu tahu tak, tak lama lagi kamu nak ujian? Kamu boleh lagi nak bersenang-lenang macam ni. Kamu juga jangan cuba nak rapat dengan budak ni. Kalau omma tahu, omma takkan benarkan Minghao keluar dari bilik. Nak? Kemas barang2 kamu dan pergi balik sekarang. Kamu belajar je kat dalam bilik kamu."

Wajah Minghao bertukar sedih. Aku memandangnya dengan penuh rasa bersalah.

Minghao kembali memandangku dengan senyuman yang pahit. Dia kemudiannya melangkah ke dalam restoran dan melakukan apa yang disuruh Mrs. Xu tadi.

Mrs. Xu sempat menjeling ke arahku sebelum dia melangkah masuk ke dalam restorannya.

Aku terdiam di situ tanpa kata2.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now