[Seokjin pov]
Pelukan omma yang sangat hangat dibalasku. Seronok rasanya berada di dalam pelukan omma.
Jamkanman ....
Mataku melirik ke sebelahku.
Mana Soeul???
Aku melepaskan pelukan omma apabila ternampak Soeul sedang melangkah dengan lemah menuju ke bilik.
Dengan perasaan yang bersalah aku berlari mengejar Soeul dan meninggalkan omma di belakangku. Sekarang ni, hanya perasaan Soeul penting bagi aku.
Aku tahu, dia tak pernah merasai kasih sayang daripada omma dan appa. Jadi, hanya aku sebagai oppanya yang dapat memberikannya kasih sayang.
Aku tahu, dia tak ada kawan di sekolahnya. Tapi, Minghao tu kawan dia ke??
Walauapapun aku tetap gembira kalau Minghao tu adalah kawan dia. Dia perlukan seseorang apabila aku tiada.
Satu pelukan dihadiahkan kepada Soeul sebaik sahaja aku berada di belakangnya. "Yah, uri dongsaeng."
"Oppa ... lepaskan." Dia cuba melepaskan pelukanku.
"Tak nak. Selagi Soeul tak senyum kat oppa."
Soeul menoleh ke arahku dan tiba2 dia menunjukkan barisan giginya yang putih itu. "Dah, lepas."
Aku ketawa dengan kuat apabila melihat senyuman yang dipaksa oleh Soeul tadi. "Yah, Soeul kata itu senyuman. Itu lebih kepada menunjukkan gigi Soeul. Hahaha."
Bunyi pintu ditutup jelas kedengaran.
Eo?? Mana Soeul??
Aish budak ni, dia dah masuk ke dalam bilik meninggalkan aku ketawa macam orang gila kat depan pintu ni.
Sampai hati. Bisik hatiku sambil aku membuat gaya seperti menyapu airmata yang jatuh walaupun tak ada.
Lebih baik aku ke bilik aku daripada tercegat depan pintu ni.
"Oppa ..." panggilan tersebut mematikan langkahku untuk ke bilik.
"Wae??" Tanyaku, memandang Soeul yang berdiri di sebalik pintu biliknya.
"Gomawo. Gomawo untuk hari ni. Soeul seronok sangat." Satu senyuman pendek terukir di bibir milik Soeul. Walaupun senyuman tersebut tidak sebesar yang aku harapkan, ia jelas menunjukkan betapa gembiranya Soeul hari ni.
Dan itu membuatkanku turut gembira. Sebagai oppa kepada Soeul sejak Soeul dilahirkan lagi, aku teringin untuk membuatkan Soeul tersenyum gembira.
Kerana ada satu perkara yang aku tahu dia sembunyikan daripadaku.
Aku tahu dia sedih. Sedih melihat omma dan appa hanya melayaniku seperti anak kesayang mereka. Aku memang anak mereka. Soeul pun anak mereka.
Tapi, omma dan appa tak pernah menganggap Soeul wujud dalam keluarga ni. Bagi mereka, Soeul hanyalah pembawa malang disebabkan Soeul ialah perempuan.
Aku tahu semua ni sebab, dari kecil lagi aku nampak omma dan appa tak pernah sekali pun melayan Soeul seperti anak mereka.
Setiap kali aku melihat adegan tersebut, hatiku seperi dihentam dengan batu yang beratnya bertan2. Sedih aku melihatnya dilayan sebegitu.
Kalau aku ditempatnya, semestinya aku akan membuat perkara yang tak betul. Mungkin, aku akan membunuh diri kerana tidak tahan dilayan sebegitu.
Aku memang tabiklah kat Soeul, walaupun dia perempuan, dia dapat menanggung semua beban itu seorang diri.
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Teen Fiction"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic