7 - My Lifeu

1.2K 150 40
                                    

[Soeul pov]

Aku hanya mendiamkan diri apabila kami makan aiskrim yang baru dibeli tadi.

"Soeul, kenapa awak diam je??" Wonwoo bertanya.

"Mian. Saya tak biasa duduk dengan orang yang aku tak rapat."

"Lama2 tu rapatlah nanti. Anggap je kitorang ni bestfriend awak." Jun bersuara.

Bestfriend .....

Dah lama aku tak dengar perkataan tu. Lagipun, wujudkah perkataan tersebut kat dunia ni?? Wujudkah seseorang yang bergelar bestfriend??

Aku tak tahu .....

Bagaimana rasanya mempunyai bestfriend yang tak akan menikam belakang kita.

Rasanya kawan sebegitu tak wujud.

"Soeul??" Suara milik Jun mematikan lamunanku. "Awak menungkan apa dari tadi tu?? Ada sesuatu yang menganggu fikiran awak ke??"

Aku memberikannya satu senyuman yang agak pahit rasanya. "Tak ada apa2 lah."

"Em korang, saya pergi dulu eh. Saya ada kerja nak buat ni. Terima kasih untuk aiskrim ni. Annyeong." Aku terus berdiri dan meninggalkan mereka yang masih menikmati aiskrim. Aku punya aiskrim dah habis dah aku makan tadi.

Misi hari ini ialah ......

Mencari kerja sambilan.

Dah lama aku nak cari kerja sambilan ni sebab aku perlukan duit untuk membeli barang keperluan aku.

Walaupun aku anak kepada pengarah syarikat yang terkenal kat Korea ni, aku tak pernah dapat duit poket dari omma dan appa.

Kalau ada pun, oppa yang berikan.

Tiba di sebuah restoran yang agak cantik dekorasinya, aku terus memasuki restoran tersebut kerana terdapat notis yang memberitahu bahawa restoran ini memerlukan pekerja sambilan.

"Jogiyeo, restoran ni ada memerlukan pekerja sambilan tak??" Tanyaku kepada salah seorang pekerja di situ.

"Awak nak bekerja di sini??"

Aku mengangguk.

" Mari ikut saya ke pejabat tuan punya restoran ni." Dia mendahului aku untuk memunjukkan jalan ke pejabat tersebut.

Pintu pejabat diketuk beberapa kali sebelum suara seseorang kedengaran menyuruh kami untuk masuk.

Pekerja tersebut membuka pintu tersebut. Kelihatan seorang wanita duduk di kerusi miliknya. Dia seperti agak sibuk.

"Mrs. Xu , ada seseorang nak minta kerja sebagai pekerja sambilan kat sini." Kat pekerja tersebut.

Aku tunduk hormat ke arah Mrs. Xu.

"Oh, masuklah." Mrs. Xu menjemputku masuk ke dalam pejabatnya.

Pekerja yang menemaniku tadi tunduk hormat ke arah Mrs. Xu sebelum melangkah pergi.

"Jadi, awak nak bekerja kat sini ye??" Tanya Mrs. Xu.

"Nae." Jawabku.

"Berapa umur awak eh?? Nampak macam pelajar sekolah tinggi je."

"Oh, saya 17 tahun. Nama saya Kim Soeul."

"Ok. Bila awak boleh mula bekerja??"

"Hari ini pun saya dah boleh mula bekerja kalau puan nak."

"Tak apa, awak boleh mula esok. Awak perlu datang sini pada pukul 4 petang. Awak shift malam, boleh??"

"Nae." Jawabku sambil tersenyum.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now