27 - Be Safe

878 113 9
                                    

Minghao pov.

"Omma ..." panggilku perlahan.

Tiada jawapan daripada omma.

"Omma ..." kali ini suaraku dikuatkan sedikit.

Masih tiada jawapan daripada omma.

"Omma!!!" Teriakku sehingga omma memberhentikan kereta secara mengejut.

"Kenapa dengan kamu ni, Minghao?!" Marah omma.

Aku memandang omma dengan mata yang sudah berkaca. "O--omma, to--tolong pergi rumah S--Soeul."

"Kenapa tiba2 kamu nak pergi rumah dia ni?? Tahu tak, omma dah lambat nak ke dinner tu??" Marah omma.

"Omma, tolong pergi sekarang. Palli!!" Arahku dengan cemas. Aku perlu beritahu keluarga Soeul tentang ni. Aku tak nak apa2 terjadi kat dia.

"Omma takkan pergi sana." Kemudian, omma menyambung perjalanannya tadi.

"Kalau omma tak nak pergi sana, biar Minghao seorang je pergi. Kalau omma tak nak berhentikan kereta ni sekarang, Minghao takkan teragak-agak nak keluar dari kereta ni walaupun kereta ni sedang bergerak." Ugutku. Ini bukannya masalah yang remeh, ini penting. Ianya boleh membahayakan nyawa Soeul dan itulah yang aku paling takuti sekarang ini.

Omma terus memberhentikan keretanya. "Arasseo, omma akan ke sana."

Akhirnya, omma bersetuju untuk ke rumah Soeul.

"Omma, palli ..." pintaku.

Aku dapat mendengar omma mengeluh sebelum dia menekan minyak untuk mempercepatkan lagi pergerakan kereta itu.

-

Dalam beberapa minit, kami pun tiba di hadapan rumah Soeul. Tanpa berlengah, aku terus keluar dari perut kereta dan berlari ke arah pintu pagar rumahnya. Loceng rumah tersebut ditekan banyak kali kerana perasaan cemas yang sudah menyelubungi diriku.

Tidak lama kemudian, Jin hyung muncul di muka pintu dan pada masa yang sama pintu pagar pun terbuka. Aku, terus berlari mendapatkan Jin hyung yang berdiri dengan wajah yang hairan.

"Kenapa dengan kamu ni Minghao?? Soeul mana??" Kata Jin hyung.

"Soeul ... Soeul ..." aku masih mengatur nafasku akibat penat berlari tadi.

"Eo, annyeonghaseyo." Jin hyung menundukkan sedikit badannya ke suatu arah.

Omma?? Aku ingatkan dia dah balik.

"Apa kata kita masuk ke dalam dulu. Nanti, bolehlah kamu ceritakan semuanya." Ajak Jin hyung mempersilakan aku dan Omma masuk.

Omma dan appa Soeul terus menoleh ke arah kami sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke dalam. Aku terus menyapa mereka dengan sopan sama seperti omma.

"Duduklah, nanti saya buatkan minuman." Mrs. Kim menjemput kami duduk sebelum dia melangkah ke dapur.

"Jadi, mana Soeul??" Soal Jin hyung sebaik sahaja aku dan omma melabuhkan punggung di sofa.

"Saya tak tahu mana Soeul sekarang ni. Saya cuma tahu yang dia berada dalam bahaya sekarang." Beritahuku dengan pantas.

"Minghao, bertenang. Kamu ni cemas sangat." Kata omma sambil menenangkan aku.

Bertenang?? Aku takkan dapat bertenang kalau aku tak tahu bagaimana keadaan Soeul sekarang ni.

"Maksud kamu??" Kini giliran Mr. Kim bertanya.

Aku tak tahu macam mana nak jelaskan apa yang berlaku.

Ah, lebih baik aku mainkan rakaman perbualan aku tadi. Nasib baiklah handfon aku merakam perbualan aku setiap kali aku memanggil seseorang ataupun seseorang itu memanggilku.

Aku meletakkan handfonku di atas meja. Kelantangan handfonku dikuatkan dan aku pun memulakan rakaman perbualan aku tadi.

Semasa rakaman tersebut dimainkan, semua orang mendiamkan diri sehinggalah rakaman tersebut tamat.

"Jadi, sekarang ni ... Soeul ..."

Aku mengangguk ke arah Jin hyung.

Wajah Mr. Kim, Jin hyung dan omma terus berubah.

Kenapa omma terkejut dengan perkara ni??

"Apa yang berlaku ni?? Kenapa semua muka nampak tegang je??" Soal Mrs. Kim dari belakang kami sambil membawa dulang berisi air minuman.

"Anak kita ... dia dalam bahaya sekarang ni." Jelas Mr. Kim kepada isterinya.

"Maksud awak??"

"Soeul kemungkinan diculik oleh seseorang sekarang ni dan dia dalam bahaya."

Bunyi gelas kaca yang terjatuh jelas kedengaran membuatkan kami semua terkejut.

Mrs. Kim terkaku di tempatnya tadi. Cuma, dulang yang berisi air tadi tiada di tangannya. Semuanya jatuh berderai di lantai.

Aku dapat melihat butiran2 air mula jatuh di pipi Mrs. Kim membuatkan Mr. Kim mendekatinya untuk menenangkan isterinya.

Aku pun sedikit sebanyak mulai sebak dengan keadaan ini. Aku takut Soeul akan diapa-apakan.

"Tadi, lelaki tu cakap yang awak tak kenal dia lagi, seolah-olah dia kenal awak dan awak pernah kenal dia. Awak tak ingat ke suara tu??" Soal Jin hyung seperti penyiasat.

Aku pernah kenal dia?? Dia juga kenal aku??

Dia ...

dia juga sepertinya tak nak aku mendekati Soeul seolah-olah dia sukakan Soeul. Yang aku tahu, Jun ialah satu2 nya lelaki yang suka akan Soeul. Tapi, takkanlah dia nak buat macam tu??

Entah2 ... dia memang Jun??

"Minghao??" Panggilan Jin hyung terus mematikan lamunanku.

"S-saya tak pasti tentang ni. S--saya rasa ianya Jun. Sebab cuma Jun seorang yang saya tahu lelaki yang menyukai Soeul. Tapi, saya tak lah nak burukkan dia. Itu cuma pendapat saya." Jelasku. Aku takut semua orang akan membenci Jun nanti. Dia kawan aku.

"Apa kata kita jumpa keluarga budak bernama Jun tu?? Mana tahu, kita dapat sedikit maklumat daripada mereka." Cadang Mr. Kim yang masih lagi menenangkan isterinya yang sudahpun menangis di sisinya.

Aku mengangguk tanda bersetuju. "Lagipun, saya tahu mana rumah dia dan saya kenal omma dia. Apa kata kita pergi sekarang??" Cadangku. Aku sudah tidak mahu membuang masa kerana kita tidak tahu apa akan berlaku terhadap Soeul sekarang. Bila2 masa sahaja lelaki itu akan mengapa-apakan Soeul. Jadi, masa sekarang ini amat penting. Aku tak nak membuangnya agar nyawa Soeul selamat.

-

-

"Saya pasti ini memang suara Jun." Kata Mr. Wen selepas mendengar rakaman perbualan pada handfon ku.

Mrs. Wen memandang kami semua dengan wajah yang bersalah. "Maafkan saya sebab bahayakan nyawa anak awak. Maafkan saya."

Satu senyuman kecil terukir di bibir Mrs. Kim. "Tak apa, bukannya salah awak pun."

"Tapi, saya tetap bersalah. Disebabkan sayalah, Jun jadi macam ni. Disebabkan saya ..."

"Sudahlah tu, perkara tu dah berlalu. Sekarang kita semua perlu cari jalan untuk cari Jun. Dan dari situ, kita mesti akan dapat cari Soeul." Kata Mr. Wen, memujuk isterinya.

"Betul tu. Kita perlu cari dia secepat mungkin sebelum dia mula membahayakan nyawa Soeul. Kita tak tahu apa yang mungkin dia lakukan terhadap Soeul nanti. Jadi, kita perlu cari dia cepat." Ujar doktor yang merawat Jun, iaitu Seungcheol.

Kami semu bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh doktor itu. Sebelum ni, memanglah pihak polis membantu mencari Jun. Tapi, mereka mencari dengan jumlah ahli yang kecil.

Sekarang, perkara ini jadi semakin serius dan kami perlukan pasukan pencarian yang lebih ramai kerana perkara ini boleh mengancam nyawa seseorang yang aku sayang.

Ya, aku sayangkan Soeul.

Aku tak nak dia tinggalkan aku. Walauapapun yang berlaku, aku akan pastikan dia selamat.

=====

Sorry for not updating last week. Im soooo busy with my homework. N 2day, I have a camp.

I'm really sorry guys ... T.T

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now