Apabila filem tersebut hampir tamat, aku merasakan ada sesuatu yang berat di bahuku. Aku menoleh.
Dia tertidur rupanya ... selepas dia penat terjerit-jerit tadi, dia melelapkan matanya.
Aku terdiam sejenak sebab memikirkan macam mana aku nak alihkan kepala dia ni. Patutkah aku bangunkan dia??
No no no. Aku tak nak kacau tidur dia. Lagipun, tujuan dia ajak aku tonton filem ni sebab dia tak dapat tidur. Kalau aku bangunkan dia nanti, dia mungkin tak dapat tidur balik dan aku kena temankan dia lagi. Aku tak nak.
Aku memerhati setiap inci wajahnya. Sungguh sempurna. Dia mempunyai wajah yang sangat sempurna bagi seorang lelaki. Agaknya, dia ada yeochin tak??
Tak mungkinlah tak. Mestilah dia ada punya. Takkanlah muka lelaki sekacak dia ni tak ada yeochin kan??
Tiba2 mataku tertantap pada tubuhnya yang menggigil kesejukan.
Haih, dia ni kan ...
Dah tahu diri tu sejuk, kenapalah dia bagi aku selimut tadi tu. Lagipun, aku masih mengenakan sweater ku. Jadi, aku taklah sejuk sangat. Dia tu, dahlah cuma pakai t-shirt.
Selimut yang berada di tubuhku kemudiannya diletakkan di tubuh milik Jun yang kesejukan. Sekarang, apa yang perlu aku buat??
-
-
-
Mataku dibuka apabila aku terdengar satu bunyi yang agak bising dari arah dapur. Sebaik sahaja mataku dibuka sepenuhnya, cahaya terus menerangi pemandanganku.
Baru aku teringat, aku perlu pergi buat kerja sambilan. Pukul berapa dah sekarang ni?? Harap2 aku tak terlambat.
Mataku terus meliar mancari jam untuk mekihat waktu sekarang ni dan aku terjumpa sebuah jam yang tergantung di dinding.
Fuhh, nasib baik masih awal.
Tanpa berlengah, aku terus berdiri dan melangkah ke bilikku sebelum aku menyedari Jun tidak berada denganku. Mana dia??
"Soeul, awak nak pergi mana tu??" Soal satu suara dari arah dapur.
"Oh, aku nak pergi bilik?"
"Nanti dulu, kita makan dulu baru awak pergi ke bilik awak kay?"
Nak terima ke tak??
Terima je lah. Dah penat dia masak semua ni. Takkanlah aku nak tolak. Kecil hati pula dia nanti.
Jadi, aku pun menapak mendekati meja makan yang sudah terhidang dengan makanan yang sedap2.
Biar betul dia yang masak semua ni?
"Ya, saya yang masak semua ni. Jadi, jangan pandang makanan tu lama2, makanan tu takkan masuk ke dalam mulut awak tu secara automatik. Hmm??"
Iye2 jelah dia tu.
Jadi, aku pun memasukkan makanan tersebut ke dalam mulutku. Buat pengetahuan, makanan tersebut ialah nasi goreng kimchi!! My favourite food!!
Sesuap demi sesuap nasi goreng tersebut masuk ke dalam mulutku dan pada ketika itu juga Jun asyik memandangku seperti ada sesuatu yang pelik kat muka aku.
"Apa yang kau tengok tu??"
Dia hanya memberikan satu senyuman kepadaku dan secara tiba2 dia mendekatkan dirinya ke arahku. Dia mula menghulurkan tangannya mendekati mukaku dan membuatkanku terus menolak tangan miliknya dengan kasar.
"Apa yang kau nak buat ni?!" Suaraku ditinggikan.
"M-mian. Saya cuma nak buang butir nasi di pipi awak tu."
YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Novela Juvenil"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic