Soeul pov.
Inilah harinya. Inilah harinya di mana aku akan duduk di sebelah Minghao.
Macamlah sebelum ni aku tak pernah duduk di sebelah dia. Apelah aku ni.
Ok tak apa, kau boleh lakukannya Soeul.
Tarik nafas ...
dan hembus ...
Ok sekarang aku cuma langkahkan kakiku masuk ke dalam kelas. Ya, sejak dari tadi, aku asyik berdiri di hadapan kelasku dan mendapat perhatian daripada pelajar yang lalu lalang. Haha. Aku dah dapat nak fikir benda lain selain apa yang akan berlaku tak lama lagi.
"Soeul?? Apa yang kau buat kat luar ni??"
"Eo?? Tak ada apa2 hehe." Kataku lalu melangkah masuk menuju ke tempat dudukku.
Tadi tu, Minghao kan??
Oh, itu dia sedang menuju ke arahku.
Ok Soeul, buat macam biasa.
"Soeul annyeong ..."
Aku menoleh ke arah Minghao dan tersenyum ke arahnya dengan kekok. "Hehe, annyeong ..." dengan pantas, aku terus mengalihkan pandanganku ke arah mejaku yang kosong.
"Em, Soeul. Apa yang kau tengah buat tu??" Soal Minghao kemudian dia ketawa kecil.
"Eo?? Aku?? Errr ... aku ... aku tengah merenung meja ni??"
Apa yang cakapkan ni?? Macam mana kalau dia anggap aku gila?? Tengah merenung meja?? Tolonglah Soeul, kau tak ada benda lain ke nak cakap??
"Hahaha. Lawaklah kau ni. Rehat ni, nak tak temankankan aku belajar??" Minghao memandangku dengan senyuman yang lebar.
Ohh ... Minghao, kau ni nak bunuh aku ke?? Jantung aku dah macam nak meletup je sekarang ni.
"Soeul??" Panggilnya.
Eo?? Aku termenung ke tadi??
"Nae ... "
"Jadi kau setuju nak temankan aku belajar nanti?? Yeah, gomawo ..."
Aku cakap ya ke tadi?? Kenapa aku cakap ya?? Aish ... tak guna kau Soeul.
Aku cuba menoleh ke arahnya perlahan-lahan.
Alamak. Dia tengah tengok ke arah aku. Sambil tersenyum lagi tu. Kami memandang satu sama lain buat beberapa saat sebelum aku tersengih ke arahnya dan aku kembali memandang mejaku yang kosong. Entah kenapa aku rasa nak tersenyum sekarang ni. Hoho.
Soeul, Soeul ... memang sahlah kau dah gila. Aku mesti mendaftarkan diri aku kat hospital gila secepat mungkin ni. Kalau tak, aku mungkin akan jadi lebih teruk. Haha.
-
-
Di sepanjang sesi pembelajaran hari ini, aku memang tidak dapat fokus disebabkan kehadiran Minghao di sebelahku. Aku ... aku asyik nak toleh ke arah dia je. Aish ...
Si Minghao tu pulak, asyik nak tersenyum ke arah aku. Macam manalah aku nak fokus kalau jantung aku berdegup tak tentu pasal.
Tapi kan ... sebelum ni pun bukannya aku fokus dalam kelas. Hoho. Entah kenapa aku tiba2 nak jadi fokus pulak.
"Ok, saya nak kamu semua buat kerja kursus semasa cuti musim panas ni nanti. Jadi, saya dah bahagikan kamu semua dalam kumpulan. Awak semua tengoklah pada kertas ni nanti. Ok, kamu semua boleh keluar rehat sekarang." Kata Ms. Soo sebelum melangkah keluar.
"Jom kita tengok kumpulan kita." Ajak Minghao lalu menarik tanganku mengikutinya.
Kenapalah dia pegang tangan aku. Dah tak ada tempat lain ke?? Heh, takkanlah dia nak tarik kaki aku kot. Apelah aku ni.

YOU ARE READING
Good Day || Xu Minghao (Completed)
Novela Juvenil"Hidupku hanya dipenuhi dengan kekecewaan, keperitan dan penderitaan. Aku mahukan kehidupan yang lebih baik." #Seventen The8 Fanfic