21 - Tell Me

997 120 9
                                    

Minghao pov.

Aku berharap sangat apa yang dikatakan Jin hyung tadi betul.

Iaitu, aku mempunyai hubungan yang istimewa dengan Soeul.

Tapi, aku rasakan yang Soeul tak akan mencintai mana2 lelaki. Lebih2 lagi aku yang nerd ni. Haha. Memang taklah aku rasa.

Lagipun, dia tu dahlah kaya. Aku?? Aku mana ada apa2.

"Minghao?? Kita dah sampailah." Panggil Soeul dari luar.

"Eo?? Kita dah sampai eh?? Hehe." Aku pun nelangkah keluar dari kereta tersebut.

Aku tergamam melihat rumah yang tersergam indah di hadapan ku kini. Besar sungguh.

"Woah!! Besar betul rumah Jin hyung!!" Teriak Chan lalu berlari ke halaman rumah yang agak luas tersebut.

"Oppa, kenapa oppa bawa Soeul ke sini??" Suara Soeul kedengaran agak perlahan. Tetapi, aku dapat menangkap setiap patah perkataan yang diucapkannya.

Kenapa dengan dia??

"Alaa, apa salahnya kan??" Kata Jin hyung.

"Nanti, omma dan appa marah macam mana?? Kalau omma dan appa ... " Soeul tertunduk memandang kakinya.

Jin hyung kelihatan resah. Dia memeluk Soeul sambil mengusap belakangnya.

"Soeul-ah ... gwaenchanna. Oppa pasti omma dan appa takkan marah." Pujuk Jin hyung.

"Eo, Soeul noona. Waeyo??" Soal Chan.

Soeul memandang Chan dengan senyuman yang dipaksa. "A-anieyo. Haha. Jomlah kita masuk."

"Eo, Minghao. Jomlah masuk." Ajaknya dengan matanya yang berkaca.

Aku nampak segalanya dan aku dengar segalanya.

Tapi, aku masih tidak faham kenapa dia tak nak masuk ke dalam rumahnya sendiri. Kenapa dia takut dengan omma dan appa dia??

Kami kini berdiri di hadapan pintu rumahnya.

Jin hyung terus melangkah masuk ke dalam rumah. Namun, Soeul masih berdiri di hadapan pintu tersebut.

Terdengar suara omma dan appa Soeul dari dalam rumah. Suara kegembiraan menyambut ank mereka.

Soeul menarik dan menghembuskan nafasnya sebelum masuk. Aku dan Chan hanya mengikuti dari belakang.

Aku memerhati riak wajah omma dan appa Soeul. Riak wajah mereka terus berubah.

"Soeul?? Betulke ini Soeul??" Tanya seorang wanita 30-an.

Soeul memandang wanita tersebut sekilas dan terus memandang kakinya.

"Soeul-ah ... " wanita tersebut mendekati Soeul dan memeluknya. "Mana Soeul dah pergi?? Omma dan appa takut sangat yang Soeul hilang."

Soeul masih tertunduk memandang lantai, langsung tidak memperdulikan wanita yang bergelar omma tersebut.

Seorang lelaki yang dalam lingkungan 40-an mula mendekati Soeul.

"Soeul, omma dan appa minta maaf sangat2. Appa tahu appa salah. Appa yang banyak bersalah kat Soeul. Soeul, mianhae ..." suaranya kedengaran sebak.

Soeul melepaskan pelukan mereka perlahan.

Soeul menggelengkan kepalanya laju sebelum berlari keluar dari rumah tersebut, meninggalkan aku, Chan dan keluarganya kekeliruan.

Aku yang mula risau terus mengejarnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang hujan lebat sekarang ini.

"Soeul!!" Panggilku sekuat hati. Namun, dia masih berlari tanpa menoleh ke arahku.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now