31 - Confession

1.1K 116 11
                                    

Soeul pov.

Apa yang Minghao katakan kepadaku tadi masih terngiang-ngiang di mindaku. Ianya mengingatkan aku kejadian di mana ...

Aku tak nak ingat lagi perkara tu.

Sebab ianya perkara yang memalukan. Aku ingat lagi, selepas apa yang berlaku kat stor terbiar tu, aku jadi kekok sangat apabila berhadapan dengan Minghao.

Tapi kan ...

Kalaulah dia maksudkan apa yang dia katakan tadi ...

Ehem. Soeul, apa yang kau tengah fikir ni?? Kau dah gila ke??

"Eul, nak tak kita cuba petik buah strawberi??" Soal Minghao setelah kami agak lama mendiamkan diri.

Riak wajahku bertukar gembira, memandang Minghao dengan mata yang bersinar-sinar. "Betulke kita dapat petik buah strawberi kat sini??"

Minghao mengangguk sambil mempamerkan senyumannya yang seperti dia bangga dengan dirinya.

"Kau dah kenapa senyum macam tu??" Soalku kehairanan.

"Salahke aku nak senyum??" Dia mendekatkan mukanya ke arahku. Kini, mata kami bertentangan.

Disebabkan rasa berdebar yang teramat sangat, aku terus menolaknya perlahan agar menjauhkan mukanya. Aku tak nak aku meletup kat sini.

Kedengaran gelak halus daripada Minghao. "Gwiyeowo .."

Aku pantas menoleh ke arahnya sebaik sahaja aku terdengar apa yang dikatakannya sebentar tadi.

Namun, Minghao hanya tersenyum memandangku seolah-olah tiada apa2 yang berlaku.

Peliklah dia hari ni. Dahlah dia asyik mengukir senyumannya yang manis tu. Kalau aku cair nanti, siapa nak selamatkan aku?? Sekarang ni, aku memang perlukan Jun. Kenapalah dia pergi masa aku perlukan dia.

Aku terkaku.

Terkaku akibat terpesona dengan ladang strawberi yabg dipenuhi dengan buah strawberi yang segar.

"Eul, tutup mulut tu. Nanti masuk lalat." Kata Minghao. Dia kemudiannya menarik tangan milikku agar mengikutinya ke suatu tempat.

Dia mengambil dua buah bakul kecil dan menghulurkan satu bakul tersebut kepadaku. Aku menyambutnya dengan gembira memandangkan aku dah tak sabar nak petik buah strawberi ni.

Dengan riang, aku pun memulakan langkah menuju ke kawasan yang dipenuhi dengan starwberi. Sebelum sempat aku meneruskan langkahku, Minghao terlebih dahulu menarik tanganku, menghentikan langkahku serta merta.

"Wae?? Aku nak petik buah strawberi ni." Rungutku.

Dia menghulurkan sesuatu ke arahku, iaitu gunting. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Tak faham kenapa dia beri aku gunting ni.

Dia ketawa halus. "Gunting ni untuk gunting tangkai buah strawberi tu. Taklah rosak buah tu nanti. Kalau orang lain, tak apa juga petik guna tangan. Kau??" Dia menggelengkan kepalanya.

Kenapa dengan aku??

"Kalau kau petik guna tangan, mesti buah tu akan hancur sebab kau kasar sangat." Katanya dan memulakan langkah mendahului aku.

"Mwo??" Jeritku perlahan.

Sedap dia je cakap aku ni kasar. Ish, tak guna kau Minghao.

Aku yang mengejarnya dapat melihat senyumannya. Sukalah tu, kenakan orang macam ni.

Sejak kebelakangan ni, Minghao suka sangat ejek aku, perli aku, buli aku dan yang sama waktu dengannya. Dia dah banyak berubah daripada seseorang yang serius kepada seseorang yang ceria macam sekarang. Aku turut gembira dengan perubahannya.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now