28 - The Truth

948 124 18
                                    

Minghao pov.

Sudah berkali-kali aku mendail nombor Soeul. Tapi, langsung tidak dijawab oleh sesiapapun sama ada Jun mahupun Soeul itu sendiri. Aku nak tahu bagaimana keadaan Soeul sekarang ini.

Aku cuba mendail lagi, berharap agar kali ini panggilanku akan dijawab.

"Yah, kau nak apa lagi??" Kata satu suara di hujung talian. Aku pasti ianya Jun.

"J--Jun ... Soeul mana??" Soalku.

"Heh, sekarang baru kau ingat aku."

"Kau tak apa2 kan dia kan?? Dia ok kan??"

"Kan aku dah cakap, kalau kau tak nak aku apa2 kan dia, jangan cari dia. Faham?? Tapi ... kau tak nak dengar cakap aku. Aku rasa aku akan beri peluang kat kau kali ni je. Kalau aku tahu kau nak cari dia, aku takkan teragak-agak nak lakukan sesuatu ke atas Soeul. Ah, biar aku bagi kau dengar suara dia buat kali terakhir."

Tidak lama kemudian, suara Soeul kedengaran di hujung talian, meminta dirinya dilepaskan. Ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan risau ku. Sekurang-kurangnya aku tahu yang Soeul masih hidup.

Tapi ... macam mana aku nak selamatkan Soeul?? Kalau aku selamatkan dia, nyawa dia dalam bahaya.

"J--Jun, aku tahu kau tak berniat begini. Tapi, ingatlah. Aku dan Soeul bersalah sangat sebab buat kau macam tu hari tu. Jadi, aku nak minta maaf dan--" talian diputuskan.

Satu keluhan berat dilepaskan.

Apa yang perlu aku buat sekarang ni??

---

Author pov

Soeul yang diikat pada kerusinya berusaha melepaskan dirinya dengan menggoyangkan kerusi itu agar tali tersebut longgar.

Tanpa Soeul sedari, Jun memasuki bilik tersebut dengan membawa beberapa beg plastik di tangannya. Sebaik sahaja dia memandang ke arah Soeul yang sedang melepaskan dirinya, Jun terus berlari mendapatkan Soeul.

"Kenapa ni?? Awak nak lepas ke??"

Soeul hanya memandang tepat ke dalam mata Jun. Dia tahu, Jun langsung tidak berniat sebegitu. Ianya hanya disebabkan oleh penyakit yang dihidapinya.

"Saya sebenarnya nak lepaskan awak. Tapi ... saya takut. Saya takut awak akan lari." Jun memandang lantai sejenak. "Ah, saya ada belikan makanan untuk awak. Jadi, taklah awak lapar." Senyuman yang manis terus terukir indah di bibir Jun.

Soeul berharap agar Jun kembali kepada dirinya, iaitu seorang yang baik dan prihatin. Senyuman Jun tadi membuatkannya sedikit sedih. Alangkah baiknya jika Jun selalu tersenyum sebegitu.

"Maaflah, sebab saya tak dapat nak lepaskan awak. Jadi, saya suapkan awak eh??" Kata Jun yang mula membuka bekas makanan tersebut.

Chopstick yang terdapat kimbap tersebut dihulurkan ke mulut Soeul, berharap agar dia akan memakannya.

Soeul memandang ke arah kimbap tersebut, kemudiannya memandang Jun. Dia tak nak lukakan hati Jun. Jadi, dia pun membuka mulutnya agar makanan tersebut dapat masuk ke dalam mulutnya. Lagipun, dia juga berasa agak lapar.

Jun tersenyum apabila melihat Soeul yang menerima makanan yang disuapkannya. "Wah, berselera sungguh awak makan. Awak nak cuba saya punya?? Kimbap saya ada daging"

Soeul mengukir senyuman. Senyuman di mana dia gembira melihat Jun ceria sebegitu. Dah lama dia tak nampak wajah ceria Jun tersebut dan hari ni, dia telah melihat wajah tersebut lagi.

Jun bukannya seorang yang jahat dan kejam. Cuma, dia tidak dapat nak kawal emosi dia sendiri.

"J--Jun ..." panggil Soeul membuatkannya menoleh ke arahku.

"A--awak ada kenangan yang buruk tak semasa awak k--kecil?? Ka--kalau awak tak nak jawab tak apa. Saya tak kesah." Soeul memandang ke arah kakinya, takut2 Jun akan memarahinya.

Jun terdiam memandang potongan kimbap di atas mejanya. Riak wajahnya yang ceria tadi berubah. "Ada. Saya ada kenangan yang sangat buruk semasa saya kecil. Kalau awak nak tahu, saya boleh ceritakan kepada awak." Katanya dengan nada yang sedih.

"T-tak apalah. Sa--saya tak nak awak sedih."

"Tapi, saya nak ceritakan juga. Jadi, awak kena dengar sebab saya percayakan awak." Jun mula duduk menghadap ke arah Soeul.

"Sebenarnya ... Pun Wen dan Encik Wen bukannya omma dan appa saya yang sebenar."

Mata Soeul terbeliak mendengarnya. Tak sangka, Jun bukannya anak mereka.

"Omma dan appa sebenar saya ... " Jun memandang tangannya.

"Mereka ... mereka selalu dera saya. Kalau saya tak buat kerja, mesti mereka akan hukum saya. Saya tak pernah pun pergi ke sekolah semasa saya kecil." Mutiara2 kecil mula jatuh di pipi Jun. Ianya jatuh dengan deras sekali membuatkan Soeul agak sedih melihatnya.

Soeul tidak menyangka Jun mempunyai masa lampau yang agak menyedihkan.

"Saya juga ada seorang kembar. Kami kembar tak seiras. Dia perempuan. Tapi, dia hilang sebab omma dan appa sengaja tinggalkan dia di taman permainan seorang diri. Mereka kata, mereka tak perlukan anak perempuan sebab perempuan tak dapat buat banyak kerja dan mereka tak ada duit nak beli keperluan untuk saya dan adik saya tu. Saya masih ingat lagi nama dia."

Jun mengangkat kepalanya, memandang Soeul dengan mata yang berkaca. Namun, dia sempat memberikan satu senyuman ke arah Soeul.

"Awak rasa, adik awak tu masih hidup ke??" Soal Soeul.

Jun menganggukkan kepalanya.

"Nanti, nak tak kita cari kembar awak sama2??" Ujar Soeul dengan nada yang ceria.

Wajah Jun yang muram bertukar ceria. "Betulke awak nak tolong saya cari adik saya??"

Soeul mengangguk perlahan. Dia memang nak sangat tolong Jun mencari adik kembarnya memandangkan Jun sayang sangat kat adik kembarnya itu.

Tiba2 bunyi nada dering handfon milik Soeul berbunyi membuatkan mereka serentak memandang ke arah handfon tersebut.

Jun terus mencapainya dan mengulurkannya ke arah Soeul.
"Saya pasti awak nak bercakap dengan dia."

Pada skrin handfon tersebut tertera nama pemanggilnya, iaitu Minghao. Soeul memandang ke arah Jun hairan. Soeul tak percaya yang Jun membenarkannya menjawab panggilan tersebut.

"Cakaplah apa yang awak nak cakapkan kat Minghao. Saya nak keluar dulu." Handfon tersebut diletakkan di paha milik Soeul kemudian dia berlalu pergi.

"Jun?? Jun??" Suara Minghao jelas kedengaran memanggil Jun.

Sungguh Soeul rindu akan suara tersebut.

"M-Ming ... ini aku, Soeul."

"Soeul?! Kau tak apa2 ke?? Mana Jun??" Soal Minghao bertalu-talu.

"Jun keluar sekejap. Dia yang benarkan aku jawab panggilan ni tadi. Aku tak apa2. Takkanlah Jun nak apa2 kan aku. Dia kan kawan kita. Lagipun, dia tu baik sebenarnya." Beritahu Soeul.

"Baguslah kau tak apa2. Aku risau sangat tau. Dahlah kau tipu aku. Nanti, jangan buat macam tu lagi tau. Bahaya berjalan sorang2. Tengok sekarang." Pesan Minghao dengan tegas.

Soeul mendiamkan dirinya.

"Soeul?? Soeul?? Mana kau?? Jun dah ambil handfon kau ke??"

"Minghao ... saranghae."

=====

Aaaaaahhhhh!! She said saranghae!! (Readers)

Hahaha (me)

Enjoy!!!

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now