3 - Accident

1.5K 158 60
                                    

"As a human, we also need a rest. Don't force yourself to do something if you are tired. Take a rest."

[Minghao pov]

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun berakhir ...

Bagi pelajar lain ...

Bagi aku, sesi persekolahanku belum,berakhir ...

Ya, ianya belum berakhir.

Dengan lemah, langkahku diatur menuju ke rumahku. Kalau boleh, aku tak nak langsung menjejakkan kaki ke rumahku. Tak nak LANGSUNG.

Sebab, sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, semuanya akan menjadi seperti penjara buatku. Aku tidak pernah bebas apabila aku masuk kedalam rumah ku.

Kakiku dihayun masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja omma melihatku, dia terus mendekatiku.
"Eo, kamu dah balik. Cepat bersiap, lepas ni kamu nak ke kelas tuisyen. Palli ..."

Omma kembali ke dapur untuk menyambung tugasnya. Aku memerhati omma sehingga dia tiba di dapur dengan pandangan yang kosong. Kemudian, aku pun menuju ke bilikku.

Beg sekolahku diletakkan disebelah katilku dan badanku dihempaskan di atas katil empuk milikku.

Satu keluhan berat dilepaskan.
"Kelas tuisyen ... lagi2 kelas tuisyen."

Mataku dipejamkan. Nak lepaskan stress lah katakan.

"Minghao-ah, dah siap ke??"
Suara omma jelas kedengaran memanggilku.

Baru nak berehat sekejap ...

"Kejap ..."
Jawabku dengan malas.

Dengan pantas, aku pun menukar pakaianku dan mengemas barang2 yang patut aku bawa. Aku melangkah keluar dari bilikku, mendekati omma yang sudah menungguku di hadapan pintu rumah.

"Omma, Minghao belum makan lagi."
Beritahuku kepada omma kerana perutku sudah mula berkeroncong.

"Aish, tak payahlah. Kita dah lambat ni."
Tangganku ditarik oleh omma.

Aku hanya akur dengan omma ku walaupun aku terpaksa menahan lapar.

Di dalam kereta, aku hanya membuang pandanganku ke luar. Sesekali aku menahan perutku yang asyik berbunyi dari tadi.

---

Aku mengucapkan selamat tinggal kepada omma sebelum dia menghidupkan enjin keretanya dan meninggalkanku sendirian berdiri di hadapan bangunan tempat kelasku diadakan.

Aku memandang bangunan tersebut dengan perut yang berbunyi dari tadi. Kakiku dipaksa untuk melangkah masuk walaupun sebenarnya aku tak nak. Ini untuk kebaikan diri aku jugak ... huhh

-

[Soeul pov]

Aku menjilat aiskrim coklat yang baru dibeli oleh oppa. Oppa juga mempunyai aiskrim di tangannya, iaitu yang berperisa strawberri.

Pink. Aiskrim berperisa strawberri tersebut berwarna pink iaitu warna kegemaran oppa. Patutlah dia nak beli askrim tu.

Aku pun hairan jugak dengan oppa aku ni. Dia kan lelaki, suka warna pink?? Tapi, warna kegemarannya itu memang menunjukkan personalitinya yang penyayang dan lembah lembut itu. Memang sesuai,dengannya.

"Yah, apa yang Soeul menungkan tu??"
Tanya oppa.

"Hehe. Soeul sedang memikirkan kenapa oppa suka warna pink."
Jawabku selamba sambil menjilat aiskrim ku.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now