29 - Return

954 121 6
                                    

Minghao pov.

Sa--saranghae??

Aku tak salah dengar kan?? Itu yang dia cakap kan??

"Eul!! Eul!!" Panggilku.

Namun, ianya tiada balasan kerana dia sudahpun menamatkan panggilan tadi.

Aku memegang dadaku kerana aku dapat merasakan sesuatu yang bergerak dengan cepat tanpa tanda2 mahu berhenti.

Apakah ini??

Apakah perasaan yang aku rasakan sekarang ni??

Aku tak tahu sama ada aku gembira, teruja, seronok, takut ataupun .....

Ahh, molla ... yang aku tahu, aku berasa sangat gembira bila dia beritahu aku yang dia sayangkan aku. Tak sangka dia akan mengucapkan perkataan tersebut.

Adakah ini bermakna ...

Soeul pun menyukai aku lebih daripada seorang kawan?? Seperti apa yang aku rasakan sebelum ini dan juga sekarang??

Atau ...

Ianya hanya ucapan selamat tinggal??

Aish, apa yang kau fikir ni Minghao??

Aku pasti yang Soeul takkan apa2.

Soeul, kau takkan apa2 kan??

"Minghao, apa yang kamu fikirkan dari tadi tu?? Hairan pula omma tengok." Tegur omma yang baru sahaja hendak melangkah ke dapur.

"Ah, anieyo ... geunyang ..."

"Kamu fikir pasal Soeul lagi??"

"Omma--"

"Omma faham. Dan omma tahu, omma salah sebelum ni. Sepatutnya, omma layan Soeul tu dengan baik. Omma tak tahu yang dia rupanya ..." omma tidak meneruskan kata2 nya. Sebaliknya, omma memandang ayam yang digorengnya di dalam kuali. Merenungnya buat seketika.

"Omma?? Kenapa dengan Soeul??" Aku bingkas berdiri mendekati omma. Aku ingin tahu apa yang omma maksudkan tadi.

Omma memandang wajahku dengan riak yang aku langsung tak faham.

"Amugeotdo ..."

"Omma waeyo?? Kenapa dengan Soeul?? Kenapa omma tak nak beritahu Minghao??" Aku memaksa omma untuk memberitahu apa yang aku ingin tahu daripadanya.

"Sebenarnya, Soeul tu bukan anak sebenar keluarga Kim ..."

Aku terkaku seketika. Betul ke apa yang aku dengar tadi?? Soeul bukan anak keluarka Kim??

"Haha. Apa yang omma mengarutkan ni??" Aku cuba menafikan kenyataan yang dikatakan oleh omma tadi.

"Kalau kamu nak percaya, percayalah. Kalau tak, tak apa. Tapi, kamu jangan beritahu Soeul pasal ni. Omma pasti, keluarga Kim sedang sembunyikan perkara ni daripada Soeul memandangkan hubungan mereka dah baik sekarang ni." Jelas omma panjang lebar.

Aku cuma mengangguk, masih belum mempercayai apa yang dikatakan.

"Macam mana omma tahu pasal ni??"

"O--omma tahu2 macam tu je."

Aku kembali ke ruang tamu. Malas nak bertanya lagi walaupun aku masih ada banyak pertanyaan di mindaku. Lagipun, omma tengah memasak. Aku tak naklah kacau dia.

Tak sangka pula aku Soeul tu bukannya daripada keluarganya sendiri. Habistu, Soeul tu anak yatim ke?? Banyak betul perkara yang Soeul lalui rupanya. Mesti susah untuk dia kan?

Tak apa, aku akan pastikan Soeul takkan melalui semua ni kalau ...

"Minghao, mari makan." Ajak omma membuatkan aku terus berlari ke dapur. Makan adalah sesuatu yang mesti aku buat. Haha.

Good Day || Xu Minghao (Completed)Where stories live. Discover now